LOKASI JETI : Jeti Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor
BAYARAN : RM 600.00
MUATAN BOT : 4+1
LOKASI : KAPAL PECAH (Perjalanan 2 jam daripada jeti)
NO CONTACT TEKONG : TBC later
UMPAN : Sotong kurita ( termasuk dalam bayaran)
Jarang-jarang aku menyertai trip memancing malam. Bukan tidak mahu, tetapi tidak mampu menahan mata yang mudah mengantuk.
Seperti djanjikan, selepas Maghrib, aku sudah sampai di jeti. Cadangannya, selepas isyak akan bertolak dari jeti. Cuma, kami gerak agak lewat kerana tekong ada urusan perlu dilakukan. Pada jam 10 malam baru enjin bot berbunyi membelah lautan.
Spot Pertama
Lokasi mendapatkan umpan hot - sotong kurita. Pengalaman pertama kali untuk aku lihat tekong menangkap sotong kurita sendiri. Kulit-kulit siput diikat dengan tali dan dilemparkan ke dasar. Tali tersebut ditandakan dengan pelampung. Banyak ekor sotong kurita jugak yang kami peroleh.
Umpan dah ada, boleh lah langsung ke lokasi memancing.
Spot Kedua
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Sakit bontot menahan asakan gelora laut yang dibadai di lantai bot.
Sampai di lokasi, masing-masing melabuhkan umpan. Ini kali kedua aku menggunakan umpan sotong kurita. Masih belum mahir. Seharusnya, bila dipotong sotong kurita, misai sotong tersebut jangan dipendekkan.
Yang kedua, perambut memancing di laut dalam seharusnya panjang dalam anggaran sedepa ke dua depa.
Yang ketiga, lontar umpan jauh daripada bot. Kerana selalunya ikan memakan umpan jauh daripada kedudukan bot.
Malamnya, aku sekadar kumpau. Yang lain, alhamdulillah, berjaya membawa naik 5 ekor jenahak. Yang paling besar dengan berat 3.8 kg. Kata kawanku itu, menarik ikan tu seumpama menarik kayu balak.
Pada paginya, baru ada ikan gerut2 yang meragut umpan.Boleh lah daripada tiada langsung. Tapi, jenuh menaikkan ikan menggunakan kekili spinning kerana kedalaman laut yang agak dalam.
Hampir jam 11 pagi keesokan harinya, kami bertolak pulang.
Pengalaman kedua memancing di laut dalam namun pengalaman kedua ini lebih memberikan banyak pelajaran kepada aku.
Nasib baik Tuhan izinkan aku tidak mabuk kerana pada malamnya gelora di lautan boleh tahan dahsyatnya dipukul angin yang masih laju kebelakangan ini.
Syukur rezeki untuk keluarga. Seekor jenahak dan seekor gerut2 dibawa pulang.
Next time akan cuba lagi.
Trip ni selit2 sahaja. Harap2 selepas ini boleh set dengan member rapat untuk menambahkan lebih keseronokan.
No comments:
Post a Comment