Sunday 12 May 2019

Melbourne, Penjelajahan Bumi Inggeris (4th Day)

Hari Keempat

Hari-hari terakhir di Melbourne ni, kami berhajat untuk pusing2 sekitar CBD sahaja. Pagi2, seperti biasa, isi perut dahulu dengan bijirin pagi di Pathfinder Motel. Kami perlu menghantar kembali kereta sewa pada tengah hari di samping akan berpindah lagi tempat penginapan.

Sementara menunggu tengah hari, kami park kereta di kawasan tempat kereta berbayar. Harga boleh tahan. Seterusnya, pengangkutan kami hanyalah tram dan sepasang kaki. Lebih mudah disebabkan lokasi2 menarik di CBD berdekatan antara satu sama lain.

Victoria's Market

Shopping. Barang yang pelbagai, ruang yang bersih dan semestinya harga berpatutan. Lokasi ini seumpama Uptown di Malaysia. Leburlah duit belanja yang dibawa di sini. Beli situ, beli sini.


Kebetulan ada melalui kawasan pembinaan bangunan di tengah2 bandar. Scaffolding yang dibuat tersangatlah kemas dan menyakinkan orang awam untuk lalu di bawahnya. Salute!


Chinese Biang-Biang Noodle

Kedai untuk santapan tengah hari. Noodle yang dimasak seumpama mee tarik warisan asli di Malaysia. Sedap. 

Kedai ni dipilih disebabkan ianya berdekatan dengan lokasi parking kereta pagi tadi.


Bangunan menarik di melbourne

Unik

Ala2 istana gitu

Jambatan yang melintasi Yarra River



Bersih dan kemas. Sayangilah sungai






Stesen kereta api. Klasikal.



Universiti



Muzium

Tarikan depan muzium







Marvel Stadium



Marvel Stadium

Mini stadium. Tapi, tiada sebarang perlawanan semasa kunjungan kami. Ada ruangan sudut untuk pameran karikatur marvel. Tapi tidak dibuka.

Ambil gambar sahaja lah.






Melbourne University

Jom balik U....Singgah melihat tempat pengajian orang. Kemas. Tidak luas seperti sesetengah kawasan universiti di Malaysia.


Melbourne University












Nasi Lemak House

Dapat juga merasa nasi. Sedap dan semestinya pedas.



Muzium Melbourne

Lokasi ini yang paling lama. Terlalu banyak artifak yang dipamerkan.





Malam sekdar berehat di AirBNB accomodation. Kemas2 barang untuk pulang ke malaysia keesokan harinya.

Teringin kembali ke bumi Aussie lagi andai punya peluang dan kemampuan. Tenang dan rasa selamat di sini. Tak hairanlah andai ramai rakyat malaysia mencari rezeki di sini.

No comments:

Post a Comment