Monday 6 May 2019

Melbourne, Penjelajahan Bumi Inggeris (1st Day)

Kali ini, sepakat aku dan beberapa rakan (ahli trip Medan yang lepas), tekad mengembara lebih jauh dari Bumi Malaysia. Destinasi dipilih ialah Melbourne, Australia. 

Melbourne dipilih memandangkan terdapat harga promosi dan lokasi tidak terlalu jauh. Lebih kurang perjalanan 8 jam menggunakan kapal terbang. 

Sudah semestinya, tips untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah, perlu survey dan beli setahun lebih awal. Alhamdulillah, dalam 5 orang, ada sorang telah dipertanggungjawabkan mencari tiket. Hampir hari-hari browse website AirAsia tengok2 lokasi bercuti di Australia yang murah2.

So Melbourne, kami datang!!!

Hari Pelepasan

Flight malam, tapi kami sampai awal. Tujuan utama agak tidak terlepas flight disebabkan urusan boarding yang ada kemungkinan bermasalah di samping dinner sebelum berlepas.

Sengaja kami menempah flight malam supaya boleh menjimatkan kos penginapan dan makanan.Namapun malam, naik flight senang la nak tidur.

Kami telah bahagikan tugas kepada semua anggota trip.

- tiket
- penginapan
- pengangkutan
- itenari
- visa
- makanan

Ini penting bagi memastikan percutian selesa. Kali ini, perjalanan lebih jauh daripada tanah air. semestinya, persiapan perlu lengkap dan teratur.


Bye-Bye Malaysia
8 jam.......pishang

1st Day

Tullamarine Airport -> Port Campbell

Anggaran jam 9 pagi (waktu Australia) kami tiba di Tullamarine Airport. Di Melbourne, terdapat 2 airport.

a) Tullamarine Airport berdekatan dengan Central Business District (CBD)
b) Avalon Airport berhampiran Geelong, jauh daripada CBD

Dalam perjalanan, terdapat juga orang Malaysia lain yang turut serta ke Melbourne. Rezeki salah seorang daripada kami, diberikan rezeki oleh seorang Pak Cik kerana ahli keluarganya tiada selera makan. Itulah minum pagi kami pada hari itu. Boleh tahan sedap makanan atas flight. Maklumlah sudah hampir 8 jam perut tidak teriisi.

Airport Tullamarine, Melbourne

Ramai yang sudah bergegas
Kelebihan di airport ini, terdapat banyak water purifier @ water cooler untuk pengunjung minum air atau refill. So, senang nak minum air. Tak perlu bazirkan duit belanja untuk beli botol air mineral. Jimat!!!

Namun, yang dukacitanya, rekabentuk tandas di Melbourne ini sama dengan Singapura. Tandasnya tidak dilengkapkan bersama hand bidet @ paip air. Kerana bagi mereka, mencuci hadas kecil sudah cukup menggunakan tisu. Hal ini menjadi kejanggalan buat kami bangsa-bangsa Asia dan Muslim kerana sudah terbiasa beristinjak dengan menggunakan air. Nasib baiklah ada botol air kecil yang dibeli atas flight, bolehlah refill di water purifier dan gunakan untuk beristinjak. Problem solved!!!

Langit tidak selalunya cerah, kami berlima ditahan oleh imigresen Australia. Kecoh, kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Melbourne sebagai pengutip buah-buahan dengan visa pelancong sahaja. Maka, kami disoal-siasat. Semua dokumen perjalanan kami disemak dan disahkan.

Sehingga, pemilik rumah penginapan yang kami booked, dihubungi untuk disahkan tempahan kami. Strict!!!
Pesanan , bawalah dokumen yang lengkap bersama supaya hasrat percutian impian anda tidak terhalang.

Fuhh, nasib baik lepas walaupun hampir 30 minit juga ditahan.

