Rakit To'wan
Bayaran : RM300 (harga diskaun sbb family trip dan tak cukup 12 jam)
No contact : 60 11-5500 1179 (Boleh contact minta video dan gambar setiap rumah rakit)
FB : https://www.facebook.com/pages/category/Fishing-Spot/Rakit-To-Wan-311358852689100/
Lokasi Naik Bot : Jeti Telok Nipah, Pulau Indah
Umpan : Udang Hidup Jala / Pumpun Sarang
Tauke Umpan : En Arieman +60 12-696 3699 (kedai dalam kawasan jeti jugak)
(Boleh order ais skali)
Ini merupakan trip bersama famili. Tempahan dibuat sebulan sebelum kerana almost every weekend akan fully booked. Rezeki kami peroleh harga diskaun RM300 sahaja berbanding harga asal memandangkan trip suka-suka santai bersama keluarga dan masa yang available tidak cukup 12 jam.
Rumah rakit ini boleh dikategorikan sangat selesa. Bersih, selesa dan semestinya selamat untuk membawa keluarga menenangkan fikiran. Kedudukan rakit juga yang berada di kawasan muara sungai juga menyebabkan terlindung daripada angin kencang. Aku sendiri boleh cakap ini memang setakat ini adalah merupakan rumah rakit paling selesa aku pernah naik memancing.
Untuk memasak, pengunjung perlu bawa barang basah dan bekalan air bersih sendiri. Terdapat dapur gas, sedikit peralatan memasak (periuk, kuali), pinggan, mangkuk, cawan disediakan atas rumah rakit.
Rumah rakit semilang ni 2 tingkat. Atas terdapat pelantar tertutup sesuai untuk dijadikan ruang solat dan ruang tidur. Rumah rakit juga direkabentuk secara ruang terbuka, jadi pengunjung memang tidak rasa panas.
Manakala untuk memancing pengunjung perlu bawa peralatan sendiri beserta umpan. Umpan boleh order dgn En Arieman (no contact yang di share di atas) atau boleh cari di Laguna Park. Ramai peniaga yang menjual umpan di situ.
Aku sendiri sediakan hampir 10 batang joran untuk kegunaan ahli keluarga memancing. Joran-joran dan mesin kekili yang aku bawa kesemua merupakan set-set biasa. Maklum lah majoriti yang datang baru 1st timer memancing. Perambut pulak, aku sekadar gunakan mata apollo. Hasratnya ingin kutip seberapa banyak lauk yang boleh di sambil suka-suka meneroka hobi memancing. Cuma agak kepenatan di awal pagi kerana terpaksa menyiapkan kesemua 10 joran memandangkan tiada yang reti setup pancing. Satu demi satu joran aku siapkan untuk kegunaan mereka.
Tips bila guna apollo, letak umpan pada 3 mata paling bawah sahaja. Pendapat aku, kebanyakan masa, ikan hanya masa di dasar, so, hanya umpan yang paling bawah sahaja yang diragut.
Pada waktu maghrib, kami pun menamatkan percutian rumah rakit ini. Alhamdulillah, masih ada hasil yang boleh dibawa pulang. Cubaan mencari ikan gred A kurang kesampaian. Hanya seekor anak kerapu yang sudi menjamah umpan. Sang senangin dan tetanda tidak langsung memunculkan diri. Spesies lain yang juga muncul adalah tetuka dan daun baru. Selainnya, diungguli ikan gelama.
Owner ada 4 rumah rakit:
2 rumah rakit yang 2 tingkat
Rakit Semilang
Rakit Senangin
2 rumah rakit yang 1 tingkat
Rakit Ania
Rakit 4
Boleh minta detail lagi pada contact yang dishare.