Sunday, 17 February 2019

Layan apoollo di Boya Hijau, Lukut

Tekong : Ferooz
No Tekong : 019 710 0665
Lokasi : Boya Hijau, Lukut
Teknik : Apollo & Hanyut
Umpan : Tamban yg diapollo
Apollo : Kertas, Merah, saiz mata 10, 11, 12

Seawal 5.30 pagi bot sudah bergerak ke lokasi. Lokasi Boya ni umpama pisang goreng panas. Ramai tekong berebut untuk bergantung dengan boya. 

Sebaik matahari sudah mulai memancar menerangi lautan, sebaik itu juga sudah boleh mem apollo. Penat apollo ni macam main besi di gim. 

Aku dan pemancing lain puas melayan apollo sahaja kerana belum mahir untuk memancing teknik hanyut menangkap ikan parang.

Alhamdulillah, rezeki. pelbagai spesis dinaikkan.

yang besar pastinya ikan parang, yang sentiasa menunggu peluang meragut spesis pelagik.


No comments:

Post a Comment