Monday 28 September 2020

Pesta Apollo Kerisi

Tekong Bashir
Umpan : Ikan Apollo, Sotong Segar (Candat)
Muatan : 5 pemancing + 1 tekong
Bayaran : RM 100 / pemancing  (trip selit2)
               RM 450 / trip (mancing apollo kerisi)
               RM 550 / trip (mancing tukun approx dlm 6 tukun)
FB : Abdul Bashir
No contact : 013 913 6401 ( Bashir)

Kebetulan cuti raya Aidiladha, aku mengambil peluang bercuti seminggu di kg mertua di Machang. Balas dendam tak dapat beraya di kampung semasa Aidilfitri disebabkan pelaksanaan PKP. Kesempatan yang terhidang ini, aku mengambil peluang untuk mencuba trip boating di perairan pantai timur ni. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku terjumpa post di FB oleh tekong yang open trip untuk selit2. Aku telahpun riki trip dengan tekong lebih awal daripada cuti ini lagi. 

Kebetulan sehari sebelum trip, ada pasar pagi di Kampung Gutong, Pasir Puteh, aku membeli sotong candat fresh RM25/kg untuk dijadikan umpan masa trip. Ada seorang pakcik yang naik motosikal menjual sotong candat. Packing 1 kg per plastik.Ni kira rezeki aku jugak sebab di pasar2 borong pun kurang menjual sotong.

Lokasi bot adalah di Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. To be specific di Masjid Mukim Sabak. Lokasi jeti sangat berhampiran dengan masjid.


Trip kali ni seramai 3 player dan 1 tekong. Perjalanan ke spot pertama lebih kurang 1 jam. Kebas juga la duduk beralaskan lantai bot. Mode utama memancing kali ni menggunakan apollo. Nak mudah, beli sahaja apollo di kedai memancing bersaiz 12, 13 atau 14. Disebabkan arus air tidak terlalu laju, sekadar guna batu ladung  panjang saiz 6 atau 7.

Boleh juga cari sotong mengabang menggunakan candat umpan. Umpan ikan kerisi akan dicangkuk pada candat. Disebabkan ini 1st time aku tengok teknik tersebut, ak tidak merasmikan penggunaan candat umpan milik ak.

Candat Umpan.



Spot yang tekong bawa meriah dengan ikan2 lauk campuran. Ikan kerisi, kunyit, mudim, kerapu dan banyak lagi. Mood apollo ni sangat syok sebab asal letak sahaja, ikan galak makan. Alhamdulillah. kalau tiada pun ikan2 monster, setidaknya tong ikan penuh dengan ikan lauk. Cukup lauk sebulan. 

Tekong ada jugak bawah singgah kawasan unjam. Mungkin timing kurang sesuai, tidak ikan2 besar di unjam yang sudi ragut umpan. Ada satu spot juga, kami diserang ikan aduweh. Asal campak apollo, berpusu-pusu ikan aduweh serang. Kata tekong, sedap ikannya kalau jadikan ikan kering dan goreng sambal....nyum nyum.

Di spot yang sama tu, ak terlepas seekor ikan ayam @ ikan barat. Anggaran saiz dalam 1kg. Ikan terlepas masa nak angkat masuk pun. Ikan ayam ni mulut kecil dan mata apollo memang ngam2 sahaja dengan mulut ikan. Bukan rezeki makan, sekadar rezeki mata sahaja.

Apapun, aku bersyukur dengan trip ni. 1st trip memboating di perairan Kelantan. Selama ni cuma menjerat kerapu di celah2 batu di pemecah ombak Kuala Kemasin. 

Ikan Ayam@Ikan Barat. Tekong cakap sedap buat gulai.





Meriah. Macam2 ikan ada

 

No comments:

Post a Comment