Thursday, 19 July 2018

2nd Time Di Cameron Highland

Trip jalan2 mengejut sempena Kerajaan Baru.
























Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan



Lauk Masak Lomak Cili Api

Suka2 mancing lepas kerja dengan suka tepi rumah orang. Jadilah walaupun comel2 je.

Lama x makan. Kalau beli, botak kepala la jgak.


Mengajar dan Belajar di Kelong Pozi, Kuala Lukut

No contact : 019 360 1221 (Pozi)
Naik bot : Jeti Memancing Kuala Lukut
Harga : RM 60/head


Ni trip suka2. Saja bawak kawan2 ofis untuk memancing dan belajar memancing. Teknik yang betul efisien apollo umpan udang kopek. Hasilnya seperti di gambar. dekat2 50 ekor anak ikan berjaya dinaikkan......haha.

Xde rezeki ikan besar.

Next time baru cuba lagi.

ikan serkut

Trip Pulau Ketam

Tekong : Abg Sazali @ Wak Jali
No Contact : 017 244 3350
Umpan : Temenung

Ni pertama kali menduga kepulauan Ketam. Dengar-dengarnya banyak monster2 bawah sangkar ikan Pulau Ketam.

Cuma luar sangkaan dan jangkaanku, arus di sini tersangatlah laju. Batu ladung mati saiz 8 hanyut begitu saja.

Layan je la. dah sampai lokasi.

Selepas 1 balingan, ditambah balingan-balingan yang lainnya.

Masih tangkapan yang mendominasi ialah ikan duri.

Bukan rezekiku hari ni. Namun tuah rakan-rakanku.

1 jenahak, 1 kerapu hybrid

Transform into 3 rasa & steam. Sedap.

Sunday, 8 July 2018

Beraya di Sangkar Sungai Udang, Pulau Pinang




No tekong : Mazlan Changkat (013 372 0528) / Man Pulau (0112 895 0706)
Lokasi : Sangkar Sg Udang
Jeti Naik Bot : Jeti Changkat
Umpan : Temenung segar 4kg (1kg baki buat lauk)

Raya masa yang sesuai untuk berkumpul. Rugi rasenye kalau berkumpul tapi kumpul2 kosong, sekadar pishang di rumah. Aku merancang trip ini bersama rakan. Ni kali ke 2 mencuba nasib di Sangkar Sg Udang. Kali pertama, musim raya tahun 2017.

So setahun sekali, kita datang raya ke Penang.

Trip kali ni agak dukacita kerana sehari sebelum trip hujan turun sepanjang malam. Dalam hati, mendengus jugak la. Air sejuk! Bayangan kumpau! Ribuan duri dtg mencari!

Tekaan dan kerisauan tu benar belaka. Air pd hari trip, memang sejuk. Ikan seakan pasif. Namun, ada rezeki buat kami.

2 kerapu
1 tetanda
1 siakap putih

selebihnya sanak saudara ikan duri.

Papepun, syukur buat aku. Kerapu kecil & tetanda sudi ragut umpan. comel pun comel la. janji berhasil.

Siakap putih dan kerapu besar tu hasil hanyir tangan tekong.

Rasa keterujaan melihat ikan siakap putih depan mata. Manyak syok!!!


Memancing di Pontoon Lapan Jambatan Muhibbah


Lokasi : Pontoon 8, Jambatan Muhibbah Pulau Indah
No Telefon : Tekong Bot Isa (019 235 1044)
Umpan : Udang kopek & udang hidup

Ni trip suka2 sambil bersua muka dengan kawan lama tak jumpa.
Kebetulan, pagi ada kerja jap di Jelebu,Nogori Sembilan, bawak kawan jalan2 dlu ke sana.
Then, after 3pm, baru gerak ke klang. Singgah jap di Sg Pelek, cari umpan. 

Best Sg Pelek sbb umpan udang hidup masih murah. Cari kedai Wei Ann Trading sebelah 7E. Udang ada saiz 40 sen, 50 sen dan 60 sen. After that, trus gerak ke Pulau Indah.

Tapi, sampai-sampai Pulau Indah, still xleh mancing lagi. Kono gi cari makan. Kalau x, mahu kebulur atas pontoon. Bukan ada gerak atas pontoon....hihi.

Malam tu, hasil yang dinaikkan seperti dalam gambar pertama. Ikan Gelama yg GLAMER....haha.
Spesis yang bermaharajalela di muara2.

Siangnya, masih gagah kami memancing. Duri dan gelama bergilir-gilir. Yang lebih mendukacitakan umpan udang hidupku menjadi habuan Sang Sesirat.

Geng lain ada yang dapat ikan tebal pipi. Teknik apollo berumpan. Rezeki, kalau ditakdirkan, tetap akan dapat.

Trip santai yang berjaya.

Selesa sebenarnya mancing di pontoon ni. Lapang dan tinggi. Tapi elok la mancing malam2 sebab kalau siang2 panas lit-lit. Pontoon kan xde bumbung.

Ada tips orang bagi elok naik Pontoon 5 masa air x laju.
Kalau air laju, naik pontoon 2 atau 3 sbb pontoonnya lebih hampir dengan darat.

Next time, plan nak naik pontoon lain plak.

Pontoon 8 ni best. ikut rezeki, kdg2 boleh naik senangin, tebal pipi, cencaru yang sesat pun ada.


Gelama @ Glamer

Duri

Trip lepas di pontoon sama

Proses menyiang ikan

Senangin, Duri

Besarkan Durinya

Lauk pauk untuk sebulan

Malong. Panjang tapi bertulang halus.