Thursday, 22 December 2022

BETING COMENG, BAGAN LALANG

Umpan : Udang Hidup Jala // Udang Mati // Udang Hidup Bela // Belanak Hidup

Muatan : 3 + 1 tapi ak pegi solo je

Bayaran : 

- RM200 (1 player)

- RM 300 (2 player) // RM 390 (3 player)

- RM 400 (4 player tp limited sekitar rumah api bagan lalang sahaja)

No contact : 011 - 3224 2488 Basri Jailan

Lokasi Jeti : Jeti Bagan Lalang (berhampiran dengan jeti ke kelong nazri & pasar bagan lalang)

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot 

Lokasi beli umpan :

Han Yang Trading (pekan Sg Pelek) 
- jual udang hidup (bela), udang mati(frozen), antara lokasi jual umpan udang hidup yang murah

Belanak Zul : 016-251 9065 
- Lokasi di Pasar Bagan Lalang. Mmg penjual ada jual hasil laut sekali, better booking dlu sebelum dtg, jual udang jala + belanak , harga sama semua RM1/sekor

Ini merupakan trip percubaan aku dengan tekong ni. 1st time. Banyak kali diracun dengan posting tekong di FB. Kebanyakan posting mempamerkan hasil yang menarik seperti gerong belang. Cuma pada tarikh yang aku telah book tekong, keadaan cuaca tidak menentu. Hujung tahun amat sinonim dengan musim monsun. Angin dan hujan bersilih ganti membadai lautan yang ingin diduga. Cuaca baik, boleh memancing juga adalah rezeki. Bukan setakat hasil yang lumayan jugak ditakrifkan sebagai rezeki.

Pagi, selesai mendapatkan umpan, kami bersarapan dahulu di kedai tepi pantai sekitar Bagan Lalang. Tujuannya, sambil2 belajar melihat cuaca dan keadaan laut dahulu sebelum bersetuju untuk turun ke laut atau sekadar meneruskan rutin di darat. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan,kami dapat turun memancing. Cuaca lebih baik berbanding hari sebelumnya. Hari sebelumnya dikhabarkan laut sangat bergelora sehingga membantut aktiviti nelayan tempatan mencari rezeki di lautan.

Lokasi yang ingin dituju semestinya lokasi hot tekong yang baru iaitu Beting Comeng. Namun, keadaan langit di pagi hari, belum boleh meyakinkan tekong untuk ke sana memandangkan lokasi tersebut agak jauh ke tengah dalam anggaran 7km dari darat. Kami menyinggah dahulu di Rumah Api Bagan Lalang dan Tubir berhadapan Avani Sepang Goldcoast. 

Kebiasaannya, Tekong Basri sekadar memancing di persekitaran Rumah Api Bagan Lalang sahaja. Walau bagaimanapun, semenjak ini, dikatakan air tawar telah memenuhi kawasan sekitar rumah api sehingga menyebabkan tamban yang menjadi penghuni tetap hilang daripada kawasan tersebut menyebabkan kesukaran untuk memancing. Tamban merupakan umpan killer bagi kawasan sekitar Bagan Lalang. Ketiadaan tamban menyukarkan sedikit hasrat pemancing untuk memikat sang monster.

Apabila cuaca bertambah baik, kami meneruskan perjalanan ke Beting Comeng. Bot mengambil masa hampir 30-45 minit untuk menuju ke sana. Sesampai di sana, kami disajikan boiling kawanan ikan yang dikejar sang pelagik. Suasana yang menaikkan adrenalin para pemancing. Apollo dilempar, tapi mungkin disebabkan arus yang agak laju, apollo kurang diragut ikan. Kebanyakkan hasil teknik apollo dijuarai tekong. Hasilnya boleh tahan selar kuning yang saiz lauk, anak2 talang serta sasaran utama sang gerang belang. 

