Umpan : Udang Hidup Jala // Udang Mati // Udang Hidup Bela // Belanak Hidup
Muatan : 3 + 1 tapi ak pegi solo je
Bayaran :
- RM200 (1 player)
- RM 300 (2 player) // RM 390 (3 player)
- RM 400 (4 player tp limited sekitar rumah api bagan lalang sahaja)
No contact : 011 - 3224 2488 Basri Jailan
Lokasi Jeti : Jeti Bagan Lalang (berhampiran dengan jeti ke kelong nazri & pasar bagan lalang)
Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot
Lokasi beli umpan :
Han Yang Trading (pekan Sg Pelek)
Han Yang Trading (pekan Sg Pelek)
- jual udang hidup (bela), udang mati(frozen), antara lokasi jual umpan udang hidup yang murah
Belanak Zul : 016-251 9065
- Lokasi di Pasar Bagan Lalang. Mmg penjual ada jual hasil laut sekali, better booking dlu sebelum dtg, jual udang jala + belanak , harga sama semua RM1/sekor
Ini merupakan trip percubaan aku dengan tekong ni. 1st time. Banyak kali diracun dengan posting tekong di FB. Kebanyakan posting mempamerkan hasil yang menarik seperti gerong belang. Cuma pada tarikh yang aku telah book tekong, keadaan cuaca tidak menentu. Hujung tahun amat sinonim dengan musim monsun. Angin dan hujan bersilih ganti membadai lautan yang ingin diduga. Cuaca baik, boleh memancing juga adalah rezeki. Bukan setakat hasil yang lumayan jugak ditakrifkan sebagai rezeki.
Pagi, selesai mendapatkan umpan, kami bersarapan dahulu di kedai tepi pantai sekitar Bagan Lalang. Tujuannya, sambil2 belajar melihat cuaca dan keadaan laut dahulu sebelum bersetuju untuk turun ke laut atau sekadar meneruskan rutin di darat. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan,kami dapat turun memancing. Cuaca lebih baik berbanding hari sebelumnya. Hari sebelumnya dikhabarkan laut sangat bergelora sehingga membantut aktiviti nelayan tempatan mencari rezeki di lautan.
Lokasi yang ingin dituju semestinya lokasi hot tekong yang baru iaitu Beting Comeng. Namun, keadaan langit di pagi hari, belum boleh meyakinkan tekong untuk ke sana memandangkan lokasi tersebut agak jauh ke tengah dalam anggaran 7km dari darat. Kami menyinggah dahulu di Rumah Api Bagan Lalang dan Tubir berhadapan Avani Sepang Goldcoast.
Kebiasaannya, Tekong Basri sekadar memancing di persekitaran Rumah Api Bagan Lalang sahaja. Walau bagaimanapun, semenjak ini, dikatakan air tawar telah memenuhi kawasan sekitar rumah api sehingga menyebabkan tamban yang menjadi penghuni tetap hilang daripada kawasan tersebut menyebabkan kesukaran untuk memancing. Tamban merupakan umpan killer bagi kawasan sekitar Bagan Lalang. Ketiadaan tamban menyukarkan sedikit hasrat pemancing untuk memikat sang monster.
Apabila cuaca bertambah baik, kami meneruskan perjalanan ke Beting Comeng. Bot mengambil masa hampir 30-45 minit untuk menuju ke sana. Sesampai di sana, kami disajikan boiling kawanan ikan yang dikejar sang pelagik. Suasana yang menaikkan adrenalin para pemancing. Apollo dilempar, tapi mungkin disebabkan arus yang agak laju, apollo kurang diragut ikan. Kebanyakkan hasil teknik apollo dijuarai tekong. Hasilnya boleh tahan selar kuning yang saiz lauk, anak2 talang serta sasaran utama sang gerang belang.
Dengan berumpankan udang hidup jala, alhamdulillah, pancing aku dan tekong diragut sang talang raya. Ini merupakan kali pertama aku menahan asakan sang talang. Saiz juga boleh tahan dalam anggaran 3-4 kg. Kami berjaya menjerat 2 ekor ikan talang. Gamefish buat para pemancing.
Menjelang jam 4.00 petang, kami bergerak menuju ke spot berhampiran dengan darat. Spot pertama, kami berhanyut sekitar paloh. Mencari ikan2 yang sudi memakan umpan. Spot seterusnya kami bersauh di spot tubir, harapanya ingin cuba menjerat sang gubal. Tekong maklumkan lokasi ini merupakan laluan sang gubal.
Alhamdulillah, walaupun gubal yang dicari tidak muncul, kami tetap dikurniakan rezeki sang semilang. Boleh tahan saiznya.
Menjelang senja, angin barat telah mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengganas, kami bergerak pulang.
Alhamdulillah atas segala rezeki Tuhan. Bersyukurlah dengan segala apa yang telah diberi.
Recommended tekong.
"Hasil memancing ni bergantung kepada ubudiah masing2"
Laporan tekong di FB:
No comments:
Post a Comment