Sunday, 17 February 2019

Layan apoollo di Boya Hijau, Lukut

Tekong : Ferooz
No Tekong : 019 710 0665
Lokasi : Boya Hijau, Lukut
Teknik : Apollo & Hanyut
Umpan : Tamban yg diapollo
Apollo : Kertas, Merah, saiz mata 10, 11, 12

Seawal 5.30 pagi bot sudah bergerak ke lokasi. Lokasi Boya ni umpama pisang goreng panas. Ramai tekong berebut untuk bergantung dengan boya. 

Sebaik matahari sudah mulai memancar menerangi lautan, sebaik itu juga sudah boleh mem apollo. Penat apollo ni macam main besi di gim. 

Aku dan pemancing lain puas melayan apollo sahaja kerana belum mahir untuk memancing teknik hanyut menangkap ikan parang.

Alhamdulillah, rezeki. pelbagai spesis dinaikkan.

yang besar pastinya ikan parang, yang sentiasa menunggu peluang meragut spesis pelagik.


Bersauna di Sekitar Westport

Tekong : Lanz Abla (nama FB)
Lokasi : Sekitar Westport, port klang
Umpan : Udang hidup jala
Harga : RM 100/kepala
Muatan : 2 + 1
No contact : 016-650 0498

First time try memancing di sekitar westport. Not a bad experience.
Ada tetanda, ada gelama, ada semilang, dsb.
Ada terlepas ikan sekor sbb lambat sentap. Bukan rezeki. Gaya tarik macam besar.
Kene rezeki, boleh jgak tarik kurau atau jenahak di sini.

Tips : kene datang waktu air hijau ( arus x laju)

Trip paling teduh setakat hari ni, x rasa terbakar.

Pasti kene repeat lagi.


Pusing-pusing Muara Pulau Indah

Nama Tekong : Matnoor
Lokasi : Pulau Indah
Umpan : Udang hidup (jala)
No contact : 019 312 2563
Harga : RM 225 ( 2 + 1)

utk trip ni sbb naik sorg, harga RM 150/kepala.

Ni trip paling lama. Bermula malam, menjala cari udang area jambatan SKVE ke Pulau Carey sehingga mancing sampai petang keesokan harinya.

Macam-macam ikan ada. Yang paling mendominasi ialah ikan gelama.

Banyak lokasi dekat dengan tebing sahaja tapi dasarnya dalam.


Kurau Batu Pacak! Rezeki Masa Kecederaan

Tekong : Abg Aziz Jaafar
Bayarn : RM 350 per trip
Umpan : Udang lipan, cabuk, udang jala(khas utk batu pacak), sotong kurita (termasuk dlm kos trip)
Lokasi : Batu Pacak dan kawasan sekitar
No Contact : 014 - 625 9261

Trip yang telah di set awal. Sebulan awal aku book trip. Tengok gambar tekong kongsi, hasil sentiasa menarik. Bot naik di Jeti Sementa.

Ada lebih kurang 3 spot yang kami pergi.

Lokasi pertama
Suram. Anak2 gelama, bebolos. Ikan besar, tiada. Mungkin bukan rezeki.

Lokasi kedua
Berdekatan Pulau Angsa. Alhamdulillah, dalam tengah hari, saat2 lena diulit mimpi, drag mesin shimano sieena menjerit. Tarik punya tarik, beroleh pari dengan anggaran berat 3-4 kg. Merasa la tarik pari. Gigil tangan.

Lokasi Ketiga
Lokasi Batu Pacak. Last trip di sini, memberangsangkan. Namun, tidak pada kali ni.Hanya beberapa ekor gelama papan yang sudi meragut umpan. Rezeki last minit, seekor ikan kurau, anggaran 2-3 kg meragut umpan. Begitu mengasyikkan. Rezeki yang telah tertulis. Alhamdulillah.