Thursday, 7 October 2021

Rumah Rakit Pak Lim, Bagan Lalang

 Rumah Rakit Pak Lim (Rakit B)

Umpan : Udang Hidup - 70 sen seekor  , Pumpun Ruat - RM10 / bag

Muatan : maximum boleh muat 10 orang

Bayaran : RM450 (24jam)     ll       RM250 (12jam)

No contact : 017-366 1023 Faiz  ll  012 - 376 2819 

Lokasi Jeti : Jeti Pak Lim

Kelengkapan :-
*dapur dan kelengkapan memasak
*tandas dan bekalan air paip bersih (air direct paip)
*1 bilik 
*pangkin
*bekalan letrik genset
*tempat simpan udang hidup
*bbq set

Keluasan rakit - besar rumah rakit 20 x 30

Trip kedua dalam selang waktu yang dekat. Tapi kali ni, santai2 sahaja. Nak bawa mak mertua merasa memancing ikan-ikan muara. Kebetulan, weekdays, x ramai orang tapi jenuh juga nak cari rumah rakit yang available dan berpatutan. Memandangkan juga trip kali ni, trip santai bersama famili, jenuh jugak ak cari rumah rakit yang betul2 ada ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati. 

Lantai x berlubang, penghadang yang rapat dan semestinya rumah rakit yang bersih. Survey2, akhirnya, ak book dengan rumah rakit pak lim. Daripada gambar yang diberi, memang nmpak kemas dan selesa. Hasil pun boleh tahan jugak.

Sampai hari yang dijanjikan, kami menuju ke rumah rakit. Ada 2 jalan masuk ke jeti pak lim. boleh google sendiri nanti. Satu jalan yang lalu perumahan, jalan TAR + jalan tanah. Satu lagi laluan, jalan tanah keseluruhan. Kami terpaksa melalui laluan kedua disebabkan terdapat kerja-kerja pembinaan kecil dijalankan di laluan pertama. Bersalut la tayar kereta dengan tanah. Cuma jalan masuk ke jeti agak sempit, satu lane sahaja. Kalau berselisih, mungkin satu kereta kene masuk gaung di kiri atau kanan.




Jeti boleh dikatakan sangat kemas dan selesa. Ada tandas yg cantik (gambar boleh tgk di FB). Macam tandas dekat rumah sendiri. Parking pun banyak dan luas. Dalam jam 10.30 pagi, kami terus menaiki bot menuju ke rumah rakit. Bot sangat besar, selamat kalau nak bawak anak kecik. Umpan boleh dibeli di jeti. Cuma, kalau boleh, book dulu, supaya ada stok. Nasib baik haritu dah ada book perumpun ruat 3 bag. Ruat yang dijual sangat segar, sememangnya menjadi tarikan buat ikan-ikan.

Sesampai di rumah rakit, aku terus menyiapkan kelengkapan memancing. Al-maklum bila bawak family, kebanyakkannya tidak pernah memancing guna rod & reel. Kalau di kampung, cukup sekadar batang buluh atau nipah. 

Seperti biasa, untuk menggalakkan ikan makan, aku menggunakan mata apollo bulu2 kilat. Tidak perlu pasang umpan pada kesemua mata kail. Cukup sekadar pada 3 mata paling bawah. Pertama kali, hanya aku sahaja yang menyentuh umpan ruat. Yang seterusnya, masing-masing sudah berani menyentuh ruat, kalau boleh digambarkan macam cacing tapi lebih gemuk. Tapi kene hati-hati, ruat ni kuat menggigit, rasa sama macam kene gigit semut.

Seharian memancing, kami rasakan ikan kurang galak menjamah umpan yang dihulur. Jarang2 loceng yang dipasang pada joran berbunyi. Mungkin faktor air yang sejuk memandangkan malam sebelumnya hujan. Air sungai lebih banyak mengandungi air tawar membuatkan ikan agak culas.

Namun, syukur, banyak jugak hasil yang kami peroleh. Yang paling besar, seekor belukang disamping seekor tebal pipi yang meragut umpan di kala petang. Selebihnya, pelbagai ikan seperti gelama, duri, serkut. Tidak ketinggalan, ada yang berjaya memperoleh anak selar yang mundar-mandir di sekeliling rumah rakit. Mata apollo dihenjut turun naik di sekitar rumah rakit dengan berumpankan udang kopek.

Hasil-hasil ni sebahagiannya dijadikan juadah makan tengah hari. Tak tergambar betapa manis dan sedap nya memakan ikan fresh walaupun sekadar gelama. Sangat sedap dan bertambah-tambah nasi. 

Sekitar jam 7.00 malam, kami berangkat pulang ke jeti. 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di pekan Sg Pelek untuk mendapatkan tempahan ketam fresh pada tekong yang dikenali. Alhamdulillah, rezeki kami dapat beli 4kg ketam fresh buat santapan di rumah.

Bagi yang ingin tempah ketam di area Bagan Lalang, boleh contact no di bawah. Harga murah sekitar RM20/kg. Ketam bunga di pantai, saiz comel2 tapi dah sedap nak makan.

No contact : 010 270 7285 ( Tekong Salleh Marzuki)








No comments:

Post a Comment