Lokasi : Empangan Bersia, Gerik, Perak
Umpan : Anak keli
Toman anggaran 2kg berjaya didaratkan setelah beberapa trip diaturkan. Garang betul toman ni. Saat makan umpan, berdesing bunyi drag mesin reel. Kebetulan, trip dirancang waktu cuti tahun baru cina. Angpow !!!
Lokasi : Lombong Amanjaya, Belakang Akademi Belia Batu Gajah
Umpan : Dedak ayam kuning perisa pisang.
Lombong yang luas, cumanya rezeki menarik yang besar hanya beberapa ekor anak ikan rohu.Selebihnya, gangguan askar ikan tilapia belang, tenggelam timbul pelampung dibuatnya.
Lokasi : Lombong Kg Pisang, selepas flyover
Umpan : Dedak ayam kuning perisa pisang.
Lombong luas dan dalam. paling menyeksakan ialah tiada tempat berteduh melainkan bumbung kereta. Alhamdulillah, rezeki ikan rohu anggaran 1kg buat bekalan. Masa tarik beratnya macam tarik kayu. Diingatkan sangkut, rupanya rezeki ikan.
Lokasi : Lombong Pusing, Batu Gajah, dekat taman perumahan
Umpan : Dedak ayam kuning perisa pisang.
Tempat okay, siap boleh bermalam lagi. Pengalaman lucu, bilamana ikan rohu (gambar sebelah kanan) makan dan terus menerjunkan joran ke dalam lombong. Secara spontan, tuan punya joran pun terjun sama untuk menyelamatkan joran. Alhamdulillah, joran dapat balik, ikan pun dapat buat lauk.
Lokasi : Lombong Tanjung Tualang
Umpan : Dedak ayam kuning perisa pisang.
Rekod kat lombong ni, ada pemancing menaikkan ikan patin seberat 24 kg. Memang boleh dipercayai sebab kelibat patin kerap muncul di permukaan air. cumanya, rezeki daripada Tuhan mengurniakan ikan jelawat 500 g ni menjelang maghrib. Sebelum daripada itu, membangau lah kami di tepi lombong.
Lokasi : Lombong Patin depan UTP
Umpan : Dedak 905 perisa pandan
Lombong ni antara yang lombong yang paling cantik sebab di hujung lombong bercantum dengan sungai. Air lombong boleh dikatakan bersih, ikan pun tak berbau. Banyak kali dah trip kebanyakkannya kumpau. Namun, Alhamdulillah kali ini rezeki Tuhan. 3 ekor anak patin bakal jadi lauk.
Lokasi : Kolam D' Heritage, Ulu Yam
Umpan : Roti gardenia dengan perisa pisang
Sabar itu sunnah pemancing. Lama jugak menunggu, tambahan ini cuma percubaan semata-mata tanpa kesungguhan. Sambil-sambil je memancing. Alhamdulillah, dapat jugak peluang menarik ikan patin 2kg. Kolam pun jadilah.
Sekian, coretan.
Dah stop memancing di lombong sebab tak jumpa lombong yang best area KL/Selangor lagi.
Gambar lama dengan seekor anak jelawat. lokasi lombong astro tg. tualang