Tekong : Lanz Abla (nama FB)
Lokasi : Sekitar Westport, port klang
Umpan : Udang hidup jala / perumpun
Harga : RM 100/kepala
Muatan : 2 + 1
No contact : 016-650 0498
Tarikh Islam : 25hb Syaaban
Kebetulan 1hb Mei, tarikh cuti umum sempena Hari Buruh, aku mengambil peluang menduga lokasi memancing Pelabuhan Barat. Seawal jam 7.00 pagi, aku sudah sampai di jeti. Semestinya, kedatangan awal aku ke jeti bagi memenuhi hasrat tekong mendapatkan keadaan air yang baik untuk memancing. Namun, disebabkan beberapa kesulitan, kami bertolak agak lambat.
Tidak mengapa. Rezeki milik Allah. Kita berikhtiar, Allah yang menentukan.
Jika tiada ketukan atau getuan, tekong akan mengajak pindah.
Ku sangkakan 25hb Melayu, sudah semestinya tenang dan menjernihkan air. Namun, sangkaanku meleset. Arus masih laju menyebabkan keadaan air yang hijau masih keruh sehingga menyukarkan untuk kami memikat spesis bergred A.
Keruh-keruh sebegini, semestinya, yang bermundar-mandir mencari makanan, ikan-ikan berduri dan bermisai.
Rezeki kali ni lebih memihak kepadai spesis yang berduri dan bermisai.
Dalam keasyikkan melayan informasi di telefon pintar, joranku diragut kuat. Alhamdulillah, hasil tarikan ganas tersebut meenyungkurkan seekor gemang. Rezeki. Tali pancing hanya di lontar ke bawah dan kedalaman air yang cetek. The biggest fish of the day.
Kene mula susun kalendar untuk melihat tarikh yang betul-betul cantik untuk menduga ke sana lagi.
No comments:
Post a Comment