Monday, 28 September 2020

Memikat Patin Janda Sungai Langat, Banting

Tekong Radin
Umpan : Buah Berembang, Roti Gardenia celup Pati Buah Berembang, Pati Sawit (Mugarabas)
Muatan : 2 pemancing + 1 tekong
Bayaran : RM 120 / pemancing , RM 150/ pemancing (pakej special makan)
FB : Trip Memancing Patin Janda
No contact : 016 943 8192 (Ehsan)  ll  011 3399 0829 (Zainal)

Kebetulan, hujung minggu, ada sedikit kelapangan, aku survey2 jika ada trip memancing yg boleh selit2 especially trip laut. Sejak menceburi pemancingan laut, sangat jarang aku turun memancing ikan air tawar sama ada di lombong, tasik, kolam dan sungai. Sudah lupa ramuan2 umpan yang kerap dibancuh zaman belajar dulu. 

So, kali ni, aku selitkan nama untuk mencuba nasib memburu patin janda di Sungai Langat. Harga berpatutan untuk aku sebagai pemancing bajet. Lokasi pemancingan adalah sekitar Sungai Langat. Kawasan pancingan tidaklah sepanjang keseluruhan Sungai Langat. Sekadar dalam lingkungan radius 5km daripada jeti sampan tekong.

Boleh dikatakan Sungai Langat ini memang syurga ikan patin. Hal ini disebabkan sepanjang sungai, boleh dilihat begitu banyak kocakan air oleh ikan patin. Saat air menjadi tenang, kocakan air berbalas2 di sepanjang sungai. 

Pada masa yang sama, Sungai Langat merupakan spot yang kaya dengan makanan ruji ikan iaitu buah berembang. Di kiri kanan sungai segar bugar pokok berembang meredupkan tebing2 sungai.

Umpan yang digunakan semestinya buah berembang yang dipotong empat. Terpulang, boleh juga dipotong dadu dan juga boleh menggunakan umpan roti yang disalut perasa. Insya Allah, kalau ada rezeki, pasti berpeluang menaikkan sang patin.

Ikan patin boleh dikatakan ikan kegemaran pemancing2 air tawar dek kekuatan tarikan ikan selepas meragut umpan.

Rezeki aku dan rakan pancing baru beroleh 12 ekor ikan patin. Masih belum mampu memecahkan rekod hari sebelumnya sebanyak 14 ekor. Papepun, syukur Alhamdulillah, dah ada lauk untuk masukkan dalam masak lemak tempoyak atau dijadikan ikan bakar....nyum nyum.

Untuk makluman, tekong jugak ada mencari udang galah sepanjang sungai. Kalau kena rezekinya, boleh la nak beli untuk santapan tambahan.

Pakej special RM150 tu termasuk makan tengah hari dan petang. Dikhabarkan specialnya pemancing akan dijamukan lauk udang galah. Bukan rezeki saya, masa turun haritu, tukang masak cuti plak, jd tak dapat la nak merasa.






 

1 comment: