Thursday, 2 June 2022

Trip Malam Di Karang Port Dickson

Pusing2 Malam Cari Ikan Karang Port Dickson

Umpan : Udang Pasar (dalam 500g)

                Sotong Cumit (tangguk di laut)

                Anak ikan / anak sotong batu  (cari di palong tepi pantai masa air surut)

Muatan : 3 + 1 (tapi trip ni solo, trip dah cancel awal disebabkan angin padu siang sampai kol 11pm)

Bayaran : RM350 (kalau full korum)

                  RM 150 (solo)

No contact : 011 - 1191 8405 Tekong Mahfuz PD

FB Tekong : https://www.facebook.com/tekongmus/?ref=py_c                

Lokasi Jeti : Balai Nelayan Batu 4, Port Dickson (bertentangan dgn King Char Kuey Teow)

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot

Trip ni merupakan trip selit2 kebetulan ada kenalan di FB ada upkan slot kosong di FB. Rezeki aku dapat selitkan nama untuk join skali. 3 hari sebelum trip, organizer tidak dapat join kerana urusan penting di Perak. Namun, masih sempat mencari pengganti dan alhamdulillah pengganti berjaya dijumpai. 

Walaubagaimanapun, masa hari trip, sejam sebelum masa bertolak jam 3.30 ptg, angin dikhabarkan bertiup padu seperti ramalan dalam Windfinder. Tapi, angin akan kembali perlahan pada jam 11 mlm. Asalnya, memang tekong dah ambil keputusan untuk batalkan trip dan 2 org pemancing yang patut follow memang dah tarik diri. 

Aku sendiri yang masih yakin dengan ramalan. Aku tetap bertolak ke PD jam 9.00 malam. Aku sembang2 dlu dgn tekong sambil menanti dan berharap angin & alun menyebelahi kami. Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat dan permohonan aku. Jam 11.00 malam, angin betul2 menjadi perlahan dan alun sudah tidak terlalu tinggi. Cuma, bot masih belum boleh terus bergerak memandangkan air masih lagi surut. Kami mengambil peluang untuk mencari umpan2 alami seperti anak ketam, anak bebolos, anak udang lipan atau apa2 yang dirasakan sesuai. 

Lokasi kami mencari umpan adalah sekitar palong air berhadapan jeti. Tidak ku sangka banyak rupanya hidupan laut yang singgah bermain di palong tersebut termasuk beberapa ekor anak ikan tilapia air masin. Kami berjaya memperoleh anak bebolos dan anak ketam batu. Tekong maklumkan anak ketam batu tu sesuai untuk dijadikan umpan bagi menjerat sang ketarap.

Selepas selesai mencari umpan dan sementara menanti air pasang, kami berehat sebentar bagi melelapkan mata. Pada jam 3 pagi, baru enjin dihidupkan dan bot bergerak membelah lautan. 

Lokasi pertama semestinya di spot mencari umpan sotong cumit. Cumanya, menurut tekong, kebelakangan masa ini, sotong2 jarang timbul memunculkan diri. Mungkin kerana air yang agak keruh dan kotor. Terdapat lumut atau habuk yang ikut dihanyutkan arus laut. Lokasi pertama yillek, gagal memperoleh sotong. Di lokasi kedua juga kurang sotongnya sehingga tekong mengambil keputusan untuk berhanyut. Bila berhanyut ni, Alhamdulillah, banyak sotong yang mula memunculkan diri. Anggaran dalam 15 ekor berjaya di tangguk.

Setel umpan, tekong terus naik lagi ke kawasan paloh. Namun, dukacitanya, arus tersangatlah laju di paloh. Tekong cuma stay utk 10 minit sahaja. Arus laju mmg ikan x makan umpan dah. Cuma tersempat seekor Ikan Yu Cicak meragut umpan. 

Spot seterusnya masih lagi kawasan karang tapi lebih dkat ke darat. Menjelang subuh, kami diserang gerombolan ikan. Baracuda, bandang dan seekor ikan gred A (jenahak) berjaya didaratkan. Mengasyikkan menahan asakan sang jenahak. Kesemuanya mahukan umpan sotong cumit sebagai pembuka selera. Selepas tarikan sang bandang. suasana terus sunyi. Tiada lagi tarikan ikan. 

Aku mengambil peluang melayan apollo tamban. Sesekali ada tarikan kasar sang capik meragut mata apollo. 

Kol 10 pagi, kami bergerak pulang. Kene pulang awal sebelum air betul surut2, jika tidak tersadailah di tengah laut sampai air gerak pasang kembali.

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki pemberian Tuan. Next time akan cuba lagi. Angan2 menarik sang ketarap belum kesampaian lagi.


Keseluruhan hasil

Mengasyikkan tarikan sang jenahak


No comments:

Post a Comment