Sunday, 14 April 2019

Bagan Lalang Sekali Lagi

Tekong : Adi
No Contact: 017 239 3921
Umpan : Udang hidup, sotong mati fresh, ikan selar
Harga : RM 300
Muatan : 3 + 1

Kebetulan ada kawan teringin untuk memancing di Jimah, dan kebetulan juga, air pasang besar, makanya aku mencari tekong untuk sekali lagi menduga perairan Jimah. Kali ni, trip agar berbeza kerana tekong bawa mencuba di spot-spot lain di luar kawasan Jimah.

lokasi pertama - selar

teruja dan mengujakan kerana ikan selarnya banyak dan besar(saiz-saiz lauk). Tiada rezeki ikan dasar yang lain.

lokasi berikutnya:

Kami berkemungkinan salah langkah kerana ikan seakan berpuasa. Cuma rezeki yang diperoleh sekadar 2 ekor ikan karang selain selar yang telah diapollo tadi.

Walaupun hasil tangkapannya kurang memuaskan, tetapi setidaknya kami belajar dan belajar lebih lagi tentang keadaan air. Air terasa sejuk, barangkali kesan hujan smlm.

Gambar lupa nk amek sebab hasil tarak....

Tapi saya masih rekemenkan tekong ni sebab die masih banyak lubuk-lubuk lain selain jimah.



Jimah Power Plant

Tekong : Iwan Irfan
No Contact : 017 250 0916
Umpan : Tamban Hidup, Udang Hidup, Udang Kopek
Pemancing : 2 + 1 (sewa sampan lain)
Harga : RM 320 ( tak termasuk umpan)

Aku kembali lagi mencuba di jimah power plant. Sebelum ni pernah cuba nasib, waktu bulan Ramadhan plak tu, kumpau berdarah. Hanya bekalan tamban yang dibawa pulang.

Kali ni, aku cari tekong yang betul-betul mahir dengan selok-belok jimah. Ternyata pilihan ku tepat. Cumanya aku masih dikira amatur, keadaan arus air kurang mengizinkan. Air agak perlahan dan menyukarkan kami mendapatkan tamban hidup.

Tamban hidup dikira umpan favourite ikan-ikan di sini.


Rezeki yang tak disangka, dapat merasa tarikan ikan kaci. Alhamdulillah. Aku akan repeat lagi di sini waktu air besar plak. Insya Allah.

Hasil hari keesokannya



Suasana di jeti. mendamaikan.