Thursday, 2 November 2017

Negara Singa Penceria Jiwa



Kebetulan ada kursus di Gelang Patah, Johor. Peluang keemasan ni perlu dimanfaatkan untuk melewat negara seberang lautan Singapura. Segala persiapan dilakukan lebih awal daripada tarikh kursus. Nasib baik ada ahli keluarga kerja di Singapura, dapatlah menumpang bermalam beberapa hari serta rakan yang bekerja di sana, alang-alang dia cuti, boleh la travel bersama.

WELCOME TO SINGAPORE!!!

HARI PERTAMA 

Hanya jambatan serta lautan yang memisahkan dua negara
Here we go. Bismillah!!!

Jambatan yang menghubungkan JB dgn Woodlands. Waktu puncak akan sesesak ini.
Selesa urusan kastam, kami (aku & rakan) terus menuju ke Woodland Train Checkpoint. Di sini kebanyakan orang berkumpul menunggu bas untuk bergerak ke Woodland MRT Station.

Tapi, sebelum tu, kami mencari musolla untuk menunaikan solat asar terlebih dahulu. Ambil berkat di tanah orang & melihat binaan masjid yang barangkali berbeza dengan binaan kebanyakan masjid di Malaysia. 

Terdapat 1 masjid berdekatan dengan Woodlands Train Checkpoint tadi. Dalam walking distance. 


Woodlands Train Checkpoint
Masjid An-Nur, Woodlands.....kan lain tu
Simple design masjid ni. Masjid sudah semestinya tenang. Ramai juga yang mengunjung masjid ini untuk menunaikan solat.

Bahagian mihrab masjid
Seusai solat, kami menaiki bus menuju ke Woodlands MRT Station. Bas di Singapore menggunakan kad khas seumpama kad Touch n Go (TnG). Kalau menggunakan kad, kos perjalanan lebih murah disebabkan berdiskaun jikalau dibandingkan dengan pembayaran menggunakan duit kertas/siling.

SBS Transit. macam rapid di KL
Mesin detect EZ-Link Card
EZ-Link card. wajib ada supaya senang nk travel di Singapore
1st Location - Bugis Street

Tempat ni macam GM Klang / Kenanga WC. Jualan barang2 ala2 uptown. Disebabkan bajet tidak mencukupi, cukup la sekadar jalan window shopping


Entrance Bugis Street
Menarik design mall ni. Located berdekatan Bugis Street
2nd Location - Masjid Sultan & Restoran Zam Zam Singapore

Nasib baik tak jauh dari Bugis Street. Kami menapak sahaja ke sana. Exercise la katakan. Masjid Sultan ni dikira antara masjid tertua di Singapura. Lokasinya sangat tenang berbanding di Bugis Street tadi yang lebih ramai pengunjungnya.

Pandangan dalam Masjid Sultan
Ini yang menarik. Ada ruang informasi tentang Islam buat pengunjung yang hadir.
Sebelum melangkah ke dalam masjid, kami menjamu selera sebagai juadah dinner dulu. Rezeki sebab kawan aku belanja. Dapatlah peluang merasa murtabak singapura di Restoram Singapore Zam Zam.

Restoran Kecil tapi ramai orang
Nyum Nyum......
3rd Location - China town

Lokasi ini umpam sebuah pekan bangsa Cina. Ada tanglong, ada patung-patung. Di sini terdapat jugak cenderahati yang menarik untuk dibeli. Bolehlah untuk mencari kelainan.



Gerbang

                                                  4th Location - Garden By The Bay

Ini lokasi terakhir untuk hari pertama. Garden By The Bay. Ini sudah semestinya lokasi tarikan buat semua pelancong. Tempat ini ala-ala Icity di Shah Alam tetapi lebih gah. Sayangnya, sesampai kami di lokasi, segala pusat-pusat hiasan yang ada telah tutup. Makanya, lawatan sekadar pada sudut-sudut percuma.



Capture my attention.


Dari lokasi ini jugak kita boleh melihat keindahan Marina Bay Sand pada waktu malam.

Marina Bay Sand - hotel mewah yang seakan kapal terapung di atas. Atas sekali ada kolam renang yang besar. Luxurious.

Marina Bay Sand. Cantik design nye.
Next, mencari tempat tidur. Nasib baik ada ahli keluarga bekerja di Singapura. Boleh tumpang tido. Jimat.

HARI KEDUA

5th Location - Pulau Sentosa 

Ini merupakan lokasi tarikan utama pelancong ke Singapura. Di sini terdapat taman tema untuk aktiviti-aktiviti menarik. 

Di Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian taman tema Universal Studio Singapore (USS) & Pulau Sentosa.

Daripada tanah besar, boleh pilih nak naik rail atau jalan kaki. Kalau nak sihat, jalan kaki saja. Tak jauh sangat jaraknya.

Untuk aktiviti di Pulau Sentosa, terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan. 3 in 1 ticket.

Utk kami, kami pilih Waterworld , Cable Car dan K-Pop Hologram

Sentosa

The Famous USS

Pintu masuk Waterworld

Kapal besar kebetulan lokasi Sentosa berdekatan dengan pelabuhan

Seharian masa ditumpukan melihat keindahan Pulau Sentosa. Pulau yang kecil tapi sarat dengan aktiviti. Kene repeat.

Selesai di Sentosa, kami dinner bersama rakan senior yang bekerja di Singapura. Tamat 2nd Day.

3 rd Day - Jalan-jalan Santai

Hari last di Singapura, aku sekadar memanfaatkan masa bersama ahli keluarga yang bekerja di Singapura. Aku menghabiskan masa sehingga petang sementara menanti rakanku pulang daripada bekerja.

*********************************************************************************

A journey well spend. Menarik dan tertarik dengan Singapura. Kemas dan tersusun. Kalu tidak ditukarkan nilai matawang, kos sara hidup di sana masih dalam kategori MAMPU HIDUP. 

Dengan train sahaja, kita sudah mampu mengembara keseluruh pelusuk Singapura. Itulah kelebihan negara yang kecil dan membangun.




No comments:

Post a Comment