Sunday, 29 May 2022

Rumah Rakit Tokwan Legacy, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan

 Rumah Rakit Tokwan Legacy, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan

Umpan : Udang Hidup (Boleh order dengan tauke rumah rakit)
               Udang pasar (kopek kulit) @ udang soyok

Muatan : 10 orang pemancing dewasa (kalau lebih tanyakan dlu tauke)

Bayaran : RM30/ pemancing 

Slot    : Pagi (8 pg - 3 ptg) ll Petang (3 ptg - 10 mlm) ll Malam (10 mlm - 8 pg)

No contact : 010 - 782 6408 (Amer)

FB : https://www.facebook.com/Rakit-Tokwan-Legacy-101319735560222/

Lokasi Jeti : Jambatan Motosikal Semerak

Fasiliti yang disediakan :

Freezer 
1 Bilik
1 Tandas
Dapur memasak
Sinki
Bekalan air bersih
Bekalan elektrik
TV bersama Netflix+Wifi
Meja Makan
Tong umpan hidup beserta pam oksigen
Dapur panggang BBQ
Kerusi

Ini boleh dikatakan trip keluarga, trip mancing santai2 dan kelas belajar memancing untuk geng2 newbie. Alkisahnya trip ni dianjurkan untuk bawa mertua aku memancing memandangkan memang mereka minat memancing. Biasanya pancingan biasa mereka hanyalah di parit2 berdekatan rumah.

Untuk trip family, semestinya aku yang perlu preparekan segala peralatan. Nasib baik dah ready banyak rod dan reel masa balik ke kelantan. 

Lokasi rumah rakit sangat berhampiran dengan tebing. Tak sampai 5 minit dah sampai. Tambahan, daripada tebing pun dan boleh nampak rumah rakitnya.

Boleh search lokasi naik bot. Berdekatan jambatan motosikal Semerak


Lokasi jeti dan parking kenderaan


Boleh dikatakan rumah rakit ni adalah asalnya sangkar ikan yang dinaiktaraf serta diubah fungsi menjadi rumah rakit. Masih terdapat ruang2 jaring sangkar yang dibiarkan kosong untuk memudahkan pengunjung memancing. Secara amnya, lokasi ni sangat selesa untuk keluarga memandangkan banyak kemudahan disediakan di samping tahap kebersihan rumah rakit sangat memuaskan. 

Cuma barangkali timing kami mengunjungi rumah rakit bukan timing yang sesuai. Tak banyak hasil tangkapan boleh diperoleh. Ada beberapa anak siakap, duri sahaja yang dibawa naik. Kami diserang gerombolan buntal yang galak sungguh mencuri umpan dan memutuskan mata apollo yang dihulurkan. 

Owner bermurah hati menghadiahkan kami seekor siakap putih anggaran berat 1kg untuk santapan kami. Kalau tak salah, ada sebuah sangkar ikan milik owner yang masih beroperasi bersebelahan dengan rumah rakit.

Walaubagaimanapun, lokasi sangat sesuai untuk famili, really enjoy the moment. Dapat memancing dan makan bersama-sama juga nikmat yang wajib disyukuri.

Owner jugak kerap update lokasi rumah rakit baharu di Gong Batu, Setiu. Rumah rakit baharu ni nampak lebih luas dan dimaklumkan boleh memuatkan sehingga 20 org dewasa. Next time, kita bagi review ke sana plak........insya Allah

Maaf tak dapat nak upkan gambar hasil sbb semua hasil dengan pantasnya dijadikan lauk........

