Sunday, 19 December 2021

Gigil Kesejukan Malam di Sekitar Westport

Sekitar Westport

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang (RM20)

Muatan : 2 + 1

Bayaran : RM300 termasuk umpan udang hidup jala

No contact : 016-275 3402 Hafizal @ Apiz Kecik

FB Tekong : https://www.facebook.com/Hafizal.Latiff

Lokasi Jeti : Jeti Starcruise, Pulau Indah

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot


Trip dengan tekong ni boleh dikatakan laku keras memandangkan trip cuma open on weekend dan time air kecik (mati-menyorong). Rezeki aku dapat selit jugak trip untuk try dengan tekong, itupun sebulan setengah sebelum dah book.

Disebabkan penjual umpan udang jala kehabisan stok, tekong ajak untuk follow sekali menjala umpan dulu. Sehari sebelum, tekong sudah pun keluar menjala, tapi bilangan udang belum mencukupi. Mungkin rezeki kami dah lama tak mandi hujan, sesampai kami di jeti, hujan pun turun dengan agak lebat. Bot terpaksa dilewatkan untuk bertolak. Bolehlah aku ambil kesempatan masa ni untuk menyiapkan joran dan perambut. Agak lebih kurang jam 6.30 petang, baru kami bertolak dalam hujan yang turun renyai2.

Kami singgah di port pertama, jeti starcruise. Kebetulan masa itu, terdapat 2 cruise yang sedang parking. Bila dilihat 2 cruise tu, terasa kerdil je sampan yang kami naik. Kami singgah dulu di sini untuk mencuba rezeki. Barangkali ada penghuni dasar yang sudi naik. Air di sini boleh dikatakan agak dalam. Maklumlah kawasan parking cruise. Di sini, ada satu tarikan kasar oleh sang ikan. Namun, disebabkan keadaan dah hampir gelap, kami tak perasan. Kesudahannya, ikan dah bawa lari umpan dan membelitkan tali di tiang jeti. Bukan rezeki kami. 

Bila hujan dah reda, kami terus menuju ke pantai berhadapan Northport untuk menjala udang. Sini merupakan port favourite bagi nelayan2 untuk menjala udang. Hampir 2 jam jugak tekong menjala kerana udang nya agak payah memunculkan diri. Bila udang dah cukup, kami terus menuju kembali ke jeti starcruise memulakan sesi pancingan yang sebenar.

Ni merupakan kali ke3 rasanya aku menyertai trip menyampan malam. Mata memang agak mengantuk disebabkan tidak sempat tidur di siang hari. Di jeti starcruise ni sebenarnya merupakan kawasan favourite tekong2 mengendap sang kurau, ikan kayangan di port klang. Harga tangkapan kurau pancing boleh mencecah RM60/kg. Namun, kami tidak dapat parking di lokasi sebenar mengendap kurau dek kehadiran cruise yang parking di laluan kurau tu. Terpaksa cuba di celahan tiang2 jeti. Namun, di sini, ada juga penghuni2 yang sudi ikut balik.

Then, kami teruskan trip ke spot kedua di warf simen. Masih lagi ikan biasa yang cuit2 umpan. Gelama, tetuka, duri yang banyak menghuni dasar port klang. Dalam samping2 itu, tidak lupa sang buntal yang galak mencuri umpan.

Kami berpindah kemudiannya ke warf minyak. Masih spesis ikan yang sama yang mencuit umpan. Tidak menang tangan melayan.

Tatkala ikan sudah kurang meragut umpan, kami pun berpindah ke sekitar westport. Lokasi berhampiran jambatan pertama westport. Agak lama kami duduk di sini menanti ikan mega meragut umpan. Ada juga la yang sudi. Seekor semilang dan belukang berjaya dibawa naik. Namun, kekerapan ikan meragut umpan agak kurang. Menurut tekong, pada malam itu, arus di sekitar westport sangat perlahan @ hampir mati menyebabkan ikan culas. Dalam pada itu, terdapat 2 kali ragutan kasar ikan menyebabkan tali pancing putus. Sekadar rezeki tarik. Itulah cabaran utama memancing di sekitar westport. Kena sentiasa peka dengan cuitan ikan. 

Menghampiri subuh, kami bergerak ke spot luar di jambatan. Di sini, barulah sang tetanda dan daun baru memunculkan diri. Itupun, selang 20-30 minit baru ada ragutan. 

Disebabkan arus yang terlalu perlahan, tekong mengajak kami memancing di Selat Mat Zin. Dalam perjalanan, kami singgah di tiang peken berhadapan dengan westport. Nah, disini drag mencicit bunyi ditarik jenahak dalam anggaran size 1 kg. Tarikan ikan sangat mengasyikkan. Alhamdulillah rezeki. Namun, hanya sekor sahaja yang sudi. Barangkali kumpulan jenahak sekadar singgah sekejap di dasar tiang peken.

Bila keadaan beransur sunyi, kami terus menuju ke Selat Mat Zin. Arus dan alun menyebelahi kami. Cun sangat untuk memancing. Kami berhenti di beberapa spot sepanjang pintu masuk Selat Mat Zin ni. Di sini, kami memperoleh seekor kerapu dalam anggaran saiz 1.5 kg. Umpan hanya dilontar ke bawah bot sahaja. Sudah rezeki, Alhamdulillah. Bila dikenang balik, saiz mata kail tak padan langsung dengan saiz ikan. 

Di selat ini juga, kami sempat mencuba di kawasan reba yang menjadi port mengendap ikan kayangan Langkawi, Sang Barramundi @ Siakap Putih. Aku boleh cakap kawasan nya sangat cantik di persimpangan tiga dengan dasarnya dipenuhi reba-reba yang menjadi kediaman ikan. Di sini, kene pantas dan cepat , kalau tidak memang kail akan sangkut. Di port ni, kami memperoleh tetanda, gelama papan, ikan sebelah.

Bagi mengakhiri trip, kami berteduh sebentar di warf simen. Mana lah tahu ada rezeki kurau makan petang. Namun, hajat tak kesampaian, sang kurau tidak kunjung tiba. Kami bertolak balik.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Aku boleh katakan hasil agak meriah. Cuma tidak banyak yang mega. Spot target sekitar westport kurang membuahkan hasil disebabkan arus yang terlalu perlahan. Takpe, next time insya Allah, boleh repeat lagi.


Total keseluruhan hasil. Cukup lauk sebulan.



Besar kerapunya










No comments:

Post a Comment