Saville Agro Farm, Semenyih
FB : https://www.facebook.com/SavilleWonderland/
Boleh usha kawasan rekreasi famili yang baru ni di FB di atas. Kawasan ni boleh dikatakan sesuai untuk bawa family santai buat aktviti outdoor. Macam2 aktiviti boleh buat seperti memancing, naik ATV, petting dsb. Pengunjung boleh juga membeli makanan kerana ada cafe yang dibuka. Aku tak share lah aktiviti yang lain2 tu. Boleh rujuk dalam FB sahaja. Semua info dah lengkap.
Di kawasan ni ada 2 kolam memancing. 1 kolam besar (untuk ikan2 besar dan pemancing dewasa) dan 1 kolam kecil (untuk ikan2 kecil dan pemancing kanak2)
Di kolam besar, terdapat ikan2 seperti rohu, patin, tilapia dan pacu manakala kolam kecil dipenuhi ikan puyu. Naik geram jugak tengok ikan2 puyu tu timbul2 di permukaan air. Sangat banyak tapi bijak mencuri umpan.
Di sini, ada dijual umpan untuk pemancing seperti cacing dan cengkerik. Untuk dedak, pemancing kene bawak sendiri. Tiada limit masa. Cumanya setiap ikan yang berjaya dipancing tidak boleh dilepaskan semula dan perlu dibeli dengan harga tetap RM12/kg. Kalau yang kecik2 tu, gagah lagi nak bayar, kalau tiba2 sang monster yang ragut umpan, bayar pejam mata je la......
Setakat ini, aku hanya menggunakan umpan dedak dan cacing sahaja untuk memancing di sini. Dedak pun hanya guna yang lebihan daripada trip mancing lombong. Boleh dikatakan umpan cacing lebih mendapat sambutan ikan dan yang menggemari cacing adalah ikan pacu. Di kolam ni, boleh dikatakan ikan pacu yang ada rata2 bersaiz 1 kg dan ke atas. Rekod aku berjaya memikat pacu dengan anggaran saiz 4kg. Berpeluh dahi nak bayar ikan........
Kolam ni tidak besar, insya Allah mudah lah untuk membaling umpan dan tawaf kolam ni.
Ini aku tunjukkan semua hasil tangkapan aku di sini.
Hasil 1st time datang sini |
Ikan pertama yang memakan umpan |
Hasil pacu yang pertama, boleh tahan tarikan spesis ala2 piranha ni |
Rekod tangkapan paling besar setakat ni |
X muat box ikan |
Lama x jumpa rohu....lauk 2 rasa ni |
Ikan Pacu 4 kg...2 kaki panjang |
No comments:
Post a Comment