Wednesday, 26 February 2020

Rezeki Pemberian Tuhan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Entry kali ini, aku sahaja ingin sembang santai berdasarkan pemerhatian aku sepanjang terlibat dengan dunia seorang pemancing. Nak kata tegar, dulu2 semasa bujang, kerap la menenangkan jiwa di tebing2 lombong atau tebing2 muara. Melayan keseronokan dan keasyikkan memancing sang anak ikan.

Aku yakin dan tersangat percaya, hampir semua pemancing yakin bahawa rezeki memancing adalah pemberian Tuhan. Tidak ada pemancing yang berupaya menentukan bilangan dan jenis ikan yang dapat dipancing. Hakikatnya, kita sebagai pemancing hanya berikhtiar dengan menyediakan umpan dan peralatan yang terbaik, namun Tuhan jualah yang menentukan hasil yang akan diperoleh. Kadang2 rezeki banyak, kadang2 rezekinya sikit.

Namun, dalam pada kepercayaan ini, yang menjadi sedikit ralat adalah ramai pemancing yang lupa rukuk dan sujud semasa menjalankan aktiviti memancing. Tua atau muda seakan sama sahaja. Yang ditekankan bukannya solat sunat namun solat fardhu lima waktu sehari.

Waktu2 solat kadang2 dilihat dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa ada riak wajah bersalah meninggalkan tanggungjawab yang penting ini. Khusyuk atau kurang selesa untuk beribadah bukan menjadi penghalang besar. Yang menjadi keutamaan adalah pada mendirikan solat tersebut. Risau2 nanti kita tak sempat qada' kembali solat tersebut bilamana sampai di darat.

Hasrat dan hajat kita menginginkan rezeki yang murah dan diberkati perlu seiring dengan tindakan kita selaku hamba kepada-Nya.

Baru2 ini, aku juga kaget melihat rakaman video memancing di Youtube yang membawa trip pemancing pada hari Jumaat. Trip yang berterusan daripada pagi sampai ke petang. Persoalan yang timbul, adakah pemancing2 ni pergi menghadirkan diri ke masjid bagi menunaikan fardhu jumaat dengan menaiki bot? Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, bawalah istighfar dan mohon ampun daripada Tuhan akan kekhilafan dan kelalaian diri mengejar habuan duniawi.

Sewajibnya tiada langsung trip memancing pada hari Jumaat yang mulia buat semua pemancing Muslim. Pernah terjadi kisah di mana zaman Bani Israel dahulu ada sekumpulan umat manusia yang ditukarkan Tuhan menjadi kera atas keingkaran mereka menghormati hari mulia iaitu hari Sabtu.

Kisah seperti itu sepatutnya menjadi pengajaran penting buat kita umat manusia dalam menjadi hamba yang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Semoga kita sentiasa beroleh rezeki yang berkat. Amin.

Boleh refer panduan untuk solat di atas sampan/bot oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Monday, 24 February 2020

Santai2 di Jimah Power Plant

Tekong : Pakyie Sepang (nama FB)
Lokasi : Pesisir Jimah Power Plant
Umpan : Udang hidup (kolam) / Tamban Hidup / Udang Mati / Ruat
Harga : RM 200 / trip
Muatan : 2 + 1
No contact : 011 - 2134 6602
Tarikh Islam : 21 Jamadil Akhir

Dekat hampir sebulan tidak memancing. Gigil tangan2 dibuatnya. Last memancing, ak menebing di tebing berbatu pemecah ombak Kuala Kemasin, Kelantan. Kebetulan pada masa tersebut, ak pulang ke kg belah mertua di Machang. Masa perjalanan antara Machang ke Kuala Kemasin agak lama jgak dalam anggaran 1 jam.

So, kali ni, ak tidak pergi solo. Ak bawak teman yang sudah lama tidak memancing bersama atas kesibukan kerja. Pada kali ni, ak tempah masa dia awal, dalam 2-3 minggu sebelum trip. Kami pernah beberapa kali turun bersama di lokasi Jimah tetapi mengguna pakai khidmat tekong yang lain. Kemungkinan besar disebabkan rezeki yang tidak menyebelahi serta ceteknya ilmu kami berkaitan pemancingan laut, hasil yang diperoleh agak kurang memberangsangkan.

Ini merupakan kali ke-2 aku mencuba memancing bersama Tekong Pakyie Sepang ini. Tekong muda yang bagi aku memahami selok-belok port-port cantik dan menarik sekitar Jimah Power Plant.

