Lokasi : Pantai Pasir Lanun (kawasan berbatu)
Umpan : sotong mati (hiris)
Teknik : Apollo bulu warna-warni mata kail saiz 10
Di Pantai Pasir Lanun, ada 2 lokasi berbatu. Satu sebelah kanan, satu sebelah kiri. Di kawasan berbatu ini sahaja yang bersesuaian untuk memancing. Kerana di tengah2, adalah kawasan pantai. Ombak yang tidak terlalu kuat dan ramai pengunjung mandi-manda di situ.
Kunjungan ku ke Mersing tidak bersesuaian dengan masa dan cuaca. Dek kerana kerana musim angin laut yang laju dan kuat sehingga sukar untuk menaiki bot untuk memancing. Kawasan pantai yang tidak terlindung oleh pulau, turut dilanda ombak turun naik yang kencang.
Mujur kawasan batu belah kanan Pasir Lanun itu, agak terlindung. Terdapat spot pantai yang tenang dan mendamaikan. Bolehlah cuba mendapatkan lesen di sini.
Hasilnya, 2 ekor gelama pisang dan 1 ekor anak gerut menjadi habuan. Jadilah, bagi dapatkan lesen.
LOKASI KEDUA
Lokasi : Pulau Batu Cawan (kawasan berbatu)
Umpan : sotong mati (hiris)
Teknik : Apollo bulu warna-warni mata kail saiz 10
: Perambut gantung
Kebetulan, hari berikutnya, air agak tenang dek angin laut yang tidak terlalu kuat di awal pagi. Rakanku di sana mengaturkan bot untuk menghantarkan aku memancing di Pulau Batu Cawan. Aku menaiki bot di Teluk Iskandar. Perjalanan cuma dalam 10-15 minit sahaja. Rezeki jangan ditolak. Boleh lah mencuba memancing ke tengah sedikit.
Di sini, dipenuhi batu sahaja. Kawasan teduh pun kurang. Kerap sangkut namun dalam kesempatan sangkut, masih diizinkan Allah untukku beroleh 4 ekor anak kerapu dan 2 ekor bebolos.
Kebanyakkan ikan diperoleh menggunakan teknik apollo dengan umpan.
Kene cuba lagi di lokasi ini.
LOKASI2 BERPOTENSI
Jeti Penyabong.
Jeti baru. dekat dengan pulau. kawasan sekeliling pun banyak lokasi berbatu yang semestinya menjadi lubuk permainan ikan2.
No comments:
Post a Comment