Tekong Salleh Marzuki
FB : Mohamad Salleh Marzuki (Boleh usha2 hasil tangkapan)
Umpan : Ikan Apollo (Tamban) , Udang Hidup, Udang Mati (buang kulit)
Muatan : 3 pemancing + 1 tekong
Bayaran : RM 100 / pemancing (trip selit2)
RM 350 / trip
No contact : 010 270 7285 ( Salleh)
Setelah lama tak turun laut disebabkan larangan rentas negeri & daerah oleh pelaksanaan PKPB di Selangor, ini kali ak set trip segera bersama seorang teman ak bagi hilang gigil tak pegang joran hampir 2 bulan. Sudah banyak kali trip sebelum ini terpaksa cancel atas sebab lanjutan pelaksanaan PKPB. Terima kasih kepada MKN membenarkan perjalanan merentas negeri dan daerah sebagai kelonggaran sepanjang PKPB yang masih dilanjut.
Trip last minit, kebanyakan tekong2 biasa tidak available. Maklum la semua pakat lepas gian. Kalau diikutkan tarikh yang ak target ni, air menyorong besar. Arus sudah semakin laju. Namun, dengan niat untuk hilangkan gigil, ak teruskan jugak trip. Ramai tekong yang ak ws tanya availabiliti namun hampa kebanyakannya melebihi bajet dan sudah ada trip.
Kebetulan pada satu petang, dalam kesibukan melayari media sosial, ak terjumpa post tekong salleh di FB. Hasil boleh tahan. Harga berpatutan. Ak pun aturkan trip dengan tekong. Melalui gambar dan posting yang lepas, pelbagai monster dah berjaya didaratkan. Boleh jugak refer group FB : Trip memancing rumah api bagan lalang.
Tiba hari trip, perjalanan bot dari jeti ke spot cuma sekadara 10-15 minit sahaja. Memang dekat. Alhamdulillah, cuaca pagi amat baik. Spot pertama berdekatan dengan rumah api, kami pulun mencari umpan hidup. Semestinya yang menjadi kegemaran sang ikan ialah tamban. Bagai memancing di kolam tamban sahaja, terlalu banyak tamban yang berjaya dinaikkan menggunakan perambut apollo kertas saiz 8.
Tamban ini senang untuk didapatkan jika terjumpa kawasan permainannya. Namun, yang sukar, adalah membelanya untuk hidup lama. Tamban boleh dikategorikan antara umpan yang sangat mudah mati. Mendapat ilham daripada geng2 kelong, ak membawa satu kolam mini bersama pam oksigen untuk membiarkan sang tamban bertahan lebih lama.
Mukadimah sang monster menjadi milik tekong. Tapi tidak kesampaian, perambut putus.Yang kedua dan ketiga juga kami ditewaskan. Selepas itu, tiada lagi ragutan kasar. Kami sekadar pulun apollo ikan tamban moga2 dapat penuhkan tong ikan.
Menginjak ke tengah hari, angin mula meniup kencang. Laut mula bergelora. Bermulalah episod bibit-bibit mabuk laut. Sakit kepala, mual, nak muntah menguasai badan. Namun, masih bertahan. Tidaklah sampai muntah hijau.
Angin terlalu kencang menyebabkan sauh bot kerap kali terangkat dan menyukarkan kami untuk memancing. Hasilnya, cuma sekadar ikan apollo yang dibawa pulang.
Rejeki, syukur. Next time cuba lagi.
Hasil tamban |
Angin petang padu
Hasil bot sebelah |
No comments:
Post a Comment