Spot pertama - Pintu Kuala Sg Sepang

Dikhabarkan oleh tekong pagi ini cuaca kurang cantik. Angin Barat dijangka bertiup kuat menggelorakan permukaan laut. Kami berhenti sebentar di pintu kuala bagi mencari hasil apa yg ada. Rezeki mula, 2 ekor gelama berjaya dinaikkan. Gelama bersaiz comel sahaja. Namun, kami didukacitakan dengan penarikan Sang Sesirat yang malu2 memakan umpan sampai sedar2 perambut sudah berpintal dikerjakannya.

Spot Kedua - Tebing batu berhampiran Jimah Baru

Tekong membawa kami mencuba nasib menjinakkan kerapu bersaiz hidangan. Kawasan dasar berbatu sememangnya menjadi rumah idaman buat Sang Kerapu. Teknik perambut gantung atau batu hidup perlu digunakan di sini bagi mengelakkan sangkut. Joran perlu dihayunkan perlahan bagi menarik minat kerapu membaham umpan. Udang yang sesuai semestinya udang hidup. Hanya seekor ikan kerapu berjaya dijinakkan di spot ini.

Spot Ketiga - Rumah Api

Tekong membawa kami mencari umpan hidup tambahan. Kami meredah lautan menuju ke Rumah Api. Ini merupakan spot favourite jika ingin mencari umpan hidup tambahan. Target utama semestinya tamban yang menjadi kegilaan penghuni dasar di Jimah. Tapi, bukan rezeki kami barangkali, hanya ikan beliak mata sahaja yang sudi menjamah mata apollo yang diturunkan ke dasar. Menurut tekong, ikan beliak mata kurang mendapat tumpuan ikan2 demersal. Namun, rezeki yang lain turut serta naik ke atas sampan. Dalam beberapa kali karauan mata apollo, kami berjaya membawa naik beberapa ekor ikan cencaru. Layan jugak la melawan asakan sang cencaru.

Spot Keempat - Jambatan Jimah Baru

Kelebihan tekong ini adalah beliau memiliki Garmin GPS/Fish Finder. Alat ini menjadi ikhtiar kami mencari lubuk2 yang dihuni ikan. Kami melilau pusing sekitar jambatan bagi mencari kawanan ikan. Rezeki di sini, kami memperoleh daun baru dan jenahak dara. Syukur Alhamdulillah. Layan jugak menarik asakan ikan daun baru ni. Pertama kali aku memperoleh ikan dengan saiz hidangan.

Spot Keempat - Muara

Bila petang menjelman, angin yang meniup semakin kuat sehingga menggelorakan laut. Turun naik kami dipukul ombak. Disebabkan kesukaran parking sampan pada spot2 di jambatan jimah lama(air lebih dalam), kami mengambil keputusan untuk memancing di muara sungai. Target semestinya tetanda.

Saat kami masuk ke muara, air sudah surut disamping hujan turut turun dengan lebat. Air sungai yang tadinya jernih, serta merta menjadi keruh hasil air tanah yang masuk ke sungai. Ikan tidak berapa galak makan. Cuma, masih rezeki kami, beberapa ekor tetanda dan ikan tebal pipi sudi ikut pulang bersama.

Penutup

Alhamdulillah, trip yang sukses. Tekong mencadangkan untuk kami mencuba pula trip sesi malam. Katanya ikan2 besar kelaparan mencari umpan di waktu malam. Dalam trip ni juga, aku cuba menggunakan umpan sotong kurita yang dibeli di Jeti Sementa, Kapar, Klang. Namun kurang sambutan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni butiran untuk siapa2 yang teringin meduga trip sesi malam.

Harga : RM 250.00
Pemancing : 2+1
Umpan : sama mcm siang. mgkin kurita menjadi kot.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni pulak butiran umpan kurita yang ak beli di Jeti Sementa, Kapar, Klang

Nama Penjual : En Osman
No Telefon : 013 - 677 2616
Harga : 

@ Kurita Karang (Kaki Pendek) 
- Hidup = RM 5/ekor ll Mati = Rm 5/ 2 ekor

@ Kurita (Kaki Panjang) 
- Hidup = RM 10-15/ekor (bergantung pada saiz) ll  Mati = RM 5/ekor

Nota : Kene call dlu kalau inginkan stok yang hidup. Umpan panas selalunya cepat orang booked

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni pulak butiran umpan kurita yang ak beli di Telok Panglima Garang, Banting

Nama Penjual : Tuan Parliey (Nama FB)
No Telefon : 011 - 1093 0121
Harga : Kurita mati ( RM 2/ekor)
Lokasi : Telok Panglima Garang, Banting
Nota : Kene call dlu, sbb stok cepat habis

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar Hasil Trip Jimah




Ni hasil trip hari berikutnya