Monday, 24 October 2022

JETI ARANG, PEKAN PORT DICKSON

Lokasi menebing baru untuk ku di sekitar PD. Kebetulan, 2-3 hari member upload gambar hasil tangkapan yang menarik.....jenahak, gerut2, ikan kuku. Jeti ni lebih dikenali sebagai jeti arang. Asalnya, jeti ni merupakan kawasan larangan, namun disebabkan kurang penjagaan, pemancing dibenarkan masuk asalkan tidak menceroboh masuk bot, mencuri barang2 dan sebagainya. Lokasinya agak menarik kerana kedudukannya yang agak ke tengah.

Aku ke sini berbekalkan umpan udang hidup dan udang mati. Niat sekadar mencari lauk. Kumpau itu pasti, strike itu rezeki. Jeti ini juga tidak terlalu jauh untuk jalan kaki. Untuk menaiki kereta, pemancing perlu park di luar sebelum palang dan jalan kaki masuk. Namun, jika menaiki motosikal, tiada masalah untuk menunggang sampai ke dalam.

Dua kali kunjungan aku ke sini belum membuahkan hasil mega. Bukan rezeki lagi. Tapi, yang menariknya, jeti ini dikunjung gerombolan tamban yang semestinya umpan terbaik di perairan PD ni. Dalam kunjungan tamban, pasti ada sang caping atau talang yang ikut serta. Aku cuma beroleh anak2 ikan karang sahaja seperti mentimun, ketarap, ikan toshiba, dan lain2.

Masa kunjungan kedua ku ke sini, pancingku disambar anak sang barakuda, hampir2 saja rod nak terjun ke bawah. Walaubagaimanapun, apakan daya, belum sempat dibawa naik, perambutnya putus dulu dek tajamnya gigi si kacang itu. Nnt aku repeat lagi.

Lokasi jeti



Hasil kunjungan kedua.....ada caping 


Pemandangan jeti

Nota:

Udang hidup ak beli di Taman Selayang, Teluk Kemang, PD. Jalan ke arah Pantai Koningam.

No contact Asmawi - 60 19-382 9851

Friday, 14 October 2022

TAMAN TASIK SEMENYIH LAKE

Lombong Taman Tasik Semenyih. Lombong boleh dikatakan agak luas dan bersambung dengan lombong besar bersebelahan dengan laluan ke Diamond City. Untuk memancing di sini, pemancing perlu berjalan kaki sedikit merentas tanah persendirian. Lokasi sangat cantik dan terbukti ikannya sangat banyak. Jika datang usha pagi2, bersepah kocakan air bermain-main di permukaan air. Cuma mengikut pemancing2 yang datang ke sini, ikannya tak ramah meragut umpan. Kebanyakan pemancing di sini sekadar menyembat menggunakan mata 3 untuk mendapatkan ikan.

Aku pun baru pertama kali mencuba di sini. Umpan hanya berbekalkan cacing tanah dan anak udang (sauk di tebing2). Hasilnya aku kumpau. Hanya ada skali sahaja strike. Tetapi, ikan masih berminat menjamah umpan kerana ada beberapa kali loceng berbunyi, namun bunyi sekadar segan2 sahaja.

Hasil yang diperoleh sekadar pemberian geng2 sembat mata 3. Penuh jaring ikan dengan tilapia hitam. Ada juga tilapia hitam saiz2 mega di sini. Geng pemancing cina pun ramai juga yang mencari ikan di sini. Kata mereka, ikannya sedap dan tak hanyir. Dikatakan, terdapat laluan air keluar masuk ke dalam lombong. Next time, aku repeat lagi.


