Tuesday 26 October 2021

Kedinginan Hujan Di Sekitar Westport

Pesisiran Westport

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang (RM15)

Muatan : 3 + 1

Bayaran : RM500 termasuk umpan udang hidup jala

No contact : 013-641 4095 Paan

Lokasi Jeti : Jeti Telok Nipah, Pulau Indah

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot

Ini pertama kali aku mencuba naik dengan Tekong Paan. Teringin repeat sekitar westport memandangkan lokasi dan lubuk sangat menarik untuk diteroka dan dicuba. Kawasan sekitar westport semestinya menjadi banglo idaman bagi sang ikan mencari lauk. Sekitar westport boleh dikatakan sesuai sangat untuk memancing memandangkan kehadiran pelbagai struktur2 yang banyak secara tak langsung memperlahankan arus air. 

Tekong menasihatkan agar pergi time air menyorong kecil atau besar kerana jika tiada arus, ikan dikatakan kurang galak meragut umpan di samping perlu teliti jadual air juga supaya tidak datang time air keruh. Mostly, sekitar westport cun kalau mancing time air hijau.

Kami datang seperti timing yang dijanjikan. Kol 9 pagi bot akan bertolak menuju ke spot. Mudah dengan kebanyakan tekong yang bawa trip ke sekitar westport, mereka akan sediakan umpan udang hidup siap2. Dikhabarkan udang jala lebih mujarab berbanding udang bela yang dijual di kedai2 umpan. Tapi kena yakin bahawa rezeki pemberian Tuhan. Ikan jumpa umpan, insya Allah makan je.

Aku biasanya akan bawa sekali umpan pumpun. Setakat pengalaman 2-3 kali pergi ke sekitar westport, pumpun ni kerap juga diragut ikan especially gelama, duri dan tetanda. Kadang2, kalau kene dengan rezeki, jenahak saiz 1 kg pun makan juga pumpun. Pumpun aku beli dari Kedai Umpan Laguna Park. Itu merupakan kedai yang sangat lengkap menjual umpan. Terdapat pelbagai umpan yang dijual seperti udang hidup (pelbagai saiz), pumpun, kurita, udang lipan, udang mati).

Pagi nya langit mendung serta menjadi petanda hujan akan turun. Alhamdulillah, sejurus kami tiba di sekitar westport, barulah hujan turun dengan lebatnya. Suasana di sekitar westport sangatlah gelap. Sebolehnya prepare lampu kepala bersama untuk mudahkan nak pasang umpan. Bilaman hujan, ikan-ikan monster kurang galak meragut umpan. Cumanya, ada beberapa ketika pancingku diragut kasar, namun rabut. Bukan rezeki. Walaubagaimanapun, rezeki kami waktu pagi dapat memenuhkan tong dengan ikan gelama. Asal umpan jatuh ke dasar, pasti diragut sang gelama. Boleh menceriakan suasana yang sepi. Aku selalu akan sediakan ikatan mata apollo 2 mata yang diikat sendiri untuk memancing anak-anak ikan seperti gelama. Kadang-kadang, ada juga ikan lain yang terpedaya dengan mata apollo yang aku gunakan. Sebelah pagi boleh dikatakan tiada ikan2 gred A meragut umpan. Cuma sekadar penghuni tetap perairan selat klang duri dan gelama sahaja yang sudi.

Bilamana air pasang dan hujan dan berhenti, tekong berpindah ke spot jambatan. Di spot2 ni kami lebih galak menerima sambaran ikan tetanda. Paling besar bersaiz 300g. Sangat mengasyikkan kerana ikan tetanda bersifat agresif. Ikan tetanda akan terus menelan umpan yang dihulur dengan rakusnya. Pasti terkejut mendengar loceng pancing berbunyi bilamana sang tetanda menyambar umpan.Sesekali, ada juga ikan daun baru yang menyelit meragut umpan untuk ikut kami pulang.

Air yang boleh dikatakan agak keruh menyebabkan ikan kurang meragut umpan.

Pada jam 5.30 petang, kami mula bergerak menuju pulang. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di spot2 lain berhampiran westport untuk mencuba nasib. Rezeki kami, pada salah satu jambatan, ada seekor tetanda meragut umpan udang hidup saiz char kuey teow. Tinggi selera ikan. Selepas tetanda yang terakhir tu, kami teruskan perjalanan pulang dan tiba di jeti pada jam 7.45 malam.

Tekong ni merupakan tekong muda yang banyak simpan lubuk. Lubuk hanya dihafal dalam kepala. Dukacita ckit, tekong maklumkan itu merupakan trip terakhir tahun ni. Tekong dalam proses menjual bot yang kami naik dan menaiktaraf ke bot yang lebih besar. Kemungkinan pun trip akan open balik pada tahun depan.

Alhamdulillah, sempat juga kami naik dengan tekong paan ni. Ada kenalan bagitahu tekong paan ni rajin mengendap sang kurau , spesis mahal yang menjadi idaman kaki pancing. Insya Allah, boleh cuba lain pada masa lain.


Sekawan tetanda yang berjaya ditawan

Gelama yang terus mengungguli carta ikan paling glemer



Gambar2 hasil tekong pada trip2 sebelum sebagai tatapan pembaca













No comments:

Post a Comment