Sunday, 24 November 2019

Repeat Trip Jimah Power Plant

Tekong : Pakyie Sepang (nama FB)
Lokasi : Pesisir Jimah Power Plant
Umpan : Udang hidup (kolam) / Tamban Hidup / Udang Mati / Ruat
Harga : RM 200 / trip ( Trip ni naik sorg, tekong charge RM 150)
Muatan : 2 + 1
No contact : 011 - 2134 6602
Tarikh Islam : 26hb Rabi'ul Awal

Memandangkan aku membangau @ kumpau pada trip Jimah 2 minggu lepas, aku meneruskan hasrat untuk mencuba lagi di Jimah. Kali ni dengan sampan yang lebih kecil dan tekong yang lain. Bagi aku, untuk kaki pancing yang tidak mempunyai geng yang ramai tapi teringin mencuba di area Jimah, boleh try book dengan tekong ni. Harga bajet yang sangat berpatutan.

Lagi menambahkan ketakjuban aku, tekong ini mengguna pakai Garmin Fish Finder untuk memancing. Bermakna, lubuk boleh dikenalpasti dengan lebih tepat berbanding kebiasaan trip yang berteduh bawah jimah.

Kali ini juga, aku ingin mencuba penggunaan kolam kecik sebagai bekas menyimpan tamban hidup. Trip yang lepas, aku menggunakan baldi sahaja. Memang tak lama jangka hayat sang tamban dalam baldi. Namun, dengan menggunakan kolam kecik, alhamdulillah lebih banyak yang survive.

1st spot, rumah api yang berada tidak jauh dari Jimah Power Plant. Tujuan untuk mencari umpan tamban hidup. Dalam pada itu, kalau ada rezeki, boleh dapatkan cencaru sesat. Tersesat jugak 3 ekor cencaru memburu mata apollo yang aku lontarkan. Aku menggunakan apollo kertas putih dengan mata bersaiz 8. Tips nak cari tamban, datang seawal pagi yang mungkin. Kerana tamban memang aktif waktu pagi.

2nd spot, pesisir kawasan jimah baru. Dengan berpandukan Garmin, aku difahamkan terdapat banyak karang hidup yang berada di sini. Mula2, kami menumpang parking sebelah bot yang lain. Bot ini telah berada di situ sejak malam lagi. Pagi itu, mungkin rezeki abg bot sebelah sahaja sebabnya hanya jorannya sahaja yang disambut ikan. Gerut2 dan senangin rakus membahan umpan. Tiada ragutan, kami pun berpindah2 ke lokasi berdekatan dengan misi target masih ingin memujuk penghuni dasar karang tersebut. Ada la beberapa tangkapan yang berjaya didaratkan termasuk sekor jenahak dalam anggaran saiz 1kg dan seekor semilang.

3rd spot, kami bergerak menuju kawasan berbatu bersebelahan Jimah baru. Dalam beberapa ketika, berumpankan udang mati, kami sakan membawa naik ikan gerut2. Saiz2 pinggan hidangan. Mengasyikkan juga daripada tiada langsung ragutan.

4th spot, kami berpindah ke jambatan jimah baru. Pasang harapan agar ada kawanan tamban yang berlegar-legar di situ, Namun hampa, tiada kocakan air yang menunjukkan kehadiran kawanan tamban. Dalam masa yang sama juga, angin sudah semakin kuat menyebabkan laut agak kuat bergelora. Kami pun menuju ke sungai.

5th spot, spot2 reba atau tukun di sungai. Target ikan tetanda untuk memenuhkan tong ikan. Alhamdulillah, banyak juga ikan tetanda yang berjaya ditangkap. Umpan yang diguna udang hidup dan perumpun ruat. Umpan ni nnt boleh minta tekong singgah di Jeti Sirip Biru untuk beli.

Trip yang dikira agak berjaya berjaya trip2 Jimah sebelum ini. Next time akan datang lagi. Insya Allah.











Koleksi Gambar Perjalanan Singkat Ke Negeri Di Bawah Bayu




































Monday, 14 October 2019

Sekitar WestPort, Port Klang

Tekong : Lanz Abla (nama FB)
Lokasi : Sekitar Westport, port klang
Umpan : Udang hidup (kolam) / perumpun
Harga : RM 100/kepala
Muatan : 2 + 1
No contact : 016-650 0498
Tarikh Islam : 6hb Safar

Alhamdulillah, dapat juga set trip dengan tekong dalam keadaan air yang cantik. Kerana di sekitar westport ini, sesuai untuk mancing waktu air tidak terlalu laju. Kalau air terlalu laju, keadaan air akan menjadi keruh. Apabila keruh, yang lapar mengejar umpan cuma spesis kulit licin sahaja - pak semilang dan pak duri.

Rezeki andaikata dapat memancing di sekitar westport dalam keadaan air berwarna hijau. Keadaan air seperti ini memudahkan ikan melihat umpan yang dihulur ke dasar. Cuma pada kali ini, kami kekurangan satu senjata iaitu udang jala. Dikatakan air di sekitar Pulau Indah telah diracun menyebabkan udang tidak berjaya dijala.

Trip kali ini ikan kurang galak memakan umpan. Cuma beberapa ekor tetanda yang sudi. Rezeki buatku berjaya membawa naik seekor kerapu yang boleh tahan besar. Namun, dukacita, kerana aku terlepas seekor ikan besar yang meragut umpan. Saat disentap, ikan terus mencari tiang dan perambut putus dihiris teritip. Bukan rezeki.

Namun, akan aku ulang kembali percubaan ini bagi mendapatkan spesis besar tersebut.

Papepun, sudah rezeki, Syukur...Alhamdulillah.

Aku sharekan juga gambar2 drpd team lain yang mencuba dengan bot lain dan pada hari lain.