Trip bersama kawan-kawan ofis lama. Plan mereka dah lama, aku ditambah untuk menambah ceria suasana. Di samping, aku menginginkan pengalaman walaupun sementara memancing di kawasan laut dalam.
Jumaat malam sesudah solat maghrib, kami berangkat dari KL. Perjalanan selama 5-6 jam ke arah utara tidak terasa kejauhannya disebabkan lelap sepanjang dalam kereta dek keletihan bekerja pada siang hari.
Jam 2 pagi, kami tiba di Yan, Kedah. Masjid menjadi destinasi kami bagi membaringkan badan dan melelapkan mata sementara menunggu hari siang.
Sesudah solat subuh, kami bersiap- siap mencari bekalan makanan untuk berjemur di tengah lautan nanti di samping mengenyangkan perut yang sudah lapar. Murah makan minum, itulah keindahan bilamana menjejaki bumi Jelapang padi.
Jam 9.00 pagi, kami berangkat ke tengah lautan. Perjalanan selama sejam begitu jauh terasa dek terumbang-ambing posisi bot menongkah ombak yang beralun-alun.
Sesampai di destinasi unjam, kami bersiap-siap mencari umpan ikan hidup terlebih dahulu. Senjatanya mata apollo berbulu hijau. Pengalaman pertama apollo ikan-ikan hidup ni. Bersilih ganti ikan yang dinaikkan daripada jenis cencaru, kembong, selar, talang dan kerisi. Sementara itu, salah seorang ahli trip mencuba nasib untuk menduga sang tenggiri yang menjadi misi utama trip kali ni. Sememangnya Tuas Yan sangat terkenal dgn buruan tenggiri.
Cuma, bukan rezeki kami. Air tidak begitu cantik, tiada ikan tenggiri yang menyambar. Sedangkan, 2 hari sebelum, ada geng yang berjaya memperolehi berbelas ekor ikan tenggiri dalam anggaran saiz 1-2 kg.
Jadinya, sasaran dikekalkan untuk mengumpul sebanyak mungkin ikan cencaru. Lebih baik ada, daripada tiada. Dapatlah juga dibuatkan lauk makan.
Jam 7.00 malam , kami bergerak ke darat. Seusai solat maghrib, kami pulang ke KL.
Pengalaman pertama, semestinya masih banyak yang perlu dipelajari. Tidak mengapa, lain kali, kita cuba lagi.
Namun, agak hampa bilamana tidak diajarkan teknik menangkap sang tenggiri. Pergi semata-mata untuk apollo.
Bersyukur seadanya.
Suasana pagi hari di jeti
Tekong bot dengan aksi apollo
Suasana senja di tengah lautan
Ikan Telinga Gajah
Dapat 2 ekor, 1 ekor terlepas
Hasil tangkapan
### Nombor tekong x dapat share sbb trip member yang aturkan.