Ruang tamu, ada TV(with netflix ya), wifi, kipas, bilik, kerusi, meja makan




Dapur dan tandas

Suasana malam.....ruang memancing

Pengunjung boleh jugak berhubung dengan owner2 rumah rakit lain di sekitar Sungai Semerak ni.....antaranya :

Che Amin - 017 - 908 9853

Lan Towing - 019 - 905 3762





Friday, 27 May 2022

Cubaan di Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya

 Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya

FB : https://m.facebook.com/Rekreasi-Air-Sisiran-Floria-Putrajaya-106261748630478

Lokasi ini merupakan lokasi baru bagi penggemar pancingan air tawar. Tasik di sini telah dibuka untuk kunjungan awam dan terbuka untuk para pemancing. Kalau dilihat pada posting FB, saiz ikan hampir kesemuanya mega belaka. Kebanyakkan yang dinaikkan adalah ikan rohu, tongsan sisi kasar (tongsan susu), baung, toman. 

Bayaran untuk memancing adalah RM50 per joran. Cuma kadang2 ada promosi RM50 per 2 joran. Harga agak keras jugak la. Tapi, jika beroleh hasil pancingan, agak berbaloi jugak. 

Aku mengambil peluang mencuba nasib di sini. Pergi ke sana bertemankan seorang kawan. Umpan yang dipertaruhkan semestinya dedak ayam dan cacing. 

Walau bagaimanapun, hasil yang berjaya dibawa balik kurang lumayan, Hanya seekor anak toman yang meragut cacing dan seekor anak lampam yang tersangkut pada mata kail semasa meragut dedak.

Cuma ada rezeki mata lihat pemancing lain beroleh ikan mega. Seronok jugak melihat rod melentuk ditarik sang ikan. 

Kini tiba masa aku jinak2 kembali dengan pancingan air tawar.


Suasana di lokasi memancing. Boleh rentung bila memancing tengah hari

Lauk yang dihadam anak toman. pelahap 

Jadi la 2 ekor sudi ikut balik


Thursday, 26 May 2022

Saville Agro Farm, Semenyih

 Saville Agro Farm, Semenyih

FB :   https://www.facebook.com/SavilleWonderland/

Boleh usha kawasan rekreasi famili yang baru ni di FB di atas. Kawasan ni boleh dikatakan sesuai untuk bawa family santai buat aktviti outdoor. Macam2 aktiviti boleh buat seperti memancing, naik ATV, petting dsb. Pengunjung boleh juga membeli makanan kerana ada cafe yang dibuka. Aku  tak share lah aktiviti yang lain2 tu. Boleh rujuk dalam FB sahaja. Semua info dah lengkap.

Di kawasan ni ada 2 kolam memancing. 1 kolam besar (untuk ikan2 besar dan pemancing dewasa) dan 1 kolam kecil (untuk ikan2 kecil dan pemancing kanak2) 

Di kolam besar, terdapat ikan2 seperti rohu, patin, tilapia dan pacu manakala kolam kecil dipenuhi ikan puyu. Naik geram jugak tengok ikan2 puyu tu timbul2 di permukaan air. Sangat banyak tapi bijak mencuri umpan.

Di sini, ada dijual umpan untuk pemancing seperti cacing dan cengkerik. Untuk dedak, pemancing kene bawak sendiri. Tiada limit masa. Cumanya setiap ikan yang berjaya dipancing tidak boleh dilepaskan semula dan perlu dibeli dengan harga tetap RM12/kg. Kalau yang kecik2 tu, gagah lagi nak bayar, kalau tiba2 sang monster yang ragut umpan, bayar pejam mata je la......

Setakat ini, aku hanya menggunakan umpan dedak dan cacing sahaja untuk memancing di sini. Dedak pun hanya guna yang lebihan daripada trip mancing lombong. Boleh dikatakan umpan cacing lebih mendapat sambutan ikan dan yang menggemari cacing adalah ikan pacu. Di kolam ni, boleh dikatakan ikan pacu yang ada rata2 bersaiz 1 kg dan ke atas. Rekod aku berjaya memikat pacu dengan anggaran saiz 4kg. Berpeluh dahi nak bayar ikan........

Kolam ni tidak besar, insya Allah mudah lah untuk membaling umpan dan tawaf kolam ni.