Dengan berumpankan udang hidup jala, alhamdulillah, pancing aku dan tekong diragut sang talang raya. Ini merupakan kali pertama aku menahan asakan sang talang. Saiz juga boleh tahan dalam anggaran 3-4 kg. Kami berjaya menjerat 2 ekor ikan talang. Gamefish buat para pemancing.

Menjelang jam 4.00 petang, kami bergerak menuju ke spot berhampiran dengan darat. Spot pertama, kami berhanyut sekitar paloh. Mencari ikan2 yang sudi memakan umpan. Spot seterusnya kami bersauh di spot tubir, harapanya ingin cuba menjerat sang gubal. Tekong maklumkan lokasi ini merupakan laluan sang gubal. 

Alhamdulillah, walaupun gubal yang dicari tidak muncul, kami tetap dikurniakan rezeki sang semilang. Boleh tahan saiznya.

Menjelang senja, angin barat telah mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengganas, kami bergerak pulang.

Alhamdulillah atas segala rezeki Tuhan. Bersyukurlah dengan segala apa yang telah diberi.

Recommended tekong.

"Hasil memancing ni bergantung kepada ubudiah masing2"

Laporan tekong di FB:




Sunday, 4 December 2022

BERHUJUNG MINGGU DI KOLAM PANCING DANGAUKU, TAMAN TASIK SEMENYIH

Kolam pancing ini berada berhampiran dengan rumahku. Anggaran masa perjalanan dalam 5-10 minit. Kadang-kadang, aku cuma menunggang motosikal untuk ke sini. 

Tabiatnya, aku tidak bawa umpan ke sini. Aku cuma bawa sauk sahaja untuk cari umpan anak udang di gigi2 air. Bercambah anak udang di gigi air disebabkan sumber air kolam ni adalah daripada air bukit. Dengan sumber air bukit juga ikan dalam kolam ni tak hanyir dan sedap dimakan.

Di sini ada 2 buah kolam. Buat sementara waktu, aku hanya menduga kolam yang kecik sahaja. Umpan ku penah direntap ikan mega di sini. So, niat aku untuk repeat, manalah tahu ikan nak buka mulut kali ni.

Daripada pagi sampai tgh hari, cuma anak2 tilapia sahaja yang mengusik. Cuma ada rezeki tengok owner kolam menaikkan Baung Ekor Merah (B.E.M.) anggaran saiz 6kg berumpankan hati ayam. Dengan umpan yg sama jugak, owner berjaya mendaratkan ikan patin di kolam yang 1 lagi anggaran saiz 2 kg. Rezeki mata.

Dalam waktu zohor, joran jiran pemancing sebelah ditarik rakus. Suspek B.E.M. jugak. Namun, sayangnya, B.E.M. berjaya membawa tali joran ke ruang persembunyiannya dalam lubang di tebing kolam. Tali putus.

Seusai solat zohor, aku berpindah spot. Alhamdulillah, kali ni, giliran joranku pula ditarik kasar. Ikan berpusing-pusing di kolam dan akhirnya kembali ke spot persembunyian yang sama. Suspek yang sama B.E.M. Aku belum berputus asa. Aku membaling umpan di spot sama. Dan sekali lagi, joranku ditarik. Kali ni, aku cuba memaksa daripada sang ikan berjaya kembali ke tempat persembunyian. Namun, sayang plak kali ni, mata kail terlucut. Bukan rezeki untuk daratkan ikan tersebut. Sekadar rezeki tarik. Tidak mengapa, kolam dekat, nanti kita repeat lagi.

Aku dimaklumkan staff kolam, ramai pemancing berjaya mendaratkan ikan-ikan mega di kolam sebelah(kolam besar). Tongsan sisik kasar, liko, pacu telah berjaya didaratkan. Next time, aku nak cuba kolam besar pulak.

Sorry untuk posting kali ni tiada gambar tangkapan. Tilapia saiz2 besar kurang galak di samping ada yang aku bagi pada pemancing lain memandangkan pemancing tu memang niat cari tilapia.

Lokasi kolam :

https://waze.com/ul/hw282y1frf