Teknik : Bottom & Apollo
Umpan : Udang mati & tongkol // kurita, udang hidup (pemancing lain)
Tekong : Tekong Awe Caru
No Contact : 010 - 3098084
Harga : RM 650 untuk 6+1 // selit RM 100/orang
Trip santai dan selit2. Gerak sabtu malam ahad dan lajak sehingga petang ahad.
Sabtu malam
Teknik lebih kepada memburu sekawanan bawal yang bersuka riang bawah cahaya lampu di jeti Shell lukut. Perambut menggunakan apollo bersaiz mata 12, berumpankan udang potong dan dipasang pelampung pada bahagian pin di bawah. Mengasyikkan bilamana melihat pelampung tenggelam di rembat sang bawal.
Ada pemancing yang mengambil peluang mencuba teknik bottom. Hasilnya ikan kerapu dan ikan kaci batu @ ikan kuku. Aku turut menerima tarikan ikan namun rabut. Yang ditarik hanya karang.
Ahad pagi
Apollo sebentar di Rumah Api. Mencari tamban yang sentiasa meriah umpama buih di keliling Rumah Api. Dalam keasyikkan mencari tamban, hujan dengan pantasnya mengelabui kaki laut. Tekong membawa kami berteduh sebentar di Jimah Power Plant. Rezeki untuk tekong beroleh seekor jenahak berumpankan ikan tamban.
Bilamana, hari semakin cerah, kembali ke Rumah Api. Teknik apollo menjadi pilihan mencari spesis pelagik disampung ikan2 lauk seperti Talang dan Cencaru. Hari ni didominasi oleh Sang Talang yg rakut meragut umpan.
Teknik bottom juga turut dicuba dengan membuahkan hasil seekor ikan daun baru, seekor ikan talang besar dan seekor ikan tetanda.
Lengkap trip, masa kembali ke rumah untuk lelap.....Mengantuk....zzzzz!!!
Sunday, 23 June 2019
Monday, 10 June 2019
Jambatan Pulau Bunting,Yan
Lokasi yang agak best untuk mencuba.
Laut cantik, kehijauan di samping pantainya berbatu.
Setahun lepas, aku mencuba menebing di belah pulau. Sukacitanya, beroleh daun baru dan anak kerapu. Namun, dukacitanya, kerap la sangkut disebabkan dasarnya yang berbatu. Maklum la habitat kerapu sememangnya sebegitu.
Kali ini, memandangkan masih berpuasa, aku hanya memancing daripada atas jambatan. Kebetulan, pitstop yang aku berhenti tu merupakan khemah mini yang disediakan pemancing-pemancing tegar Pulau Bunting.
Umpan kali ini ikan tongkol dan udang kopek.
Teknik biasa, apollo bulu kilat berumpankan udang kopek sekadar memikat anak-anak kerapu yang bersembunyi di penapak jambatan.
Teknik yang lain, perambut gantung dekat penapak jambatan berumpankan isi tongkol. Alhamdulillah, rezeki yang telah ditakdirkan, aku beroleh seekor ikan siakap merah dan juga seekor tetanda comel.
Cuma yang menyukarkan trip kali ini, adalah perjalanan menapak sejauh 2.3 km sehala. Kerana gigil punya pasal, aku gagahkan juga diri meredah perjalanan 4.6 km pergi-balik jambatan.
Pasti akan dicuba lagi lokasi ini. Aku masih optimis masih banyak ikan besar di sini.

Pemecah Ombak Kuala Kemasin, Bachok
Antara lokasi menebing yang menarik di Kelantan.
Kebetulan, aku pulang ke kampung mertua semasa pertengahan Ramadhan dan Syawal, bolehlah menapak mencuba lokasi ini.
Formasi batu pemecah ombak berbentuk Y yang dipisahkan oleh sebatang sungai/kuala/muara. Seberang dinamakan Pantai Kemayang.
Lokasi memang cantik.
Pertama kali, aku teruja memperoleh ikan cencaru dengan teknik apollo daripada tebing. Lokasi ini memang dimasuki ikan-ikan pelagik. Apollo yang digunakan ialah apollo kertas dan bulu berkilat.
Lokasi ini menjadi kegemaran geng-geng yang mencari pari. Hampir 2 kali aku datang ke sini, pasti disambut oleh ikan pari bersaiz dalam skala 10-15 kg yang terdampar atas batu setelah tewas kepada sang pemancing.
Di samping, dalam celahan batu-batu yang tersusun, boleh dicuit anak-anak kerapu yang begitu lapar merakus umpan.
Cuma belum rezeki, aku masih belum berjaya memujuk ikan besar untuk meragut umpan.

Subscribe to:
Posts (Atom)