Monday, 10 June 2019

Pemecah Ombak Kuala Kemasin, Bachok

Antara lokasi menebing yang menarik di Kelantan.

Kebetulan, aku pulang ke kampung mertua semasa pertengahan Ramadhan dan Syawal, bolehlah menapak mencuba lokasi ini.

Formasi batu pemecah ombak berbentuk Y yang dipisahkan oleh sebatang sungai/kuala/muara. Seberang dinamakan Pantai Kemayang.

Lokasi memang cantik.

Pertama kali, aku teruja memperoleh ikan cencaru dengan teknik apollo daripada tebing. Lokasi ini memang dimasuki ikan-ikan pelagik. Apollo yang digunakan ialah apollo kertas dan bulu berkilat.

Lokasi ini menjadi kegemaran geng-geng yang mencari pari. Hampir 2 kali aku datang ke sini, pasti disambut oleh ikan pari bersaiz dalam skala 10-15 kg yang terdampar atas batu setelah tewas kepada sang pemancing.

Di samping, dalam celahan batu-batu yang tersusun, boleh dicuit anak-anak kerapu yang begitu lapar merakus umpan.

Cuma belum rezeki, aku masih belum berjaya memujuk ikan besar untuk meragut umpan.







No comments:

Post a Comment