Monday 28 December 2020

Bermalam di Kelong Mamood, Kuala Lukut

Umpan : Ikan Apollo, Udang Hidup, Pumpun (orang bagi), Udang Mati
Muatan : 30 orang pemancing (musim PKPB)
Bayaran : RM 60 / pemancing -------> depo RM40/pemancing
No contact : 019 661 1448 ( Mamood)

Cuti Krismas yang panjang semestinya rugi jika tak dimanfaatkan dengan trip memancing. Kebetulan juga abang ipar aku datang sebentar ke KL, ada urusan untuk diselesaikan. Aku pun membawa die naik ke Kelong Mamood, Kuala Lukut. Sudah lama aku tidak memancing santai di atas kelong. Kali terakhir seingat aku tahun 2019 time bulan puasa.

Memang niat kali ini untuk memancing santai cari ikan2 lauk sahaja. Kesan mabuk laut daripada trip yang lepas belum hilang sepenuhnya lagi untuk membawa aku mencuba trip menyampan pada kali ni. Kali ini pun aku menyediakan peralatan menebing aku sahaja. Cukup 6 set joran + 1 koyan untuk kami kutip lauk.

Semestinya bila dah naik kelong, melihat kepada joran pemancing2 lain, membuatkan aku merasa begitu amatur. Masih nood dalam dunia memancing. Dengan masing2 berbekalkan set joran galah, kami sendiri terpaksa menyelit2 ruang yang kosong untuk melontar umpan.

Siang hari pertama, tidak banyak strike yang mengagumkan. Aku jadi lebih kaget bilamana ikan tamban agak sukar makan mata apollo yang aku jamukan. Namun, sebaliknya berbeza dgn pemancing lain. Itulah kot yang dinamakan rezeki. Memang sukar untuk aku mendapatkan tamban. Mujurlah aku bawak udang hidup sebagai umpan backup.

Kerap kali perambut sangkut melilit batang kelong yang dipenuhi teritip. Spot yang kerap aku hulur dan sangkut adalah bahagian tepi tandas. Dalam kekerapan sangkut itu, dapatlah jugak aku bawa naik kerapu selipar berumpankan udang hidup. Ada sekali tu, umpan yang aku hulur ke bawah kelong terus je dimakan ikan, namun sangkut dan kesudahannya putus.

Dalam senja, abg ipar ku berjaya menarik naik seekor ikan kerapu hybrid berumpankan udang hidup. Kalau sudah rezeki, pasti dapat juga ikannya. Pada mulanya, perambut utk rod tersebut sangkut di celahan kayu tiang kelong pada bahagian tangga & dapur. Saat sangkut tu jugak la mesin reel terpatah. Atas sebab kepenatan, kami biarkan saja rod tersebut kekal sangkut. Tapi secara tiba2, tali mainline bergerak2 seperti ada penghuni dasar yang meragut umpan. Tarik punya tarik, Alhamdulillah, seekor kerapu hybrid bakal dimasak tiga rasa untuk santapan hari esok.

Malam hari pertama, dan pagi hari kedua, tidak banyak ragutan yang diterima. Cuma, rezeki kami lagi, ada pemancing yang sedekahkan ikan todak kepada kami. Hanya sang todak yang ligat meragut tamban yang diluhur. Lebih kurang jam 10 pagi, kami bergerak pulang kerana ada urusan lain di petang hari.

Bolehlah aku simpulkan trip ni memuaskan hati kerana memang niat aku untuk santai2 sahaja. Abg ipar aku pun gembira dengan hasil yang diperoleh. Berat jugak la tong ikan untuk dibawa pulang ke darat. Pelbagai jenis ikan lauk yang kami peroleh. Ikan segar, masak apa pun sedap.

Tips apollo
Guna apollo kertas putih mata saiz 4, 6, 8. Ikan tamban suka apollo kertas.

Guna apollo bulu atau kertas untuk mancing ikan lauk. letak umpan udang mati(kopek kulit) dan hulur saja bawak kelong. Banyak ikan karang bawak kelong.





 

No comments:

Post a Comment