Lokasi tasik yang dimaksudkan

hasil pemberian pemancing lain

Besar kan tilapia nya


Video pemandangan lokasi memancing



Thursday, 13 October 2022

KURAU PESISIRAN WESTPORT

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang (RM20)

Muatan : 3 + 1

Bayaran : RM500 termasuk umpan udang hidup jala

No contact : 017 - 651 7930 Bandot

Lokasi Jeti : Jeti Teluk Nipah, Pulau Indah

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot ll perambut

Nota : 

Boleh juga riki tekong untuk trip paloh, trip pantai - pari (depan westport)


Musim2 hujan yang tak menentu membuatkan aku untuk set trip di kawasan2 port klang sahaja dan kami memilih kawasan pesisiran westport. Trip ini boleh dikatakan selesa memandangkan spotnya redup2 dan terlindung daripada angin yang meniup. Trip ini juga sebagai meraikan seorang sahabatku yang baru sahaja selesai mendapat lesen setelah berehat 9 bulan daripada memegang rod pancing.

Trip ni kami kebanyakannya memancing di persekitaran westport sahaja. Ada yang redup dan ada juga spot yang berpanas. 1st time, ak book tekong yang sediakan perambut sekali. Tinggal masukkan mata kail dan batu ladung sahaja. Santai.

Apapun, rezeki kami tidaklah lumayan seperti pemancing2 lain. Ini kali, rakanku terlepas 2 kali ikan mega yang meragut umpan,Yang 1st, ikannya lucut ditengah jalan manakala yang 2nd, ikannya lebih pantas meloloskan diri dengan membawa tali masuk ke kawasan karang. Bukan rezeki. Pandai ikan nya memilih makan. Dimakan umpan pada joran dan pemancing yang sama je.....haha

Untuk trip sekitar westport, jangan lupa bawak bersama umpan perumpun. Boleh penuhkan tong kutip ikan gelama.

Next time, nak book tekong lagi untuk trip kapal karam atau paloh pulak. Kapal karam kene book time air kecik (air mati) manakala trip paloh (time air menyorong).

Jenahak....disangkakan ikan ni jugak yang telah kecewakan rakan ku

Ikan pertama di lubuk pertama....lesen mahal

Ini hasil ikan2 yang rare dan bergred ckit....selebihnya gelama, (x masuk gambar....haha)

KOLAM PANCING DANGAUKU, TAMAN TASIK SEMENYIH

Info berkaitan kolam. Info2 ni aku direct copy dan paste daripada whatapps owner kolam.

1. Kolam B Kolam Pancing Dangauku
Talapia
pacu
Patin
Lampam
Haruan
Keli
Haruan Ketutu/ubi
RM13/Kg

2. Ikan Lepas Balik (Induk)
Tongsan sisik kasar
Baung ekor merah
Jelawat

3. Waktu Operasi
9AM-8PM
0138733776 - AM
017-6289066 - Pak Ali

4. Harga Kolam Pancing Dangauku
Joran/RM10
Ikan Timbang RM13/kg

5. Umpan
 Dedak & Umpan Tiruan

Kebetulan aku terjumpa video ringkas di FB berkaitan kolam ni dan bile disoal siasat, ternyata kolamnya sangat dekat dengan rumah yang ak menetap sekarang ni. Taman Tasik Semenyih dan perjalanan ke kolam cuma dalam 5 minit.

1st time bila sampai kolam, aku tertarik kerana kolam ni seakan kawasan kampung, suasana yang sangat indah. Owner memiliki 2 buah kolam. 1 kolam yang lebih besar tetapi ikannya dah berkurangan, cuma masih ada saki baki ikan yang belum dipancing manakala 1 lagi kolam yang lebih kecil dan berdekatan. Owner menggalakkan semua pengunjung yang hadir untuk memancing di kolam yang kecil kerana ikannya masih banyak. Daripada permukaan air, boleh nampak gerombolan tilapia merah berlegar-legar mencari makan.

Umpan dicadangkan menggunakan cacing, dedak. Jika tidak arif dengan bancuhan dedak, boleh beli dengan owner. Bancuhan makanan dedak ikan yang kebiasaannya menjadi makanan ruji ikan. Dijual pada harga RM5 seberat 500g. Boleh juga menyauk anak udang hidup ditebing2 kolam. Mujarab jugak umpan anak udang. Pernah lihat pemancing mendapatkan haruan menggunakan umpan anak udang hidup.

Insya Allah, boleh dikatakan setiap pemancing tidak pulang dengan tangan kosong. Paling tidak, jaring ikan dipenuhi ikan tilapia merah. Ikan2 di sini juga tidak hanyir memandangkan sumber air yang dibawa masuk merupakan sumber air daripada gunung.

