Thursday, 22 April 2021

Cari Lauk Ramadhan

 Tekong Salleh Marzuki

FB : Mohamad Salleh Marzuki (Boleh usha2 hasil tangkapan)

Umpan : Ikan Apollo (Tamban) , Udang Hidup, Udang Mati (buang kulit), Pumpun

Muatan : 3 pemancing + 1 tekong

Bayaran : RM 100 / pemancing  (trip selit2) , RM120 / pemancing (termasuk menjaring)
               RM 350 / trip

No contact : 010 270 7285 ( Salleh)

Bulan Ramadhan menjelma, di samping fokus lebih terarah kepada memperbanyakkan ibadah, aku turut mengintai peluang untuk memancing. Tahun lepas tidak berkesempatan dek kerana PKP. Tahun2 sebelum itu, sempat la turun mencari hasil laut di kelong dan menaiki bot. Alah bisa, tegal biasa. Aku konfiden untuk book trip memandangkan bulan Ramadhan, kebanyakan tekong berkelapangan disebabkan trip tidak kerap berbanding bulan biasa. Hanya yang kental mental dan fizikal sahaja mampu berpanas di tengah lautan.

Niat trip harini memang sekadar untuk mencari lauk2 untuk berbuka. Kebetulan memang ada niat utk repeat dengan tekong yang sama memandangkan trip bersama yang lepas, kami diasak angin padu. Aku mabuk lauk aku dikerjakan alun.

Aku sudah sediakan umpan sehari awal memandangkan rancangannya untuk turun ke laut seawal mungkin. Kalau rujuk kepada apps Windfinder, alun dan angin dijangka bertiup kencang pada jam 2 petang. Separuh hari pertama ni perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Spot pertama, kami singgah di rumah api bagan lalang. Ni spot utama untuk mencari ikan umpan. Tamban cukup meriah di sini. Kalau bernasib baik, cencaru pun ada masuk. Rezeki kami bertemu kawanan kecil ikan cencaru. Layan jugak la menarik cencacu bersenjatakan mata apollo. Ikan monster masih belum buka mulut lagi. Kalau diikutkan cerita tekong, sekitar rumah api ini dipenuhi tukun2 konkrit yang menjadi mahligai idaman sang ikan. Di sini cukup sekadar kami menarik cencaru dan ikan tamban.

Agak2 bilamana keadaan sunyi, tekong membawa kami ke spot kedua iaitu di Tukun Tanjung Rhu. Di sini, air lebih dalam dan anak2 ikan lebih galak. Hasilnya, berpesta lah kami melayan ikan serkut dan beberapa mengkerung. Tak menang tangan kami melayannya. Campak , tarik. Baru sahaja ladung cecah dasar, umpan terus digetu sang ikan. Penceria suasana.

Agak2 bilamana keadaan arus semakin lemah, tekong mengajak untuk mencuba kawasan tubir berkedalaman 25-26 meter. Namun, pendaratan kami tidak berjaya. Angin yang semakin kuat meniup menyebabkan sauk tidak kukuh memacak di dasar lautan. 2-3 kali cuba masih gagal. 

Memikirkan keselamatan diri dan keadaan laut yang semakin bergelora, kami ambil keputusan untuk pulang sahaja ke jeti. Lagipun, bulan puasa, nak pulun sangat pun , badan tak berapa larat.

Trip setengah hari yang menghiburkan. Insya Allah ada kesempatan aku try lagi. Teringin menduga penghuni dasar yang menetap di tubir Tanjung Rhu.

Bonus kalau memancing area Bagan Lalang ni sebab boleh order ketam fresh. Ketam pantai, besar2 saiz 3 @ 4 jari. Harga pun murah2 je. RM 15-20/kg. Ni memang fresh. 

Lepas habis trip sahaja, terus dapat beli ketam daripada nelayan yang baru balik menjaring @ membubu ketam.Tapi kene book la dulu sebelum trip.



Hasil trip





Hasil trip hari esoknya termasuk menjaring




Wednesday, 7 April 2021

Angin Berhembus di Laluan Kapal Parking Pulau Carey

Umpan :  Udang Lipan, Sotong Kurita Hidup , Kurita Mati, Pumpun
Muatan : 3 + 1
Bayaran : RM 350 x termasuk umpan
No contact : 010 231 1047 (Syukri Kasim)
Naik bot di Jeti Kg Melayu Pulau carey


Trip ni boleh dikatakan trip kumpau kerana angin barat bertiup kuat bermula 12 tgh hari lagi. Selepas tu, hanya menunggu di muara sambil mencuba menghulur umpan pada mana2 spesis muara yang sudi. Aku akui ianya kesilapan aku kerana tidak melihat carta angin terlebih dahulu. 

