Thursday, 22 April 2021

Cari Lauk Ramadhan

 Tekong Salleh Marzuki

FB : Mohamad Salleh Marzuki (Boleh usha2 hasil tangkapan)

Umpan : Ikan Apollo (Tamban) , Udang Hidup, Udang Mati (buang kulit), Pumpun

Muatan : 3 pemancing + 1 tekong

Bayaran : RM 100 / pemancing  (trip selit2) , RM120 / pemancing (termasuk menjaring)
               RM 350 / trip

No contact : 010 270 7285 ( Salleh)

Bulan Ramadhan menjelma, di samping fokus lebih terarah kepada memperbanyakkan ibadah, aku turut mengintai peluang untuk memancing. Tahun lepas tidak berkesempatan dek kerana PKP. Tahun2 sebelum itu, sempat la turun mencari hasil laut di kelong dan menaiki bot. Alah bisa, tegal biasa. Aku konfiden untuk book trip memandangkan bulan Ramadhan, kebanyakan tekong berkelapangan disebabkan trip tidak kerap berbanding bulan biasa. Hanya yang kental mental dan fizikal sahaja mampu berpanas di tengah lautan.

Niat trip harini memang sekadar untuk mencari lauk2 untuk berbuka. Kebetulan memang ada niat utk repeat dengan tekong yang sama memandangkan trip bersama yang lepas, kami diasak angin padu. Aku mabuk lauk aku dikerjakan alun.

Aku sudah sediakan umpan sehari awal memandangkan rancangannya untuk turun ke laut seawal mungkin. Kalau rujuk kepada apps Windfinder, alun dan angin dijangka bertiup kencang pada jam 2 petang. Separuh hari pertama ni perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Spot pertama, kami singgah di rumah api bagan lalang. Ni spot utama untuk mencari ikan umpan. Tamban cukup meriah di sini. Kalau bernasib baik, cencaru pun ada masuk. Rezeki kami bertemu kawanan kecil ikan cencaru. Layan jugak la menarik cencacu bersenjatakan mata apollo. Ikan monster masih belum buka mulut lagi. Kalau diikutkan cerita tekong, sekitar rumah api ini dipenuhi tukun2 konkrit yang menjadi mahligai idaman sang ikan. Di sini cukup sekadar kami menarik cencaru dan ikan tamban.

Agak2 bilamana keadaan sunyi, tekong membawa kami ke spot kedua iaitu di Tukun Tanjung Rhu. Di sini, air lebih dalam dan anak2 ikan lebih galak. Hasilnya, berpesta lah kami melayan ikan serkut dan beberapa mengkerung. Tak menang tangan kami melayannya. Campak , tarik. Baru sahaja ladung cecah dasar, umpan terus digetu sang ikan. Penceria suasana.

Agak2 bilamana keadaan arus semakin lemah, tekong mengajak untuk mencuba kawasan tubir berkedalaman 25-26 meter. Namun, pendaratan kami tidak berjaya. Angin yang semakin kuat meniup menyebabkan sauk tidak kukuh memacak di dasar lautan. 2-3 kali cuba masih gagal. 

Memikirkan keselamatan diri dan keadaan laut yang semakin bergelora, kami ambil keputusan untuk pulang sahaja ke jeti. Lagipun, bulan puasa, nak pulun sangat pun , badan tak berapa larat.

Trip setengah hari yang menghiburkan. Insya Allah ada kesempatan aku try lagi. Teringin menduga penghuni dasar yang menetap di tubir Tanjung Rhu.

Bonus kalau memancing area Bagan Lalang ni sebab boleh order ketam fresh. Ketam pantai, besar2 saiz 3 @ 4 jari. Harga pun murah2 je. RM 15-20/kg. Ni memang fresh. 

Lepas habis trip sahaja, terus dapat beli ketam daripada nelayan yang baru balik menjaring @ membubu ketam.Tapi kene book la dulu sebelum trip.



Hasil trip





Hasil trip hari esoknya termasuk menjaring




No comments:

Post a Comment