Ini aku tunjukkan semua hasil tangkapan aku di sini.

Hasil 1st time datang sini

Ikan pertama yang memakan umpan

Hasil pacu yang pertama, boleh tahan tarikan spesis ala2 piranha ni

Rekod tangkapan paling besar setakat ni

X muat box ikan

Lama x jumpa rohu....lauk 2 rasa ni

Ikan Pacu 4 kg...2 kaki panjang



Suasana kolam. Masa datang ni baru dilepaskan ikan patin. Semuanya masih mabuk2 lagi




lombong air tawar

 LOMBONG AIR TAWAR (BERDEKATAN SOUTHVILLE CITY)

Lokasi lombong. Kalau ke arah KL, lombong sebelah kiri Highway Plus antara exit Bandar Seri Putra-Southville City

Ini merupakan trip pertama aku kembali ke lombong. Kalau ikutkan plan asal ingin menduga port sg buah. Tapi, air keruh memandangkan hari sebelum hujan turun. Orang kabo kalau air sungai keruh, ikan tak galak makan. Aku turun seorang dengan berbekalkan dedak ayam dan cengkerik.

Campuran umpan
Dedak ayam kuning + pellet 6363 + Dedak 929 + perisa pandan (umpan ulong)

Resepi umpan pun, aku follow resepi Abang Din Channel (boleh cuba cari). Resepi youtuber ni berjaya menarik monster2 Tasik Putrajaya. 

Hari mancing hujan still turun renyai. Cuba rezeki di lombong ni, kereta boleh parking rapat dengan lombong. Ada laluan tanah yang melalui sisi lombong. So, bolehlah nak berteduh daripada hujan dan panas. 

Alhamdulillah, trip pendek dan ringkas, membuahkan hasil beberapa ekor anak jelawat (ekor merah) dan seekor lampam. Sedap oii...jelawat masak gulai lemak cili api. Ni 1st time aku tahu yang jelawat pun makan umpan cengkerik.

Ini aku kongsikan hasil pancingan


Hasil pertama anak lampam

Lama tak ketemu si anak jelawat

Hasil keseluruhan.



Seronok kalau mancing guna pelampung. Rasa teruja bila pelampung tenggelam timbul kerana ikan usik umpan..........


Sunday, 19 December 2021

Gigil Kesejukan Malam di Sekitar Westport

Sekitar Westport

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang (RM20)

Muatan : 2 + 1

Bayaran : RM300 termasuk umpan udang hidup jala

No contact : 016-275 3402 Hafizal @ Apiz Kecik

FB Tekong : https://www.facebook.com/Hafizal.Latiff

Lokasi Jeti : Jeti Starcruise, Pulau Indah

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot


Trip dengan tekong ni boleh dikatakan laku keras memandangkan trip cuma open on weekend dan time air kecik (mati-menyorong). Rezeki aku dapat selit jugak trip untuk try dengan tekong, itupun sebulan setengah sebelum dah book.

Disebabkan penjual umpan udang jala kehabisan stok, tekong ajak untuk follow sekali menjala umpan dulu. Sehari sebelum, tekong sudah pun keluar menjala, tapi bilangan udang belum mencukupi. Mungkin rezeki kami dah lama tak mandi hujan, sesampai kami di jeti, hujan pun turun dengan agak lebat. Bot terpaksa dilewatkan untuk bertolak. Bolehlah aku ambil kesempatan masa ni untuk menyiapkan joran dan perambut. Agak lebih kurang jam 6.30 petang, baru kami bertolak dalam hujan yang turun renyai2.

