Jeti Arang, Port Dickson
Kali ini aku masih mengunjungi lokasi menebing yang aku rasakan sangat cantik untuk memancing. Lokasi pun agak tidak jauh daripada rumahku. Jeti Arang, Pekan Port Dickson. Jeti ni menempatkan boat penunda yang akan menghantar dan mengambil pekerja-pekerja dari/ke kapal di tengah lautan.
Ruang di jeti ini juga selesa. Cuma balingan umpan perlu mengikut arus. Apabila pasang, ramai pemancing akan tertumpu ke arah kiri jeti manakala apabila air surut, pemancing akan tertumpu ke bahagian kanan jeti. Umpan jika ada rezeki, dapatlah kutip tamban hidup menggunakan apollo kertas. Cuma tamban ni lebih meriah ketika air menyorong berbanding ketika air mati. Faktor kejernihan air turut juga memainkan peranan. Bilamana air keruh, sang tamban kurang berminat meragut mata apollo.
Oleh sebab itu, kebanyakan masa pemancing2 membawa jala sendiri dan menebar jala daripada atas jeti. Insya Allah, akan ada tamban yang terperangkap di jala.
Kali ni aku datang berbekalkan udang pasar (singgah beli di pasar PD) sahaja. Selebihnya, tawakal apollo cari ikan hidup. Disebabkan air keruh, tiada langsung tamban yang mengejar apollo. Aku hanya berjaya mengutip anak selar. Jadilah, asalkan boleh buat umpan.
Rezeki buatku, berbekalkan umpan selar hidup, umpan yang hulurkan ke bawah jeti, diragut ikan mentimun. Kira2 besar jgak la mentimun tu. Cuma agak kesian disebabkan masa naikkan ikan, terdapat gelang getah yang berada di kepala ikan. Mungkin gelang getah tu dah tersangkut lama pada kepala ikan tu. Alhamdulillah rezeki pertama. Ni ikan besar pertama yang aku pernah dapat di jeti ini.
Selepas itu, hanya menukar umpan sahajalah kerja aku. Ada juga pemancing2 lain yang beroleh sang jenahak dan serkut pada bahagian kanan jeti tatkala air sedang gerak surut.
Bila tiba tengah hari, langit mendung dan hujan turut dengan sangat lebat. Memikirkan jeti ni boleh dianggap kawasan yang agak lapang, aku terus gerak pulang.
Next, akan cuba lagi.
Untuk trip kali ni, aku cuba buat eksperimen dengan meletakkan flasher pada mata kail (macam mata apollo bulu) sebagai penarik ikan. Teknik tersebut aku gunakan untuk menjerat sang mentimun. Namun, untuk pancing lain yang gunakan teknik sama, umpannya tidak berusik. Aku rasa perlu kekalkan teknik sama untuk menguji keberkesanan teknik tu dengan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment