Wednesday, 27 October 2021

Kenapa Aku Menulis

 Kebanyakan tulisan aku adalah berkisar berkaitan trip memancing. Aku ingin kongsi segala pengalaman cetek yang aku ada berkaitan memancing terutamanya memancing laut.

Aku ingat lagi masa mula selepas grad tahun 2015, segala macam lubuk menebing just redah guna moto. Sanggup redah dari Pantai Dalam sampai ke Pulau Indah semata-mata untuk memancing. Ada lubuk yang senang akses, ada lubuk larangan, ada lubuk kene guna orang dalam untuk masuk. Macam-macam keadaan yang aku lalui untuk sampai sekarang ni kira reti jugak la memancing laut.

Aku sekarang ni dah jarang menebing, mostly akan spend lebih sikit untuk menyampan. Alhamdulillah, ada masa rezeki banyak, ada masa kumpau jugak. Walaupun kumpau, tapi tetap belajar perkara baru setiap kali trip.

Daripada setiap trip, aku belajar ikat perambut. Nak sebut macam2 - perambut Y @ perambut gantung, perambut apollo 2 mata, perambut batu hidup. Termasuk jugak ikatan seperti FG Knot. Ada la belajar melalui tekong, ada yang belajar melalui Youtube.

Passion dan minat itu mendorong aku untuk belajar dan kerap belajar. Untuk kata sama level dengan tekong, masih jauh sekali. Tekong hari2 turun ke laut, manakala aku sekadar turun paling kerap pun sekali sebulan sahaja.

Insya Allah aku akan terus berkongsi data dan info daripada setiap trip yang aku sertai. Harapan aku agar aku boleh guide newbie bagaimana untuk memancing laut. Memancing ni biarlah berhasil walaupun kecil kerana setiap hasil tu menggembirakan jiwa. 

"Kumpau itu pasti, strike itu rezeki"

Tuesday, 26 October 2021

Kedinginan Hujan Di Sekitar Westport

Pesisiran Westport

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang (RM15)

Muatan : 3 + 1

Bayaran : RM500 termasuk umpan udang hidup jala

No contact : 013-641 4095 Paan

Lokasi Jeti : Jeti Telok Nipah, Pulau Indah

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot

Ini pertama kali aku mencuba naik dengan Tekong Paan. Teringin repeat sekitar westport memandangkan lokasi dan lubuk sangat menarik untuk diteroka dan dicuba. Kawasan sekitar westport semestinya menjadi banglo idaman bagi sang ikan mencari lauk. Sekitar westport boleh dikatakan sesuai sangat untuk memancing memandangkan kehadiran pelbagai struktur2 yang banyak secara tak langsung memperlahankan arus air. 

Tekong menasihatkan agar pergi time air menyorong kecil atau besar kerana jika tiada arus, ikan dikatakan kurang galak meragut umpan di samping perlu teliti jadual air juga supaya tidak datang time air keruh. Mostly, sekitar westport cun kalau mancing time air hijau.

Kami datang seperti timing yang dijanjikan. Kol 9 pagi bot akan bertolak menuju ke spot. Mudah dengan kebanyakan tekong yang bawa trip ke sekitar westport, mereka akan sediakan umpan udang hidup siap2. Dikhabarkan udang jala lebih mujarab berbanding udang bela yang dijual di kedai2 umpan. Tapi kena yakin bahawa rezeki pemberian Tuhan. Ikan jumpa umpan, insya Allah makan je.

Aku biasanya akan bawa sekali umpan pumpun. Setakat pengalaman 2-3 kali pergi ke sekitar westport, pumpun ni kerap juga diragut ikan especially gelama, duri dan tetanda. Kadang2, kalau kene dengan rezeki, jenahak saiz 1 kg pun makan juga pumpun. Pumpun aku beli dari Kedai Umpan Laguna Park. Itu merupakan kedai yang sangat lengkap menjual umpan. Terdapat pelbagai umpan yang dijual seperti udang hidup (pelbagai saiz), pumpun, kurita, udang lipan, udang mati).

