Trip berjalan bagi geng bujang. Kali ni ke seberang daratan sahaja. Medan.
Ikut hati, memang sudah kecik hati nak ke Medan. Angkara tragedi ngeri 2 tahun sudah di Medan. Tapi mengenangkan keriangan kembara bersama rakan2 sebaya, di samping agen yang lebih dipercayai atas rekemendasi rakan-rakan, memori buruk itu perlu dihapuskan.
So, let's go. Medan, here i come.
|
Bye-bye KLIA |
|
Suasana KLIA waktu malam |
|
Dekat je. Betul2 seberang lautan |
|
Sampai sudah. Airport Kualanamu |
|
Lengang. Tak ramai org, Mudah urusan imigresen. |
|
Lengang. Flight waktu malam. Beginilah keadaannya. |
Sesampai di Medan, kami langsung mencari Pak Supir. Dimaklumkan, supir akan pegang satu cardboard tertera nama kita. Cari punya cari jumpalah dengan supir muda. Namanya
Mas Dian.
Supir langsung membawa kami ke hotel pertama,
Hotel Grand Antares.
Sebelum sampai hotel, sempat singgah dlu di kedai berseberang hotel. Menu special malam ni
Murtabak Mesir. Sedap. Thumbs up!!!
Day 1
Medan -> Parapat
|
Landmark Hotel Grand Antares. |
|
Bangunan HotelGrand Antares |
1st Day, destinasi adalah
Parapat, kawasan pesisir Lake Toba. Perjalanan jauh lebih kurang 6 jam.
Stop yang pertama hari ni ialah Kedai Borong Paten. Paten ni sejenis snek berunsur kacang. Ada banyak2 rasa, boleh pilih.
Lokasi pertama duit dibakar....haha
Boleh la beli-belikan untuk kawan-kawan. Rasa pun sedap. Ikut selera masing2.
|
Pandangan Hadapan Kedai Paten |
|
Jalan Masuk ke Kedai Paten. Kedainya berada atas bukit. |
|
Bahagian dalam kedai paten. Boleh usha semua perisa yg ada. Yang penting ad tester. |
Sudah tengah hari. semestinya perut pun berlagu meminta diisi.
Lokasi pertama, Restoran Panorama. Masakannya seakan-akan masakan minang. Ada yang kena dgn tekak, dan ada jugak yang meloyakan.
Namun, perut sudah lapar. makan sajalah.
Supir telahpun tempah makanan untuk kami. Jadi, makanannya sudah pun tersedia. Tinggal untuk makan sajalah.
Jemput Ya Pak!!!
|
Konfem la minang. Tgk bumbung pun dah tahu. |
|
Inilah sebahagian menunya. Majoriti sayur-sayur je. |
Perut dah kenyang, so, boleh lah teruskan perjalanan. Here we go.
Dalam jam 5.00 petang waktu Indonesia, kami pun tiba di Parapat. Subhanallah, beautiful view.
Pesisir tasik yang sangat cantik.
Papepun, check in dlu.
Hotel Patra Comfort.
- Bilik Besar
- Ada swimming pool
- persekitaran cantik, bersih'
- View cantik (siap ada port khas untuk ambil gambar)
Very very recommended.!!!
Belakang hotel adalah Tasik Danau Toba. Scenery....Subhanallah, cantik sangat!!!
|
Sebahagian kawasan hotel. |
|
Pandangan hadapan hotel. Ni pun dh cantek. |
|
Terjaga rapi |
|
Nice kan? |
|
Lagi |
|
Sangkar ikan |
|
lagi view cantik |
|
Sangkar ikan. Kreatif dan bentuk pun lain, bulat |
|
Kejap je gambar2 sbb hujan sudah mau turun |
|
Hujan sudah mari |
|
Pekan Parapat di kaki bukit. |
Malamnya kami dijemput oleh pak supir untuk menjamu selera di pekan Parapat.
Restorannya Pak Pos Cafe & Resto
Menu-menu biasa seperti di Malaysia. Yang direkemen Pak Supir adalah air kopinya. Kebetulan, suasana malam yang kehujanan, amat sesuai diselitkan dengan hirupan kopi panas. Nyangkut skali.
