Sunday, 8 July 2018

Memancing di Pontoon Lapan Jambatan Muhibbah


Lokasi : Pontoon 8, Jambatan Muhibbah Pulau Indah
No Telefon : Tekong Bot Isa (019 235 1044)
Umpan : Udang kopek & udang hidup

Ni trip suka2 sambil bersua muka dengan kawan lama tak jumpa.
Kebetulan, pagi ada kerja jap di Jelebu,Nogori Sembilan, bawak kawan jalan2 dlu ke sana.
Then, after 3pm, baru gerak ke klang. Singgah jap di Sg Pelek, cari umpan. 

Best Sg Pelek sbb umpan udang hidup masih murah. Cari kedai Wei Ann Trading sebelah 7E. Udang ada saiz 40 sen, 50 sen dan 60 sen. After that, trus gerak ke Pulau Indah.

Tapi, sampai-sampai Pulau Indah, still xleh mancing lagi. Kono gi cari makan. Kalau x, mahu kebulur atas pontoon. Bukan ada gerak atas pontoon....hihi.

Malam tu, hasil yang dinaikkan seperti dalam gambar pertama. Ikan Gelama yg GLAMER....haha.
Spesis yang bermaharajalela di muara2.

Siangnya, masih gagah kami memancing. Duri dan gelama bergilir-gilir. Yang lebih mendukacitakan umpan udang hidupku menjadi habuan Sang Sesirat.

Geng lain ada yang dapat ikan tebal pipi. Teknik apollo berumpan. Rezeki, kalau ditakdirkan, tetap akan dapat.

Trip santai yang berjaya.

Selesa sebenarnya mancing di pontoon ni. Lapang dan tinggi. Tapi elok la mancing malam2 sebab kalau siang2 panas lit-lit. Pontoon kan xde bumbung.

Ada tips orang bagi elok naik Pontoon 5 masa air x laju.
Kalau air laju, naik pontoon 2 atau 3 sbb pontoonnya lebih hampir dengan darat.

Next time, plan nak naik pontoon lain plak.

Pontoon 8 ni best. ikut rezeki, kdg2 boleh naik senangin, tebal pipi, cencaru yang sesat pun ada.


Gelama @ Glamer

Duri

Trip lepas di pontoon sama

Proses menyiang ikan

Senangin, Duri

Besarkan Durinya

Lauk pauk untuk sebulan

Malong. Panjang tapi bertulang halus.






14 comments:

  1. Bos..nak ke sana parking kereta ktne..
    Nk try lah ...

    ReplyDelete
  2. Parking bawah jambatan sahaja. Bawah jambatan kawasan luas.
    cuma kalau waktu air pasang besar, parking jauh2 ckit drpd tebing, risau air melimpah sampai tenggelam kereta.

    lepas parking, tggu kat jeti. nnt boatman dtg amek. inform boatman nak pergi pontoon mane.

    maaf ye lewat respon. selamat berjaya!!! :)

    ReplyDelete
  3. salam saya teringin nak ikut pergi sekali? kalau boleh, emailkan kpd sy no tel. fashanfathi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah saya x turun sini. Skang ni slalu menyampan/naik bot je.

      kalau nk cuba, dtg je ke jambatan muhibbah (jambatan pulau indah).

      Pilih pontoon mana nk pegi. elok pegi masa air x laju, kalau x hanyut umpan. kalau musim panas, pegi pontoon yang ada kawasan berteduh.

      tips xnak bosan , bawa apollo bulu kilat2. layan gelama.

      Selalunya hjg mggu, ramai je org yang naik.

      Delete
  4. Assalam,maaf nak bertanya klu nak naik ke pontoon tu ada tangga ke?

    ReplyDelete
  5. Wassalam alaik
    Tiada tangga.

    Selalunya pijak pada tayar yang diikat kat sisi-sisi pontoon.

    Gayat juga la kadang2. Tapi kene berani je.

    ReplyDelete
  6. Ada toilet ke atas ponton ni tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakannya tiada toilet. tp x salah saya, ada 1 pontoon yg ada.x ingat pontoon berapa & pasti kedudukannya, kalau menghala ke arah Pulau Indah, pontoon belah kanan jambatan.

      Ramai orang suka naik pontoon tu sbabnye ada ruang berteduh & ad tandas.

      Delete
  7. Kalau nk pergi lagi..boleh call atau whtsapp sy..nk join sekaki n boleh timba ilmu sikit dari sahabat.. 01123412577

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Tuan. Tapi x berani janji. Lama dah x naik pontoon. Kerap menyampan je skang ni.

      Delete
  8. Di pontoom blh bermalam ke

    ReplyDelete
  9. Saya dah lama x naik pontoon ni. Kalau ikutkan, tanpa PKP, mmg boleh bermalam atas tu.

    Cuma kalau hujan, xde la kawasan berteduh. Dan ramai jgak pemancing yang naik malam, sbb malam sejuk. Siang2, mmg rentung jgak la.

    PKPP ni saya x pasti boleh bermalam atau x.

    ReplyDelete
  10. Salam admin boleh tahu berapa harga naik ke poontoon tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat reply.

      Saya dah lama tak naik pontoon. dah kerap menyampan je skang ni.

      Tapi seingat saya masa naik dulu, RM10/kepala.
      Memang boleh dikatakan trip bajet mampu bayar la.

      Delete