Hari Kedua di Melbourne
Perjalanan diteruskan dengan menyusuri Great Ocean Road (GOR). Hampir sepanjang perjalanan pasti akan menemui lokasi menarik dan cantik terutamanya untuk bergambar dan berswafoto sebagai kenangan.
Perjalanan berselang seli antara pemandangan kebiruan lautan dan kehijauan ladang.
Peta laluan GOR |
Jalannya agak berliku dan mencabar.
Namun sepanjang perjalanan kami, jika ada sebarang kerja pembinaan jalan, keselamatan pengguna lalu lintas amat diutamakan. Kelengkapan mencukupi. Yang menarik perhatian ialah penggunaan lampu isyarat bergerak. Sangat membantu kerana warna lampu isyarat sudah diketahui umum.
Hijau : gerak
Merah : berhenti
Kuning/oren : sedia untuk berhenti
Tidak perlu flagmen melambai-lambai sehingga kadang2 mengelirukan.
Semak-samun |
Ladang biri-biri |
sempadan ladang yang berpagar |
Banyak biri2 |
Terdapat juga lokasi2 ladang lain di sepanjang perjalanan.
Cantik kerana ladang ini disusun atur dengan baik. Rumputnya pendek.
Cantik kan. berlembah |
Ladang yang sama |
Another angle |
Lembah yang lain |
Laut luas |
Ombak yang menderu |
Pantai |
Landmark ke lokasi |
Right or Left |
Berangin je di sini |
cantik |
panorama view |
Dalam perjalanan, kami melalui kawasan rimbunan pokok yang rimbun. Dalam kesempatan tersebut, kami berpeluang melihat koala liar yang berehat di atas pokok.
Suasana redup dan sejuk memberikan keselesaan kepada Sang Koala untuk tidur dengan nyenyaknya.Tidak terganggu langsung dengan kehadiran pengunjung yang mengerumuni dirinya.
zzzz |
Lenanya |
Rendah jgak |
Akhirnya, sampai juga di Cape Otway Lighthouse. Antara rumah api yang tertua. Bayaran dalam anggaran 20 AUD.
Terdapat banyak binaan2 menarik di kawasan rumah api ini. Cuma yang paling menyerlah, sudah pastinya Rumah Api yang tersergam indah di pesisir pantai.
Kegunaan rumah api pastinya memberi isyarat dan mengawal lalu lintas kapal yang melalui lautan di Tenggara bumi Australia.
Dalam premis ini terdapat :
Rumah penjaga rumah api -rekabentuk klasik inggeris
Rumah api - tinggi,angin tersangat kuat tetapi sangat berbaloi naik untuk bergambar, view cantik sangat
Bangunan teropong laut - untuk lihat kapal dari jauh
Gudang simpanan barang
Pintu masuk |
Beli tiket di sini |
Peta kawasan Cape Otway Lightstation |
Selamat Datang |
Rumah Penjaga Rumah Api |
Rumah api dari jauh |
Rumah lagi |
Flag post |
Hampir 2 jam kami menghabiskan masa di sini. Penat dan lapar. Tapi disebabkan tiada makanan halal di sini, kami meneruskan perjalanan melalui GOR.
Apollo Bay
Apollo Bay
Menggunakan carian di google, kami mencari makanan halal di Apollo Bay. Tidak jauh dari Cape Otway. Dimaklumkan terdapat kedai yang menjual fish n cip halal.
Lokasinya di Iluka Motel Restaurant. Di muka pintu restauran, dinyatakan dengan jelas menjual makanan halal.
Masing-masing kami makan tengah hari di sini. Fish n cip, chicken grill. Alhamdulillah, kenyang.Sudah kenyang, bolehlah meneruskan perjalanan yang masih panjang.
Di sini juga terdapat kedai runcit. Boleh lah mencari bekalan makanan tambahan yang diyakini halal.
Di kiri dan kanan jalan, terdapat juga pantai yang cantik dengan pengunjung yang ramai. Ada yang berjemur, bersukaneka dan menarik juga yang sedang sea surfing.
Memorial Arch-Eastern View
Tugu peringatan untuk pekerja2 binaan GOR
Taman Permainan @ RnR
Ini pun kemas dan cantik. Dan semestinya, free water purifier.
Geelong Mosque
Masjid pertama yang ditemui oleh kami di Melbourne. Waktu ini bukan waktu solat utama. Jadi tiada jemaah di masjid. Simple dan yang paling penting tandas nya selesa untuk kami warga Asia melaksanakan hajat.
Pathfinder Motel
Selesai solat, kami lanjutkan terus perjalanan ke tempat penginapan kami malam ini. Dimaklumkan perlu check in sebelum 8 pm waktu tempatan.
Motel yang agak klasik. Bangunan yang agak lama. Perlu kerap lagi dibersihkan kolam mandi.
Tiada pantri yang disediakan. Makanya, akal kena bijak menyelesaikan masalah,. Mujur ada heater air yang disediakan. Itulah pekakas menyediakan menu nasi impit malam ini.
Coles Balwyn North
Selesai check in dan menyegarkan badan, kami segera mengambil peluang bersiar-siar di kawasan sekeliling. Hasratnya ingin mencari kedai runcit untuk menambah bekalan makanan. Mulanya, kami hanya menapak. Namun, disebabkan tiada kedai yang berdekatan, saya mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan.
Kedai-kedai disini juga tutup agak awal. Jam 8-9 pm, hampir semua kedai sudah tutup. Nasib baik sempat ke Coles yang berdekatan.
Coles ini umpama mart yang seakan-akan Mydin di Malaysia. Barangnya yang pelbagai di samping harganya yang murah. Kalau sudah begini, hari-harilah kene pegi ke Coles
Contoh murah : Nutella bekas seberat 750g cuma berharga AUD 5 sahaja.
Sangat direkemenkan untuk minum susu coklat jenama Dare. Sedap dan harga sangat murah.
Rumusan hari kedua:
a) GOR wajib masuk dalam tentatif pengunjung2 ke Melbourne. Terpulang sama ada bergerak menggunakan pakej pelancong atau secara memandu sendiri di sini. Lokasi yang pastinya memukau pandangan mata.
b) Jika ingin selesa melepaskan hajat, sila ke masjid berdekatan. Sangat membantu orang2 Asia yang sangat pentingkan air semasa lepaskan hajat.
c) Survey dan riki siap2 lokasi makanan halal. Kalau tidak pun, carilah pasaraya yang berdekatan supaya sentiasa ada bekalan makanan yang mencukupi.
d) Mengembaralah untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Pasti terpegun dan terus yakin.
e) Be kreatif untuk masak makanan yang dibawa. Maklum la, backpacker sudah semestinya membawa barang2 sekadar sahaja.
No comments:
Post a Comment