Pagi nya langit mendung serta menjadi petanda hujan akan turun. Alhamdulillah, sejurus kami tiba di sekitar westport, barulah hujan turun dengan lebatnya. Suasana di sekitar westport sangatlah gelap. Sebolehnya prepare lampu kepala bersama untuk mudahkan nak pasang umpan. Bilaman hujan, ikan-ikan monster kurang galak meragut umpan. Cumanya, ada beberapa ketika pancingku diragut kasar, namun rabut. Bukan rezeki. Walaubagaimanapun, rezeki kami waktu pagi dapat memenuhkan tong dengan ikan gelama. Asal umpan jatuh ke dasar, pasti diragut sang gelama. Boleh menceriakan suasana yang sepi. Aku selalu akan sediakan ikatan mata apollo 2 mata yang diikat sendiri untuk memancing anak-anak ikan seperti gelama. Kadang-kadang, ada juga ikan lain yang terpedaya dengan mata apollo yang aku gunakan. Sebelah pagi boleh dikatakan tiada ikan2 gred A meragut umpan. Cuma sekadar penghuni tetap perairan selat klang duri dan gelama sahaja yang sudi.

Bilamana air pasang dan hujan dan berhenti, tekong berpindah ke spot jambatan. Di spot2 ni kami lebih galak menerima sambaran ikan tetanda. Paling besar bersaiz 300g. Sangat mengasyikkan kerana ikan tetanda bersifat agresif. Ikan tetanda akan terus menelan umpan yang dihulur dengan rakusnya. Pasti terkejut mendengar loceng pancing berbunyi bilamana sang tetanda menyambar umpan.Sesekali, ada juga ikan daun baru yang menyelit meragut umpan untuk ikut kami pulang.

Air yang boleh dikatakan agak keruh menyebabkan ikan kurang meragut umpan.

Pada jam 5.30 petang, kami mula bergerak menuju pulang. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di spot2 lain berhampiran westport untuk mencuba nasib. Rezeki kami, pada salah satu jambatan, ada seekor tetanda meragut umpan udang hidup saiz char kuey teow. Tinggi selera ikan. Selepas tetanda yang terakhir tu, kami teruskan perjalanan pulang dan tiba di jeti pada jam 7.45 malam.

Tekong ni merupakan tekong muda yang banyak simpan lubuk. Lubuk hanya dihafal dalam kepala. Dukacita ckit, tekong maklumkan itu merupakan trip terakhir tahun ni. Tekong dalam proses menjual bot yang kami naik dan menaiktaraf ke bot yang lebih besar. Kemungkinan pun trip akan open balik pada tahun depan.

Alhamdulillah, sempat juga kami naik dengan tekong paan ni. Ada kenalan bagitahu tekong paan ni rajin mengendap sang kurau , spesis mahal yang menjadi idaman kaki pancing. Insya Allah, boleh cuba lain pada masa lain.


Sekawan tetanda yang berjaya ditawan

Gelama yang terus mengungguli carta ikan paling glemer



Gambar2 hasil tekong pada trip2 sebelum sebagai tatapan pembaca













Thursday, 7 October 2021

Rumah Rakit Pak Lim, Bagan Lalang

 Rumah Rakit Pak Lim (Rakit B)

Umpan : Udang Hidup - 70 sen seekor  , Pumpun Ruat - RM10 / bag

Muatan : maximum boleh muat 10 orang

Bayaran : RM450 (24jam)     ll       RM250 (12jam)

No contact : 017-366 1023 Faiz  ll  012 - 376 2819 

Lokasi Jeti : Jeti Pak Lim

Kelengkapan :-
*dapur dan kelengkapan memasak
*tandas dan bekalan air paip bersih (air direct paip)
*1 bilik 
*pangkin
*bekalan letrik genset
*tempat simpan udang hidup
*bbq set

Keluasan rakit - besar rumah rakit 20 x 30

Trip kedua dalam selang waktu yang dekat. Tapi kali ni, santai2 sahaja. Nak bawa mak mertua merasa memancing ikan-ikan muara. Kebetulan, weekdays, x ramai orang tapi jenuh juga nak cari rumah rakit yang available dan berpatutan. Memandangkan juga trip kali ni, trip santai bersama famili, jenuh jugak ak cari rumah rakit yang betul2 ada ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati. 

