Sepatutnya ini dianggap sebagai Trip Kedua memandangkan hujung minggu lepas, kami sudah ke Pantai Acheh menduga nasib. Tapi, aku anggap ianya hanya pra-percubaan memandangkan tempoh memancing yang singkat disamping misi untuk mencari port yang terbaik bagi mengasah bakat memancing di laut.
Sejujurnya, aku lebih gemar ke lombong kerana memancing di lombong lebih mudah dan murah. Tidak perlu kaji pasang surut air dan menyediakan kelengkapan dan umpan yang pelbagai. Cukup dedak atau roti digaul dengan pewangi.
Sejujurnya, aku lebih gemar ke lombong kerana memancing di lombong lebih mudah dan murah. Tidak perlu kaji pasang surut air dan menyediakan kelengkapan dan umpan yang pelbagai. Cukup dedak atau roti digaul dengan pewangi.
Namun, ajakan kawan serta kepastian seorang teman baru, Abang Halim, aku mencuba nasib memancing laut. Janjinya jam 1.00 ptg berjumpa di laluan Terminal Starcruise. Tapi jam 2.00 ptg baru muncul. Dimaklumkan ada urusan penting.tidak mengapa. Yang penting, janji untuk bertemu ditepati.
Kami dibawa ke kawasan sebuah kilang. Kilang tersebut berdekatan dengan TH Heavy Engineering. Nama kilangnya ialah Kilang Oriental( sebuah kilang papan). Port di sini agak menarik untuk dicuba. Muara sungai yang agak kecil kelebarannya. Yang lebih penting, ianya tidak terlalu dilanda ombak menyebabkan memancing di sini lebih tenang.
Lokasi Kilang berdasarkan google maps
Trip pertama tidak mendatangkan hasil lumayan. Hanya ikan gelama(glamer) yang sudi menjamah umpan beserta ikan mayong(spesis duri tapi lebih sedap). Kerana disangka mayong sama seperti duri, maka aku memberi ikan itu kepada warga asing yang datang melihat kami memancing.
Ikan Mayong
No comments:
Post a Comment