Sempat juga selepas dinner, kami singgah di mart bagi membeli makanan ringan untuk supper malam nanti.
|
Lokasi makan makam |
2nd Day
Parapat -> Pulau Samosir -> Air Terjun Sipo-sipo -> Brastagi
2nd day, belayar ke Pulau Samosir. Pulau yang berada di tengah2 Lake Toba. Perjalanan lebih kurang 30 minit.
Lake Toba merupakan tasik semulajadi yang terhasil daripada proses letupan gunung berapi. Ianya merupakan air bawah tanah yang keluar melalui rekahan pada permukaan tanah. Menarik!!!
Kedalamannya boleh bertambah lagi dan lagi.
|
Jeti di Parapat |
|
Kapal Layar di Tasik Toba |
|
Model Kapal Layar....eh |
|
Suasana kampung di Parapat |
|
Selautan Tasik Toba |
|
Nice View |
30 Minit berlalu, kami tiba di Pelabuhan Tomok. Kawasan ini merupakan kawasan kaum Batak.(boleh google untuk kaji ttg kaum Batak)
|
Pelabuhan Tomok, Pulau Samosir |
|
Patung sebagai trademark kaum Batak |
|
Welcome!!! |
|
Peta Pulau Samosir. Besar jgak pulau ni. |
|
Kawasan Perumahan Kaum Batak |
|
Rumah Kaum Batak. |
|
Patung yang boleh menari |
Difahamkan pada zaman dahulu patung ini boleh menari dengan sendiri tanpa bantuan. Kuasa ajaib, kuasa sakti, itu tidak dapat dikenalpasti. Yang sekarang ni dh guna alat.
|
simbol penjaga pintu masuk |
|
Makan Raja-raja Kaum Batak |
|
Trademark pintu gerbang Kaum Batak. Ada cicak, ada buah _ a _ a . |
|
Cantik rekabentuk rumahnya. |
|
Inilah patungnya. |
Habis lawatan sekitar 1 jam. Sempat jugak la singgah2 beli barangan cenderahati buat teman teman di Malaysia.
Kami langsung pulang kembali ke Parapat.
|
masjid di Parapat |
Sesampainya di Parapat, semestinya yang dinanti, makan tengah hari.
Menu lebih kurang seperti di restoran Panorama semalam.
Layan, janji kenyang.
|
Restoran Minang Gumarang |
|
Sepasang patung yang menarik mata memandang |
Gendang gendut,tali kecapi
Kenyang perut, suka hati
Dah kenyang, bergeraklah kami ke destinasi berikut.
Dalam perjalanan, sempat kami singgah minum petang. Dikhabarkan teh halianya sungguh mengasyikkan.....Pakat-pakat la order minuman yang sama.
Indah khabar dari rupa.
Teh halianya umpama minum sup halia. Liat jgak la masing2 nak abiskan minum walaupun secawan kecik je......
|
Tempat minum petang |
|
halaman restoran |
Dah lepas minum teh halia, kami teruskan perjalanan.
Dalam kehujanan, kami singgah di Air Terjun Sipo-sipo.
Cantik.
Kami gagahkan kaki turun dan naik tangga yang tersedia. Demi merasai kedinginan air terjun dan menambahkan koleksi gambar peribadi.
Dimaklumkan hampir 1000 anak tangga yang telah dilalui. Kejang2 kaki msg2.
|
tinggi kan |
|
keruh sebab tengah hujan |
|
pandangan dari bawah bukit |
|
Bye-bye Lake Toba |
Perjalanan diteruskan sehingga tiba di Brastagi.
Brastagi merupakan kawasan tanah tinggi di Medan. Ala2 Cameron Highland di Perak.
Sesudah maghrib, kami mengisi perut yang lapar. Kali ni menu special. Gerainya tepi jalan sahaja, tapi rasanya umpama di restoran 3 bintang.
Thumbs up!!!
Ikan tilapia bakar + sambal = Terbaik!!!!
|
Terliur tak......