Lantai x berlubang, penghadang yang rapat dan semestinya rumah rakit yang bersih. Survey2, akhirnya, ak book dengan rumah rakit pak lim. Daripada gambar yang diberi, memang nmpak kemas dan selesa. Hasil pun boleh tahan jugak.

Sampai hari yang dijanjikan, kami menuju ke rumah rakit. Ada 2 jalan masuk ke jeti pak lim. boleh google sendiri nanti. Satu jalan yang lalu perumahan, jalan TAR + jalan tanah. Satu lagi laluan, jalan tanah keseluruhan. Kami terpaksa melalui laluan kedua disebabkan terdapat kerja-kerja pembinaan kecil dijalankan di laluan pertama. Bersalut la tayar kereta dengan tanah. Cuma jalan masuk ke jeti agak sempit, satu lane sahaja. Kalau berselisih, mungkin satu kereta kene masuk gaung di kiri atau kanan.




Jeti boleh dikatakan sangat kemas dan selesa. Ada tandas yg cantik (gambar boleh tgk di FB). Macam tandas dekat rumah sendiri. Parking pun banyak dan luas. Dalam jam 10.30 pagi, kami terus menaiki bot menuju ke rumah rakit. Bot sangat besar, selamat kalau nak bawak anak kecik. Umpan boleh dibeli di jeti. Cuma, kalau boleh, book dulu, supaya ada stok. Nasib baik haritu dah ada book perumpun ruat 3 bag. Ruat yang dijual sangat segar, sememangnya menjadi tarikan buat ikan-ikan.

Sesampai di rumah rakit, aku terus menyiapkan kelengkapan memancing. Al-maklum bila bawak family, kebanyakkannya tidak pernah memancing guna rod & reel. Kalau di kampung, cukup sekadar batang buluh atau nipah. 

Seperti biasa, untuk menggalakkan ikan makan, aku menggunakan mata apollo bulu2 kilat. Tidak perlu pasang umpan pada kesemua mata kail. Cukup sekadar pada 3 mata paling bawah. Pertama kali, hanya aku sahaja yang menyentuh umpan ruat. Yang seterusnya, masing-masing sudah berani menyentuh ruat, kalau boleh digambarkan macam cacing tapi lebih gemuk. Tapi kene hati-hati, ruat ni kuat menggigit, rasa sama macam kene gigit semut.

Seharian memancing, kami rasakan ikan kurang galak menjamah umpan yang dihulur. Jarang2 loceng yang dipasang pada joran berbunyi. Mungkin faktor air yang sejuk memandangkan malam sebelumnya hujan. Air sungai lebih banyak mengandungi air tawar membuatkan ikan agak culas.

Namun, syukur, banyak jugak hasil yang kami peroleh. Yang paling besar, seekor belukang disamping seekor tebal pipi yang meragut umpan di kala petang. Selebihnya, pelbagai ikan seperti gelama, duri, serkut. Tidak ketinggalan, ada yang berjaya memperoleh anak selar yang mundar-mandir di sekeliling rumah rakit. Mata apollo dihenjut turun naik di sekitar rumah rakit dengan berumpankan udang kopek.

Hasil-hasil ni sebahagiannya dijadikan juadah makan tengah hari. Tak tergambar betapa manis dan sedap nya memakan ikan fresh walaupun sekadar gelama. Sangat sedap dan bertambah-tambah nasi. 

Sekitar jam 7.00 malam, kami berangkat pulang ke jeti. 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di pekan Sg Pelek untuk mendapatkan tempahan ketam fresh pada tekong yang dikenali. Alhamdulillah, rezeki kami dapat beli 4kg ketam fresh buat santapan di rumah.

Bagi yang ingin tempah ketam di area Bagan Lalang, boleh contact no di bawah. Harga murah sekitar RM20/kg. Ketam bunga di pantai, saiz comel2 tapi dah sedap nak makan.

No contact : 010 270 7285 ( Tekong Salleh Marzuki)