Tuesday, 28 September 2021

Pesta Gelama Di Pulau Ketam

Tekong Ayie

Umpan : Udang Hidup, Udang Mati (buang kulit), Pumpun

Muatan : 3 pemancing + 1 tekong

Bayaran : RM 450 / trip - Pulau Ketam(termasuk umpan)
               RM  360 / trip - Selat (termasuk umpan)

No contact : 019 648 4677

Lokasi Jeti : Jeti Pengail, Tanjung Harapan

Kebetulan kebenaran rentas daerah dibenarkan untuk individu yang telah lengkap vaksinasi (utk ak yg cukup AZ, kira2 14 hari selepas suntikan kedua), ak merancang trip. Kira2, sudah agak lambat untuk mendapatkan tekong. Kebetulan, sudah menjadi rezeki, tekong ayie ni available. Rancangan awal sekadar mahu lepaskan gian sudah lama tidak memancing laut, dapat pusing2 selat klang pun dan happy. Bincang2 dengan ahli trip, semuanya setuju untuk turun trip ke Pulau Ketam. 

Ramai orang cakap Pulau Ketam merupakan lubuk yang sangat berpotensi. Banyak ikan-ikan gred A menghuni dasar Pulau Ketam. Ditambah pula dengan kewujudan sangkar-sangkar ikan yang semestinya menjadi lubuk makan buat ikan-ikan yang meronda-ronda sekitar Pulau Ketam.

Seingat aku, cuma sekali sahaja, aku pernah bertandang ke Pulau Ketam. Hasilnya ketika itu seekor jenahak dan seekor kerapu hibrid yang semestinya bukan aku yang naikkan.

Kali ni agak sesuai ke Pulau Ketam memandangkan air dalam fasa air mati bermakna arus sangat perlahan. Tidak perlu gunakan ladung yang bersaiz besar.

Spot Pertama

Spot pertama kami kunjungi, adalah kawasan sangkar ikan. Cuma ketika kami tiba air ketiadaan arus. Tali benang yang dihulur tegak sahaja membelah air laut. Kami tunggu dalam 15 minit dan terus beredar ke spot berikutnya.

Spot Kedua

Di spot ini, masih lagi berlegar sekitar kawasan sangkar ikan, barulah ikan mula galak  meragut umpan. Alhamdulillah, anak ikan tebal pipi menjadi buah mula. Seterusnya, kami berterusan digasak sang duri. Dalam kerakusan duri meragut umpan, kami diserikan dengan tangkapan ikan bolos. Buat pertama kalinya, aku melihat saiz ikan bolos yang besar. Orang cakap ikannya sedap walaupun kecik je.

Spot Ketiga

Bilamana matahari sudah menegak di atas kepala, kami beralih berteduh di laluan sungai yang berdekatan. Hajatnya, ingin memikat sang misai @ semilang. Semilang yang dicari, belukang yang melengkungkan joran. Ikan paling besar untuk trip kali ni dalam anggaran 1kg.

Spot Keempat

Menanti semilang yang tak kunjung2 tiba, tekong mengalihkan bot ke spot keempat berhadapan dengan jeti Pulau Ketam. Katanya, sini lokasi kegemaran siakap. Sambil2 menanti siakap memunculkan diri, kami diceriakan dengan kehadiran tetanda dan gelama yang meragut umpan. Termasuk juga sang buntal yang gigih menghabiskan umpan. Namun, dalam kesabaran menanti siakap, salah satu pancing diragut kuat. Tarik punya tarik, terkejut kami dibuatnya. Seekor cencaru kuda sesat membaham mata apollo yang kami guna. Katanya tekong, cencaru ni datang cari makan daripada laut lepas yang terletak disebalik Pulau Ketam.

Spot Kelima

Apabila keadaan kembali sunyi, enjin bot dihidupkan dan kami bergerak menuju ke spot berdekatan sangkar. Di spot terakhir Pulau Ketam ni, kami tak menang tangan melayan ragutan sang gelama. Asal umpan jejak tanya, pastinya akan rasa getuan ikan. Kadang2, lebih daripada seekor dibawa naik. Inilah masanya memenuhkan tong ikan.

Spot Semilang
Dalam anggaran jam 5.30 petang, kami beranur pulang ke jeti. Dalam perjalanan, sempat kami singgah di salah satu tiang peken. Hajatnya mencari semilang sekali lagi. Alhamdulillah, ada seekor semilang yang sudi ikut balik.

Trip yang santai. Bukan rezeki kami membawa balik ikan-ikan gred A. Alhamdulillah, banyak jugak ikan lauk yang boleh dibawa balik.


Keseluruhan hasil 3+1

Mengungguli carta tangkapan Gelama & Mengkerung

Ikan-ikan rare, termasuk Cencaru Kuda sesat


No comments:

Post a Comment