Tekong : Zamsportfishing
Lokasi : Perairan Pulau Pangkor
Umpan : Udang hidup (kolam) / Udang Mati / Sotong Pasar / Kembong / Sardin
Harga : RM 550 / trip (Tanpa Umpan) ll RM 600 / trip (termasuk Umpan)
Muatan : 6 + 1 ( 30 kaki x 8 kaki)
No contact : Wan (017 298 2980) ll Zali (010 711 6323)
Jeti :
Tarikh Islam : 24 hb Rabi'ul Akhir
Trip ini diatur bagi memperkenalkan rakan ku yang berada di Perak untuk mencuba pemancingan laut. Kebiasaannya, kawan ku ini aktif mengaut hasil ikan air tawar di sungai / lombong yang berada di sekitar Ipoh, Perak. Santai2 dengan harapan kecil ingin menarik penghuni dasar di perairan Pangkor.
Trip ini merupakan pertama kali aku menaiki bot memancing di Perak. Kebiasaannya, sebelum2 ini, aku sekadar menebing. Port favourite di Jambatan Bainun. Bolehlah layan jiwa bilamana berada di Perak.
Di Perak, kebiasaannya,pemancing2 handalan mengambil peluang belayar lebih jauh lagi ke Pulau Sembilan. Namun, sebagai permulaan di samping kelengkapan yang belum bersesuaian, aku memujuk rakan2 ku untuk menduga kawasan pancingan Pangkor terlebih dahulu. Difahamkan di Pangkor sahaja, kedalaman air boleh mencecah 40m. Fuhh! dalam jgak. Ladung saiz apa nk pakai ni?...haha
Sehari sebelum trip, kami bermalam di Hinggap Backpackers Hostel. Hostel yang simple yang menekankan aspek open area. Tiada pintu atau tingkap. Dan semestinya harga sangat murah buat backpackers2 yang berkunjung ke Lumut. Harga cuma RM 15 / kepala dan disediakan katil yang berkonsepkan dorm. Lokasi sangat strategik. Hanya bersebelahan dengan jeti ke Pangkor.
ini link FB Hostel tersebut : https://www.facebook.com/hinggapbackpackerhostel/
Ini merupakan Jadual pasang surut air pada hari trip. Hari pasang pagi dan surut petang. So, pagi2 jam 7.30 kami dah set untuk berada di jeti. Tidak lain dan tidak bukan semestinya untuk kejar air yang sedang pasang di pagi hari di samping kebiasaannya ikan galak makan pada waktu pagi.
Setting kali ni :
rod 1
tanduk ll batu ladung mati saiz 8 ll perambut FC 30lb setengah depa ll mata kail saiz 1/0
rod 2
perambut patenoster 2 mata ll ladung mati saiz 4 atau 6
Lokasi spot :
Lokasi 1:
Berhadapan dengan Pantai Teluk Dalam. Kedalaman air di sini dalam anggaran 30 m. Kebetulan air dalam bunga2 pasang, arus agak laju. Hanya ada ragutan2 manja ikan sahaja di sini.
Lokasi 2 :
Berdekatan kawasan sangkar ikan. Kedalaman air cuma anggaran 10 m sahaja di sini. Di sini hanya ikan2 kecil sahaja yang sudi meragut umpan. 2 tetuka, 2 gerut2, 1 mengkerung.
Lokasi 3:
Di Pulau Tukun Terindak. Kedalaman air dalam 20 m. Di sini pun sekadar anak2 ikan sahaja yang sudi mengusik umpan. Hanya sekadar ikan mengkerung yang dibawa naik.
Lokasi 4:
Di karang bersebelahan Pulau Mentangor. Di kawasan ini ada gaung sedalam 40 meter. Kawasan ini lebih menarik disebabkan di dasarnya terdapat karang2 tinggi. Aku beroleh seekor kerapu di sini dengan umpan udang hidup. Ad seorang pemancing lucut ikan yang dikira agak kasar disebabkan tali utama (mainline) putus manakala tekong lucut ikan juga apabila jig yang digunakan tidak solid hook up. Bukan rezeki. Lepas putus, ikan kembali sunyi.
Namun di sini, satu masalah berlaku. Sauh bot terputus akibat berlanggar dengan karang tinggi. Terpaksa singgah ke Pangkor untuk meminjam sauh terlebih dahulu.
Lokasi 5:
Dalam perjalanan ke Pangkor, tekong singgah sekejap di Pulau 2 untuk casting. Namun, yillek....tiada ikan yang sudi kejap gewang yang dilontar ke tebing.
Lokasi 6:
Tempat ambil sauh pinjam. Kebetulan tekong ada rakan di Pangkor, bolehlah pinjam sauh sementara separuh masa untuk trip.
Lokasi 7:
Tidak jauh daripada Teluk Segadas. Semasa memancing di sini, air seakan dipenuhi lumut. Tiada sebarang ragutan ikan yang kami dapat.
Lokasi 8:
Berhadapan dengan Pangkor Laut Island Resort. Air di sini lebih tenang memandangkan dilindung oleh pulau. Kawasan2 luar pulau sangat bergelora ditiup sang angin. Di sini, ad pemancing yang berjaya menangkap seekor ikan gerut2 yang dikira agak besar dengan menggunakan mata apollo sahaja. Nasib baik tak lucut di tengah jalan.
Lokasi 9 :
Berhampiran Batu Pas(ikut panggilan orang tempatan) / teluk kecil. Air masih lagi berlumut dan keruh. Hanya mengkerung sahaja yang dibawa naik.
Lokasi 10:
Berhampiran dengan gudang baiki kenderaan Boustead. Kawasan di sini tidak dalam namun terdapat batu2 di dasar. Di sini, spot yang mengujakan untuk hari trip. Permulaan baik oleh tekong dengan membawa naik ikan tetanda diikuti dengan seorang pemancing lagi, juga dengan tetanda. Kemuncaknya, ad seorang pemancing membawa naik seekor ikan jenahak dalam skala 1kg. Tangkapan terbesar untuk hari ini. Dalam masa sama, adalah sudi ikan gelama dan anak kerapu ikut kami balik.
Kami tiba di jeti jam 9.30 pm . Syukur semuanya selamat dan Alhamdulillah, ada juga la hasil untuk setiap pemancing bawa pulang walaupun tidak lumayan.
Hasil keseluruhan |
Insya Allah, next trip akan menyusur ke Pulau 9 plak.