Umpan : Udang Hidup, Pumpun, Udang Mati, Kurita Mati
Muatan : 3+1 orang pemancing
Bayaran : RM 350 / bot atau RM300/ bot
No contact : 017 392 1540 (Nik)
Muatan : 3+1 orang pemancing
Bayaran : RM 350 / bot atau RM300/ bot
No contact : 017 392 1540 (Nik)
FB Tekong : Nelayan Tepian Nik Ct
Trip pembukaan tahun 2021. Trip dirancang bersama rakan komplot biasa. Pelbagai umpan disediakan. Target memancing di sekitar selat. Bot naik di Pangkalan Nelayan Telok Gong.
Pagi2 lagi kami diduga, hujan turun dengan lebatnya. Kesejukan jugak la bilamana angin sepoi2 meniup ke badan.Tekong berhenti di jambatan muhibbah. Sementara berteduh daripada hujan yang belum berhenti, bolehlah hulurkan umpan. Seperti biasa, berbondong-bondong gelama galak mencuit umpan. Rezeki lauk. Alhamdulillah.
Kemudiannya, spot kedua di Labohan Gurap. Jika diamati lokasi ini, terkenang kembali spot ini di awal2 menceburi bidang memancing laut. Kilang Papan Oriental menjadi landmark yang masih segar di ingatan. Kenangan sang tetanda, senangin dan gemang yang rakus2 dahulunya meragut umpan. Namun, pada kali ini, sepi, tiada sebarang ragutan mahupun cuitan daripada penghuni dasar.
Bertukar pula ke spot ketiga iaitu jeti Pulau Ketam dan Jeti Feri ke Indonesia. Kata tekong ikan target di spot ini adalah ikan tebal pipi. Namun, bukan rezeki kami. Hanya duri sahaja yang sudi. Spot ini juga terkenal dengan bot parking untuk memancing. Boleh naik menggunakan bot teksi sama ada di Bagan Hailam atau Jeti Pulau Ketam.
Spot Keempat pula ialah di Jeti Pusat Hidrologi Nasional. Jeti favourite kaki pancing jika diadakan pertandingan. Katanya ada laluan kurau di sini. Rezeki kami di sini menaikan ikan daun baru dan ikan gerut2.
Dari sini, kami bergerak ke area Jambatan Kilang Simen. Air di kawasan sini boleh tahan dalamnya. Cuma sang mengkerong sahaja yang sudi meragut umpan.
Kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Kilang Minyak. Di sini, kami menaikkan ikan gelama. Kami berteduh di bawah jambatan. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk menunaikan solat fardhu zohor.
Bila keadaan agak sepi, kami meneruskan perjalanan ke warf westport. Kawasan larangan memancing, cuma masuk senyap2 dan tidak mengganggu operasi. Terkagum kami disini melihat kapal2 kargo bersaiz sangat besar bersama kontena2 yang disusun dengan rapi.
Spot ini yang dinantikan sangat. Banyak lubuk yang boleh dicari dan dicuba. Rezeki kami harini beroleh seekor jenahak dalam anggaran 1kg dengan berumpankan pumpun sahaja. Alhamdulillah. Masuk2 je bawah waf penglihatan pasti terbatas kerana cahaya dilitupi badan kapal2 yang berlabuh. Namun, dengan bantuan kapal, alun laut lebih tenang. Cuma yang seronoknya, tidaklah badan kami rentung berjemur di bawah sinaran mentari.
Memandangkan suasana menjadi sunyi dan hampir senja, kami pun bergerak pulang ke jeti. Cuma tekong berhenti sebentar di jambatan muhibbah untuk bagi peluang buat kami menambah lauk dengan tangkapan ikan gelama.
Walaupun hasil trip tidak begitu lumayan, namun nikmat memancing bersama kawan2 mengisi kekecewaan.
Boleh cuba lagi next time.
No comments:
Post a Comment