So far, berdasarkan kunjungan aku ke sini, spesies yang mendominasi semestinya ikan tilapia merah di samping lampam. Ikan2 lain masih belum tertarik untuk meragut umpan. Cuma ada ketika, ada pemancing lain yang beroleh haruan, jelawat dan pacu, cuma kebanyakan masa pacu tersebut tidak berjaya didaratkan.

Kolam ini juga sesuai untuk dikunjungi oleh anak2. Di samping memancing sebagai aktiviti utama, anak2 boleh jugak bersuka melihat haiwan ternakan owner seperti ayam, itik dan kambing.

Hasil pancingan ikan tilapia merah

Hasil pancingan orang lain tapi aku yang bayar.....lampam,beso jgak saiznya


Video kawasan kolam


Video kawasan kolam lagi



Lokasi kolam :

https://waze.com/ul/hw282y1frf
 

Tuesday, 16 August 2022

LOMBONG SUNGAI BUAH (SEBELAH HIGHWAY PLUS)

Lokasi (On Google Maps)



Ni antara favourite spot aku. Lokasi tidak terlalu jauh dan boleh access guna kereta. Ada satu spot ikan belah kanan lombong. Kawasan lapang tanah gondol berdekatan dengan sangkar ikan. Ada kawasan cerucuk die tepi tebing. Spot ikan sangat dekat dengan tebing. 

Aku dan rakan ku pernah menjanji saksi rezeki pemancing lain menaikkan hampir 10 ekor ikan lampam dan ikan likor. Saiz2 hidangan kesemuanya.

 Campuran umpan

Dedak ayam kuning + pellet 6363 + Dedak 929 + perisa pandan (umpan power)

Umpan serbuk Power perisa Pandan......wangi umpan ni


Sudah banyak kali aku mencuba lokasi lombong ni. Namun, rezeki belum menyebelahi. Teknik guna 2 mata halus dan gentel dedak pd mata kail. Baling umpan dalam 1 meter je dari tebing. 

Kebetulan ada satu hari, aku lapang, aku mencuba sekali lagi di spot yang sama. Alhamdulillah, rezeki drpd Allah, beroleh seekor lampam dan seekor kerapu lombong. Terdapat jugak 2 kali rod berumpankan dedak direntap kasar, tapi tidak hook up. Terdapat jugak seekor anak jelawat yang terlucut walaupun dah timbul di permukaan. 

Lampam diperoleh dengan umpan dedak manakala kerapu lombong dgn umpan anak ikan. Umpan anak ikan direntap sekali lagi, namun aku tak sempat untuk menyentap joran.

Kesimpulan awal aku:

1) Umpan cacing kurang dapat sambutan di sini kecuali untuk ikan ketutu. Alhamdulillah, ada 2-3 kali berjaya mendapatkan sang anak ketutu.

2) Kerapu Lombong lebih menggemari umpan anak ikan. 2 kali ikan meragut umpan yg sama. Kebetulan aku peroleh anak ikan yang tersangkut pada mata kail dedak.

3) Perlu letak pallet pd mata kail dan dibalut dengan dedak. Dedak untuk menarik anak ikan manakala pallet yg berbaki utk santapan ikan2 besar.

4) Ikan galak makan pagi. Bila menginjak ke tengah hari, ikan dah kurang galak. Umpan habis dimakan anak2 ikan sahaja.

Misi memujuk ikan likor masih belum kesampaian. Bila tgk di permukaan, mcm banyak ikan likor yang timbul. Warna emas 916.......

Lampam paling besar pernah dapat

Ikan Kerapu Lombong......
sedap jgak ikan ni, tapi selera tinggi, nak makan anak ikan




Wednesday, 8 June 2022

Patin Show di Lombong Desa Mahkota

 Lokasi ini telah aku kunjungi sebelum ni dan seperti biasa kumpau berdarah. Tiada sebarang ragutan atau hasil tangkapan yang aku perolehi. Kali ni, niat juga masih sama. Saja2 mencuba kot2 ikan2 di lombong ini sudi ikut pulang. Aku teringin ke sini juga semestinya kerana lokasi nya berdekatan dengan rumah kediaman aku.