Selesai urusan di imigresen, kami langsung uruskan dua perkara utama:

- sim kad 
 memudahkan perhubungan dan perjalanan. boleh dikongsi hotspot

- kereta sewa 
 kami telahpun book sblm trip. Tapi disebabkan kekeliruan pada insurans yang ditawarkan, kami book kereta yang lain. Dalam website, insurans yang diberikan hanya Third Party cover. Manakala, untuk insurans First Party Cover, perlu dibeli asing.Jika tidak yakin dengan kehandalan memandu, silakan beli kerana kami dimaklumkan terlalu banyak binatang suka melintas jalan raya di Melbourne. Harga Insurance First Party ni lebih mahal daripada harga kereta. So, fikir-fikirkan. Kami sewa kereta Nissan Qashqai. Sangat selesa untuk trip 5 orang. Kereta diserahkan dengan level minyak Full.

Kebab Station

Lokasi persinggahan pertama. Makanan lunch. Masing2 dah lapar. Harga kebab yang besar hanya sekadar AUD 10. Murah dan sedap disamping owner yang very friendly. Owner siap tawarkan akan berikan diskaun kalau datang kedai pakai jersi Arsenal. Ooo....peminat Arsenal rupanya.

Kebab Station

Pintu Masuk
Singgah sebentar dekat kedai roti untuk dijadikan bekal hari-hari berikutnya. Kedai roti ni terletak bersebelahan dengan Kebab Station.

Macam2 roti ada
Susunan kedai di sini sangat kemas. Seakan pekan lama. Bangunan pun dengan rekabentuk klasik. Seakan pekan Ineggeris.


Susunan kedai

Tali tu merupakan laluan trem

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Port Campbell. Port Campbell merupakan kawasan permulaan Great Ocean Road (GOR). Anggaran perjalanan selama 3 jam.

Lebuhraya di sini pun tersusun, tiada plaza tol seperti di Malaysia. Hanya sticker yang ditampalkan pada kereta. Mudahnya. Tiada lah kesesakan lalu lintas disebabkan tol di sini.

Kiri-kanan jalan, terdapat tanah-tanah lapang. Tanah2 ini diurus dengan baik. Tiada sebarang semak-samun. Sempadan hanya dipagarkan dengan pokok2. Impressive!!!

Twelve Apostle

Ini merupakan permulaan lokasi menarik sepanjang GOR.

Tiang-tiang batu kapur yang tersergam indah pasti memukau mata pengunjung yang hadir. Keindahan alam semulajadi yang menjadi bukti keagungan kekuasaan Tuhan.

Asalnya tiang2 batu kapur itu merupakan sebahagian daripada daratan. Namun, akibat hakisan sedikit demi sedikit, batu tersebut membentuk tiang.

Lokasi wajib bergambar



Laluan pejalan kaki menuju ke Twelve Apostles

Signboard

Pokok apa tah...tapi cantik

The view

The cliff

Cliff lagi

Apostles

Sunset

from another spot

Toilet...terletak di seberang jalan daripada lokasi Twelve Apostles

Signboard arah
Penginapan Pertama : Port Campbell Motor Inn

Lokasi yang cantik. Terletak tidak jauh daripada Twelve Apostles. Kawasan yang tenang.

Pemilik Inn ini sangat friendly. Daripada beliau lah, kami dimaklumkan pihak imigresen Australia mengesahkan booking kami.

Bilik luas dan selesa. Ada disediakan ruang memasak di luar, mini swimming pool.

Mini swimming pool

Chalet menginap. Design simple je. Macam rumah desa.

Reception

Ada taman mini. Sesuai nak snap pic

Pintu masuk

Pintu masuk jgak
Malam, menu hanya maggi sahaja. Bekalan daripada tanah air. Apabila lapar, semua makanan pun sedap.


Rumusan hari pertama:

a) Pemanduan yang mudah dan selamat ditempuh daripada CBD sehingga Port Campbell. 
b) Sepanjang perjalanan, kiri kanan jalan sentiasa cantik dan kemas. Banyak jugak stop untuk bergambar.
c) Kereta sewa yang selesa dan murah. Tapi hadam betul2 dengan terma dan syarat supaya tidak berbelanja lebih.
d) Kebab penyelamat sebagai makanan halal yang diyakini disamping harga murah dan saiz yang mengenyangkan.
e) Bawa makanan simple sebagai bekalan kerana di kawasan2 desa sukar mencari makanan halal.




No comments:

Post a Comment