Tekong : Pakyie Sepang (nama FB)
Lokasi : Pesisir Jimah Power Plant / Tukun
Umpan : Udang hidup (kolam) / Tamban Hidup / Udang Mati / Ruat
Harga : RM 400 / trip
Muatan : 3 + 1
No contact : 011 - 2134 6602
Tarikh Islam : 5 Zulkaedah
Trip menyampan pertama sejak PKP. Tujuan hilangkan gigil tangan tidak dapat memancing hampir 3 bulan dek PKP. Kali ni ak sewa bot yg lebih memandangkan plan asal ada 3 pemancing + 1 tekong. Tapi, last minit, ada sorg pemancing terpaksa tarik diri sebab ada urusan keluarga. Namun, bayaran diteruskan mcm biasa, so, proceed trip as planned.
Tekong ni ada sampan kecik boleh naik 2 pemancing + 1 tekong. Tapi, jika kita set lebih ramai pemancing, tekong ni boleh usahakan bot yang lebih besar. Mcm2 harga ada. Boleh cuba tanya direct pd tekong.
Spot 1st - kawasan lubang berhadapan Sepang Goldcoast Resort
Spot di sini dasarnya agak dalam. Nasib baik arus tidak laju, so, ladung bersaiz 6 masih boleh mencecah dasar. Tapi, hasil di sini yillek. Tiada yang sudi ragut umpan.
Spot 2nd - Tukun di Rumah Api berdekatan Kelong Nazri
Spot ni dikatakan terdapat tukun2 di sekeliling rumah api. Arus sudah mula laju memandangkan air menuju surut. Kena berhati-hati melontar umpan di kawasan ini memandangkan terdapat kawasan2 yang mengakibatkan sangkut.
Alhamdulillah, di sini, dapat kutip umpan tamban sebagai stok tambahan umpan hidup. Tekong menggunakan teknik berhanyut di sini.
Alhamdulillah sekali lagi, di spot ini, beroleh seekor ebek bersaiz dalam anggaran 1 kg. Seronok layan tarikan sang ebek. Bertenaga memandangkan spesis ini berbadan nipis dan melebar.
Di sini juga, kami berjaya membawa naik ikan2 kecil lain seperti anak kerapu dan ikan kapas.
Spot 3rd - Kawasan berbatu berdekatan Jimah Baru
Memandangkan air sudah mulai bertiup kencang, kami bergerak ke kawasan batuan bersebelahan Jimah Baru, Kawasan ini juga beralun-alun namun kurang kuat berbanding di kawasan tengah.
Niat nak mencari mama kerapu di sini namun hanya anak ikan kunyit dan anak kerapu sahaja yang sudi. Cabaran di sini ialah perambut kerap sangkut. Perlu pandai mencari spot untuk melontar umpan.
Spot 4th - Bawah Jambatan Jimah Baru
Spot favourite tekong. Selalu trip bersama tekong ni, pasti akan parking di sini. Dengan berpandukan Fishfinder, tekong akan pusing siap lorong jambatan ni untuk lihat kawanan ikan di bawah. Jika ada, pasti akan berhenti. Di sini, berbekalkan teknik apollo, kami berjaya membawa naik ikan daun baru. Berminat sungguh ikan daun baru dengan kertas putih pada mata apollo.
Di sini juga, kami beroleh sang pari dan anaknya tetuka.
Spot 5th - Bawah Jambatan Jimah Baru ( Tiang yang lain)
Kami berpindah ke tiang yang lebih tengah. Dalam keasyikan melayan ombak yang turun naik, tiba-tiba pancing ak hampir terjun ke dalam laut. Bila ditarik, perambut telah sangkut di karang. Pastinya kerja sang kerapu.
Perambut terpaksa diputuskan.
Ak segera memasang perambut yang baru dan melontarkan umpan ke lokasi yang sama. Alhamdulillah, belum sempat spool ditutup, ikan terus menerkam umpan. Tarik punya tarik, rezeki sang kerapu hari ini. Lama x makan ikan kerapu stim halia......Nyum,nyum
Spot 6th - Sangkar muara
Bila malam sudah hampir tiba, kami singgah di sangkar dalam muara sungai sepang. Target gelama dan beliak mata.
Beliak mata boleh dipancing dengan mengunjun apollo berhampiran dengan sangkar. Mencuit hati juga melayan sang beliak mata.
Ikut pengalaman tekong, die pernah menaikkan kerapu hybrid dalam anggaran 3 kg di sangkar ni. Menarik.
Dalam perjalanan pulang ke muara, kami mendapat rezeki tambahan. Ad nelayan yang juga merupakan kenalan tekong sedang memukat ketam. Kami dapat membeli 1 kg ketam pantai dengan harga hanya RM15/kg. Murah sangat. Bila makan keesokan harinya, rasa fresh dan manis sangat ketamnya.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Next time kene try adjust trip malam plak. Misi memburu bantal emas.
Kerapu Jambatan Jimah Baru
Ebek Tukun Rumah Api