Aku aturkan 2 kali trip ke sini, trip petang ahad dan isnin pagi menggunakan lebihan umpan dedak yang aku bancuh dulu semasa berkunjung ke Saville Agro Farm.

Ternyata kedua2 kunjungan aku hanya sekadar hiburan mata sahaja. Begitu banyak sang ikan yang timbul di permukaan lombong namun tiada seekor pun yang sudi mencuit umpan. Umpan habis begitu sahaja. Daripada riak kocakan air, boleh dikatakan spesies yang mendominasi adalah ikan patin. 

Dengar2 nya, tarikan atau larian sang patin sangat menggiurkan pemancing. Di samping saiz2 yang timbul juga dalam anggaran 2kg ke atas. 

Aku akan cuba lagi memancing di sini sehingga lesen tangkapan pertama ku perolehi di sini.

lokasi lombong







Tuesday, 7 June 2022

Suka-suki di Jeti Memancing Pak Lim

Jeti Memancing Pak Lim

Umpan : Udang Hidup (Beli di Han Yang Trading, Sg Pelek, harga 60sen/ekor)

               Ruat (Beli di jeti, RM10/100g)

Muatan : Tak sure berapa, tapi ramai boleh muat memandangkan jeti dibina memanjang

Bayaran : RM7/joran untuk 24 jam 

No contact : 017 - 366 1023 Faizin

FB : https://www.facebook.com/Jeti-Dan-Rumah-Rakit-Pak-Lim-1919137711460522/?ref=page_internal

Lokasi Jeti : Boleh google Jeti Pak Lim

Fasiliti yang disediakan :

Tandas
Cafe (baru bukak untuk weekend sahaja)
Bekalan air bersih
Kerusi
Pondok memancing
Surau





Jeti ni boleh dikira agak selesa untuk bawa famili santai2 memancing di muara Sungai Sepang. Walaupun lokasi jeti boleh dikatakan agak ke dalam daripada pekan Sg Pelek, namun, perjalanan boleh dikatakan berbaloi memandangkan suasana kehijauan yang mendamaikan.

Trip kali ni sekadar santai2 akau ingin spend time dengan anak memandangkan sudah beberapa kali dia mengajak aku untuk memancing. Aku sediakan rod khas ultralight untuk kegunaan dia. 

Kalau diikutkan pada jadual air, boleh dikatakan arus air tidak terlalu laju. Namun, sebaliknya yang berlaku. Batu ladung mati saiz 5 masih lagi hanyut dibawa arus. Layan saja la.

Teknik kalau di muara atau jeti sebegini pastinya hanya ada dua iaitu bottom udang hidup dan apollo berumpan. Alhamdulillah, hasil yang diperolehi boleh dikatakan memuaskan. Gelama, daun baru, tetuka.

Tetuka tu diperoleh menggunakan rod ultralight anak aku. Layan jugak tarikan ikannya walaupun kecik comel je.

Maaf jugak tiada gambar yang sempat dikongsi. Hasil telah diberi pada orang lain.

Kalau dikurniakan rezeki, di sini banyak jugak spesies gred A yang cari makan di sekitar jeti. Siakap, kurau, tebal pipi. Kunjungan terakhir aku ke sini, masa tu aku book rumah rakit B, aku beroleh seekor tebal pipi. 

Kena bertapa lebih lama di jeti ni untuk memburu spesies2 gred A. Dikatakan ikan lebih galak meragut umpan waktu malam. Boleh cuba nanti.

Pengunjung boleh jugak book rumah rakit yang disediakan bersama. Terdapat 2 rumah rakit di jeti dan 4 rumah rakit yang berdekatan. 

Kalau lapar2 jugak, pengunjung dah boleh menjamu selera di cafe. Harga sedikit mahal kerana lokasi yang agak ke dalam tapi sangat memudahkan untuk mengisi perut yang kelaparan dan tekak yang dahagakan air sejuk.