(gambar sebelum) |
|
(Gambar selepas) |
|
Gerai roti gardenia berperisa. Makanan rare. |
3rd Day
Brastagi -> Gunung Sibayak -> Kolam Air Panas -> Ladang Ternak Lembu -> Kuil
Kami bingkas pulang selepas lunch kerana esoknya akan hiking ke Gunung Sibayak.
Jam 4 pagi sudah perlu gerak.
Jam 4.30 pagi keesokan hari. Kami bangun dan bersiap untuk trekking. Dah lama x trekking, itu yang bersemangat.
Guider, Mas Dian juga namanya yang akan membawa kami menuju ke puncak Sibayak.
|
Kaki gunung. |
|
Ada gerai. Singgah dlu minum teh. |
|
Sinabung. Aktif. Berasap-asap |
|
Brastagi daripada puncak |
|
Sunrise eh!! |
|
Sulphur |
|
Sibanung semakin kelihatan |
|
Matahari sudah bangkit |
|
Sibayak |
|
Berasap. Wap Panas |
|
Perkampungan di kaki gunung |
|
Laluan berbatu di puncak Sibayak |
|
Panas tu |
|
lerengan bukit |
|
Tanah |
|
Jelas kan gunungnye. |
|
Ayuh turun |
Seturunnya kami dari Gunung Sibayak, supir membawa kami merehatkan badan di kolam air panas. Nyaman sekali.
Dalam keadaan keletihan, dapat merehatkan tubuh dalam air panas.
Kolam air panas ni adalah semula jadi daripada sumber haba gunung yang terdekat.
|
Karona Family |
|
Ucapan untuk upacara. Boleh ditempah |
|
Hotel Green Garden, Brastagi |
|
Pengaruh binaan kaum batak |
Sudah kepenatan, kami berehat.
Seterusnya selepas Zohor, kami berjalan-jalan sekitar Brastagi.
Santapan tengah hari, Nasi Ayam Penyet di Panorama Resto.
|
Ayam Penyet |
|
Lokasi lunch |
|
Ladang strawberi |
|
Runsing strawberi dh abes petik |
|
Alam Lumbini, Brastagi |
Alam Lumbini merupakan kuil Buddha. Ianya dibuka untuk pelancong. Rumah ibadah perlu beradab. Jangan bising.
|
pintu masuk |
|
Bye-bye Green Garden |
4th Day
Brastagi -> Medan
Kembali ke Medan.
Dalam perjalanan singgah sebentar di warong durian tepi jalan. Best2x.
Murah2 je.
Makanan tgh hari. Masih sama ayam penyet. tp kali ni pedas sungguh.
Selebihnya, kami mengisi masa berbaki untuk pusing-pusing di Bandar Medan
Masjid Raya Al-Mashun
Taman Awam sebelah masjid
5th Day (Hari Last)
Istana Maimun -> Malaysia
|
Istana Maimun |
Makanan tengah hari terakhir di Medan. Masih lagi ayam penyet.....haha
Kembali ke Kualanamu Airport.
|
Bye-bye Medan |
Moga ketemu lagi.
Beberapa dapatan dan pemerhatian penulis hasil kembara ke bumi Medan:
(a) Pembangunan umpama KL ( pusat bandar) tetapi di pesisir bandar umpama Kedah(sawah padi). Kemungkinan sumber pendapatan utama masih lagi melalui pertanian.
(b) Kebebasan mengamalkan agama masing2. Terkejut jugak daging anjing dan khinzir dijual tepi jalan macam daging lembu. Bukan perkara biasa di KL.
(c) Kesungguhan mengekalkan identiti kaum sepertimana kaum batak kekalkan rekabentuk rumah di Tomok
(d) Trademark makanan indon - nasi ayam penyet...hehe
(e) Pembangunan infra di Medan masih jauh berbanding Malaysia. Permukaan jalan mmg teruk.Nasib baik bukan drive sendiri.
(f) Indon mmg kaya dengan keindahan alam. ni baru medan dah bermacam-macam kawasan menarik.
(g) Have a proper tour guide to travel di Indon. It is a must. Biar spend lebih ckit berbanding ditipu. Ni trip berjaya berbanding trip adventure Acheh dlu.
No comments:
Post a Comment