Tuesday 30 July 2019

Hari Yang Cantik Di Sangkar Sungai Udang, Penang

LOKASI      : SANGKAR SG UDANG, PENANG
JETI             : JETI CHANGKAT, JAWI
BOOKING  : ABG MAN GAYAH (019 - 447 8484)
TEKONG    : ABG MAN PULAU (011 - 2895 0706)
MUATAN    : 4 + 1 (SELESA)
UMPAN      : IKAN TEMENUNG 7KG( LEBIH BANYAK DLM 3 KG)
                    : UDANG HIDUP SAIZ SEDERHANA

Alhamdulillah, saat bertolak dari jeti, cuaca baik. Hari sebelumnya juga, cuaca baik, cerah dan tidak hujan. Biasanya kalau hujan hari sebelum, ikan tidak galak meragut umpan.

Makanan dan umpan telah dibeli siap2 sebelum sampai jeti supaya tak kalut kalau tiba2 umpan tiada. Kami beli separuh dan tekong beli separuh. Tambahan kali ni, tekong sediakan udang hidup Katanya buat umpan cari senangin memandangkan kalau ikut jadual air ialah air mati.

Tekaan tekong betul. Arus tidak laju. Ladung hidup saiz 5 pun tidak hanyut. Jam 8.30 pagi, kami sudah tiba di lokasi pertama. Tiada ragutan kasar melainkan sang duri yang rakus meratah umpan. Lebih kurang 30 minit, kami mengubah lokasi ke sangkar kedua.

Keadaan masih sama. Ikan masih segan dan malu2 untuk meragut umpan. Sehinggalah, rakan kami berjaya membawa naik seekor ikan siakap merah berskala 1-2kg. Alhamdulillah. Kemudian, ikan siakap merah mula mendominasi. Ada seekor putus di tali walaupun sudah timbul di permukaan air.

Bila keadaan kembali sunyi, kami bergerak ke bahagian belakang sangkar. Di lokasi ini, kejayaan lebih banyak memihak kepada sang ikan untuk meloloskan diri. Hanya beberapa berjaya dinaikkan.Yang lain sama ada perambut putus ataupun sangkut di tali sauh. 

Aku juga terkesima dua kali. Yang pertama sentapan tidak kemas dan yang kedua ikan memutuskan tali perambut. Yang kedua, agak kan ku ikannya besar, kerana kekili tidak dapat dikarau langsung semasa ikan melarikan umpan. Bukan rezeki.

Hampir pukul 3, kami pindah ke sangkar ketiga. Baru melabuhkan umpan, joran tekong langsung melengkung ditarik ikan. Alhamdulillah, seekor siakap putih berjaya di bawa naik menggunakan umpan udang hidup. Kemudiannya bergilir dengan tarikan ikan senangin yang berada di dasar. 

Tekong berjaya sekali lagi membawa naik siakap putih dengan anggaran berat 3-4kg. Larian dan lompatannya cukup mengujakan. Nasib baik kail tak lucut semasa lompatan kedua. Rakan ku juga berjaya menipu sang barramundi namun putus disebabkan tali bergesel dengan teritip. Bukan rezeki.

Apa2 pun, kami bersyukur trip kali ni diberikan rezeki yang melimpah untuk kami. 

2 ekor siakap putih
5 ekor siakap merah
1 ekor tetanda
1 ekor kerapu
5 ekor senangin

Jarang2 trip kami bersama beroleh hasil tangkapan seperti ini.












No comments:

Post a Comment