Lokasi yang agak best untuk mencuba.
Laut cantik, kehijauan di samping pantainya berbatu.
Setahun lepas, aku mencuba menebing di belah pulau. Sukacitanya, beroleh daun baru dan anak kerapu. Namun, dukacitanya, kerap la sangkut disebabkan dasarnya yang berbatu. Maklum la habitat kerapu sememangnya sebegitu.
Kali ini, memandangkan masih berpuasa, aku hanya memancing daripada atas jambatan. Kebetulan, pitstop yang aku berhenti tu merupakan khemah mini yang disediakan pemancing-pemancing tegar Pulau Bunting.
Umpan kali ini ikan tongkol dan udang kopek.
Teknik biasa, apollo bulu kilat berumpankan udang kopek sekadar memikat anak-anak kerapu yang bersembunyi di penapak jambatan.
Teknik yang lain, perambut gantung dekat penapak jambatan berumpankan isi tongkol. Alhamdulillah, rezeki yang telah ditakdirkan, aku beroleh seekor ikan siakap merah dan juga seekor tetanda comel.
Cuma yang menyukarkan trip kali ini, adalah perjalanan menapak sejauh 2.3 km sehala. Kerana gigil punya pasal, aku gagahkan juga diri meredah perjalanan 4.6 km pergi-balik jambatan.
Pasti akan dicuba lagi lokasi ini. Aku masih optimis masih banyak ikan besar di sini.
No comments:
Post a Comment