No contact : Tony Heng 012 660 1965
Harga : RM 550 untuk 5 + 1
Umpan : Udang hidup, udang mati, udang lipan
Sebelum trip lagi dah kecewa. Plan asal seramai 5 org berkurang menjadi 2 org disebabkan cancel last minit. terpaksa la menanggung kos yang mahal sbb dah book dgn tekong. Kebodohan aku jugak tidak meletakkan yuran komitmen untuk sesiapa yang dh konfem awal.
Kali ni memang aku sendiri akui air laut sangat dalam. Lama jugak la nak tunggu tali mesin reel cecah dasar. Di tambah pulak, kepelikan arus yang sangat laju walaupun air menyerong kecil. Apa pun, bersyukur la dapat jugak menarik ikan monster, seekor senangin anggaran saiz 2kg.
Saturday, 30 September 2017
Sangkar Sg. Udang Pulau Pinang
Tekong : Abg Jamil
No. Contact : 013 777 6905
Lokasi Naik Bot : Jeti Changkat
Umpan : Temenung (5kg)
No. Contact : 013 777 6905
Lokasi Naik Bot : Jeti Changkat
Umpan : Temenung (5kg)
Ni trip hari raya. Kebetulan, cuti raya, ramai kawan yang free untuk terjah sangkar sg udang. Kebetulan ada kawan yang kerja area Kulim. Dia dh biasa turut laut sekitar penang. Sakan jugak la dia mengasak ikan.
Cuma, cuaca x berapa cantik. Hujan turun beserta angin pada waktu tengah hari. terpaksa kami berteduh di bawah kanvas sehingga berhenti.
disebabkan ianya kawasan sangkar ikan, jenuh jugak la tangan melayan ikan duri. berpuluh-puluh ekor jgak la yg dibawa naik.
Syukur dengan hasil yang diperolehi. Next time, Insya Allah akan cuba lagi.
![]() |
| 2 Siakap Merah(MJ), 1 Jenahak, 1 Merah, 1 GT |
Pertama Kali Naik Bot Sekitar Klang - Lokasi Batu Pacak
No contact : En Aziz Jaafar 014 625 9261
Harga : RM 100/kepala , boleh naik 2 +1
Lokasi bot : Jeti Rantau
Seawal jam 5 pagi aku sudah menanti tekong untuk sampai. Kata tekong, kene gerak awal untuk menjala umpan terlebih dahulu. Kebetulan, ada kawan tekong yg ikut serta, dapat kurangkan perbelanjaan aku.
Cuma, salah tanggapan aku di peringkat mula. aku ingatkan batu pacak berada di kawasan muara. Rupa-rupanya, meleset. ianya berada di tengah laut. Aku cuma mampu bertahan hanya 1 jam sahaja. seterusnya, game over. Baring & tidur menahan keperitan mabuk laut.
Apa pun, dapat jugak lah tarik 1-2 ekor ikan sebagai lepas gian.

Belajar dan Terus Belajar di Kelong Nazri Bagan Lalang
No contact : En Nazri 019 343 8150 @ En Faris 019 677 3748
Umpan : Udang Hidup, Perumpun, Udang Kopek, Tamban
Kali ni, aku masih lagi solo mencuba dan menduga di kelong nazri, bagan lalang. Kali ni tambah kawan lain pulak. Peralatan memancing membuatkan aku merendah diri dan mengakui betapa masih noob nye aku dalam dunia pemancing. Best jugak kdg2 dpat berkenalan, berkongsi teknik dan cara memancing yang belum aku ketahui.
Alhamdulillah, kali ni naik, air cantik serta cuaca juga baik. Cumenye, belum berkesempatan menyaksikan siakap gergasi dinaikkan oleh pemancing yg naik sama ke kelong. Aku masih belum berkesempatan untuk itu.
Syukur alhamdulillah, ada jugak rezeki untuk dibawa balik dan memang aku cadang untuk diberikan kepada ayahku di Kedah memandangkan hujung minggu berikutnya memang dalam perancangan untuk pulang ke sana.

Monday, 31 July 2017
Pontoon Muhibbah Jambatan Pulau Indah
Lokasi : Pontoon Muhibbah Jambatan Pulau Indah
No contact : En Isa 019 2351044
Harga : RM 10 (pergi & balik)
Umpan sesuai : perumpun, udang hidup saiz kecik
Ni kira lubuk gelama, kalau mancing tu memang gelama insya Allah naik. cumanya banyak yang kecil2. Tak nak bosan pakai mata apollo.