Hanya sempat singgah 3 spot sahaja untuk cuba mencari spesies dasar di sekitar kapal parking dan tubir. Tiada yang sudi menjamah umpan udang lipan yang dihulurkan.

Bukan rezeki kami. 

Di muara sungai boleh lah kami suka2 memancing spesies gelama dan duri. Yang lebih menghiburkan, berserabut dan berselirat perambut dikerjakan sang sesirat.

Next time aku cuba lagi.

ni antara hasil2 tekong:





No penjual udang lipan :

Tanjung Harapan : 
 012 770 4991
 Kecik RM2.00 ,  Besar RM 2.50
 Kalau daftar ahli, RM10, kecik RM1.80 Besar RM2.00

Sijangkang :
019 375 5329 - Salmansis
Semua saiz RM3.00

Pulau Indah :
014 997 8577 - Bob
harga dan saiz refer gambar kat bawah



Jalan2 Pusing Selat Klang

Umpan : Udang Hidup, Pumpun, Udang Mati, Kurita Mati
Muatan : 3+1 orang pemancing
Bayaran : RM 350 / bot atau RM300/ bot
No contact : 017 392 1540 (Nik)
FB Tekong : Nelayan Tepian Nik Ct

Trip pembukaan tahun 2021. Trip dirancang bersama rakan komplot biasa. Pelbagai umpan disediakan. Target memancing di sekitar selat. Bot naik di Pangkalan Nelayan Telok Gong. 

Pagi2 lagi kami diduga, hujan turun dengan lebatnya. Kesejukan jugak la bilamana angin sepoi2 meniup ke badan.Tekong berhenti di jambatan muhibbah. Sementara berteduh daripada hujan yang belum berhenti, bolehlah hulurkan umpan. Seperti biasa, berbondong-bondong gelama galak mencuit umpan. Rezeki lauk. Alhamdulillah.

Kemudiannya, spot kedua di Labohan Gurap. Jika diamati lokasi ini, terkenang kembali spot ini di awal2 menceburi bidang memancing laut. Kilang Papan Oriental menjadi landmark yang masih segar di ingatan. Kenangan sang tetanda, senangin dan gemang yang rakus2 dahulunya meragut umpan. Namun, pada kali ini, sepi, tiada sebarang ragutan mahupun cuitan daripada penghuni dasar.

Bertukar pula ke spot ketiga iaitu jeti Pulau Ketam dan Jeti Feri ke Indonesia. Kata tekong ikan target di spot ini adalah ikan tebal pipi. Namun, bukan rezeki kami. Hanya duri sahaja yang sudi. Spot ini juga terkenal dengan bot parking untuk memancing. Boleh naik menggunakan bot teksi sama ada di Bagan Hailam atau Jeti Pulau Ketam.

Spot Keempat pula ialah di Jeti Pusat Hidrologi Nasional. Jeti favourite kaki pancing jika diadakan pertandingan. Katanya ada laluan kurau di sini. Rezeki kami di sini menaikan ikan daun baru dan ikan gerut2. 

Dari sini, kami bergerak ke area Jambatan Kilang Simen. Air di kawasan sini boleh tahan dalamnya. Cuma sang mengkerong sahaja yang sudi meragut umpan. 

Kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Kilang Minyak. Di sini, kami menaikkan ikan gelama. Kami berteduh di bawah jambatan. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk menunaikan solat fardhu zohor.

Bila keadaan agak sepi, kami meneruskan perjalanan ke warf westport. Kawasan larangan memancing, cuma masuk senyap2 dan tidak mengganggu operasi. Terkagum kami disini melihat kapal2 kargo bersaiz sangat besar bersama kontena2 yang disusun dengan rapi. 

Spot ini yang dinantikan sangat. Banyak lubuk yang boleh dicari dan dicuba. Rezeki kami harini beroleh seekor jenahak dalam anggaran 1kg dengan berumpankan pumpun sahaja. Alhamdulillah. Masuk2 je bawah waf penglihatan pasti terbatas kerana cahaya dilitupi badan kapal2 yang berlabuh. Namun, dengan bantuan kapal, alun laut lebih tenang. Cuma yang seronoknya, tidaklah badan kami rentung berjemur di bawah sinaran mentari.

Memandangkan suasana menjadi sunyi dan hampir senja, kami pun bergerak pulang ke jeti. Cuma tekong berhenti sebentar di jambatan muhibbah untuk bagi peluang buat kami menambah lauk dengan tangkapan ikan gelama.

Walaupun hasil trip tidak begitu lumayan, namun nikmat memancing bersama kawan2 mengisi kekecewaan.

Boleh cuba lagi next time.