Tekong
: Lanz Abla (nama FB)
Lokasi
: Sekitar Westport, port klang
Umpan
: Udang hidup (kolam) / perumpun
Harga
: RM 100/kepala
Muatan
: 2 + 1
No
contact : 016-650 0498
Tarikh
Islam : 6hb Safar
Alhamdulillah,
dapat juga set trip dengan tekong dalam keadaan air yang cantik. Kerana di sekitar westport ini, sesuai untuk mancing waktu air tidak terlalu laju. Kalau air terlalu laju,
keadaan air akan menjadi keruh. Apabila keruh, yang lapar mengejar umpan cuma
spesis kulit licin sahaja - pak semilang dan pak duri.
Rezeki
andaikata dapat memancing di sekitar westport dalam keadaan air berwarna hijau. Keadaan air
seperti ini memudahkan ikan melihat umpan yang dihulur ke dasar. Cuma pada kali
ini, kami kekurangan satu senjata iaitu udang jala. Dikatakan air di sekitar
Pulau Indah telah diracun menyebabkan udang tidak berjaya dijala.
Trip
kali ini ikan kurang galak memakan umpan. Cuma beberapa ekor tetanda yang sudi.
Rezeki buatku berjaya membawa naik seekor kerapu yang boleh tahan besar. Namun,
dukacita, kerana aku terlepas seekor ikan besar yang meragut umpan. Saat
disentap, ikan terus mencari tiang dan perambut putus dihiris teritip. Bukan
rezeki.
Namun,
akan aku ulang kembali percubaan ini bagi mendapatkan spesis besar tersebut.
Papepun,
sudah rezeki, Syukur...Alhamdulillah.
Aku
sharekan juga gambar2 drpd team lain yang mencuba dengan bot lain dan pada hari
lain.