Keadaan atas pontoon
Pontoon lain
Kene jaga kebersihan. jangan buang sampah merata
Ikan Tebal Pipi 1
Ikan Tebal Pipi milik orang....anggaran 2-3 kg
Ikan Tebal Pipi 2
Menduga Laut Dalam Tuas Yan
Trip bersama kawan-kawan ofis lama. Plan mereka dah lama, aku ditambah untuk menambah ceria suasana. Di samping, aku menginginkan pengalaman walaupun sementara memancing di kawasan laut dalam.
Jumaat malam sesudah solat maghrib, kami berangkat dari KL. Perjalanan selama 5-6 jam ke arah utara tidak terasa kejauhannya disebabkan lelap sepanjang dalam kereta dek keletihan bekerja pada siang hari.
Jam 2 pagi, kami tiba di Yan, Kedah. Masjid menjadi destinasi kami bagi membaringkan badan dan melelapkan mata sementara menunggu hari siang.
Sesudah solat subuh, kami bersiap- siap mencari bekalan makanan untuk berjemur di tengah lautan nanti di samping mengenyangkan perut yang sudah lapar. Murah makan minum, itulah keindahan bilamana menjejaki bumi Jelapang padi.
Jam 9.00 pagi, kami berangkat ke tengah lautan. Perjalanan selama sejam begitu jauh terasa dek terumbang-ambing posisi bot menongkah ombak yang beralun-alun.
Sesampai di destinasi unjam, kami bersiap-siap mencari umpan ikan hidup terlebih dahulu. Senjatanya mata apollo berbulu hijau. Pengalaman pertama apollo ikan-ikan hidup ni. Bersilih ganti ikan yang dinaikkan daripada jenis cencaru, kembong, selar, talang dan kerisi. Sementara itu, salah seorang ahli trip mencuba nasib untuk menduga sang tenggiri yang menjadi misi utama trip kali ni. Sememangnya Tuas Yan sangat terkenal dgn buruan tenggiri.
Cuma, bukan rezeki kami. Air tidak begitu cantik, tiada ikan tenggiri yang menyambar. Sedangkan, 2 hari sebelum, ada geng yang berjaya memperolehi berbelas ekor ikan tenggiri dalam anggaran saiz 1-2 kg.
Jadinya, sasaran dikekalkan untuk mengumpul sebanyak mungkin ikan cencaru. Lebih baik ada, daripada tiada. Dapatlah juga dibuatkan lauk makan.
Jam 7.00 malam , kami bergerak ke darat. Seusai solat maghrib, kami pulang ke KL.
Pengalaman pertama, semestinya masih banyak yang perlu dipelajari. Tidak mengapa, lain kali, kita cuba lagi.
Namun, agak hampa bilamana tidak diajarkan teknik menangkap sang tenggiri. Pergi semata-mata untuk apollo.
Bersyukur seadanya.
Suasana pagi hari di jeti
Tekong bot dengan aksi apollo
Suasana senja di tengah lautan
Ikan Telinga Gajah
Dapat 2 ekor, 1 ekor terlepas
Hasil tangkapan
### Nombor tekong x dapat share sbb trip member yang aturkan.
Sungai Dengkil , Banglo Patin
Popular tempat ni dengan kisah patin makan roti canai. dek kerana itu, aku bersama rakan serumah mencuba lokasi ini. Gigih merempit dari KL ke sini untuk memburu patin gergasi. Terbukti, memang lokasi ini lokasi patin. Tarikan pertama ikan patin, kedua dan ketiga juga patin. Cuma rezeki yang dibawa naik hanya anaknya yang kecil comel. Akan cuba lagi next time.
Kena pandai baca air dan cari lubuk. musim hujan air laju menderu dan sampah akan sangkut pada tali pancing. sudahnya ikan x usik umpan, kita yang gigih buang sampah yang menyangkut.
Apapun, rezeki dalam air, Tuhan izinkan yang kecik atau yang besar, yang penting bersyukur Alhamdulillah.
Lama x tengok baung
Subscribe to:
Posts (Atom)