Kami singgah di port pertama, jeti starcruise. Kebetulan masa itu, terdapat 2 cruise yang sedang parking. Bila dilihat 2 cruise tu, terasa kerdil je sampan yang kami naik. Kami singgah dulu di sini untuk mencuba rezeki. Barangkali ada penghuni dasar yang sudi naik. Air di sini boleh dikatakan agak dalam. Maklumlah kawasan parking cruise. Di sini, ada satu tarikan kasar oleh sang ikan. Namun, disebabkan keadaan dah hampir gelap, kami tak perasan. Kesudahannya, ikan dah bawa lari umpan dan membelitkan tali di tiang jeti. Bukan rezeki kami. 

Bila hujan dah reda, kami terus menuju ke pantai berhadapan Northport untuk menjala udang. Sini merupakan port favourite bagi nelayan2 untuk menjala udang. Hampir 2 jam jugak tekong menjala kerana udang nya agak payah memunculkan diri. Bila udang dah cukup, kami terus menuju kembali ke jeti starcruise memulakan sesi pancingan yang sebenar.

Ni merupakan kali ke3 rasanya aku menyertai trip menyampan malam. Mata memang agak mengantuk disebabkan tidak sempat tidur di siang hari. Di jeti starcruise ni sebenarnya merupakan kawasan favourite tekong2 mengendap sang kurau, ikan kayangan di port klang. Harga tangkapan kurau pancing boleh mencecah RM60/kg. Namun, kami tidak dapat parking di lokasi sebenar mengendap kurau dek kehadiran cruise yang parking di laluan kurau tu. Terpaksa cuba di celahan tiang2 jeti. Namun, di sini, ada juga penghuni2 yang sudi ikut balik.

Then, kami teruskan trip ke spot kedua di warf simen. Masih lagi ikan biasa yang cuit2 umpan. Gelama, tetuka, duri yang banyak menghuni dasar port klang. Dalam samping2 itu, tidak lupa sang buntal yang galak mencuri umpan.

Kami berpindah kemudiannya ke warf minyak. Masih spesis ikan yang sama yang mencuit umpan. Tidak menang tangan melayan.

Tatkala ikan sudah kurang meragut umpan, kami pun berpindah ke sekitar westport. Lokasi berhampiran jambatan pertama westport. Agak lama kami duduk di sini menanti ikan mega meragut umpan. Ada juga la yang sudi. Seekor semilang dan belukang berjaya dibawa naik. Namun, kekerapan ikan meragut umpan agak kurang. Menurut tekong, pada malam itu, arus di sekitar westport sangat perlahan @ hampir mati menyebabkan ikan culas. Dalam pada itu, terdapat 2 kali ragutan kasar ikan menyebabkan tali pancing putus. Sekadar rezeki tarik. Itulah cabaran utama memancing di sekitar westport. Kena sentiasa peka dengan cuitan ikan. 

Menghampiri subuh, kami bergerak ke spot luar di jambatan. Di sini, barulah sang tetanda dan daun baru memunculkan diri. Itupun, selang 20-30 minit baru ada ragutan. 

Disebabkan arus yang terlalu perlahan, tekong mengajak kami memancing di Selat Mat Zin. Dalam perjalanan, kami singgah di tiang peken berhadapan dengan westport. Nah, disini drag mencicit bunyi ditarik jenahak dalam anggaran size 1 kg. Tarikan ikan sangat mengasyikkan. Alhamdulillah rezeki. Namun, hanya sekor sahaja yang sudi. Barangkali kumpulan jenahak sekadar singgah sekejap di dasar tiang peken.

Bila keadaan beransur sunyi, kami terus menuju ke Selat Mat Zin. Arus dan alun menyebelahi kami. Cun sangat untuk memancing. Kami berhenti di beberapa spot sepanjang pintu masuk Selat Mat Zin ni. Di sini, kami memperoleh seekor kerapu dalam anggaran saiz 1.5 kg. Umpan hanya dilontar ke bawah bot sahaja. Sudah rezeki, Alhamdulillah. Bila dikenang balik, saiz mata kail tak padan langsung dengan saiz ikan. 

Di selat ini juga, kami sempat mencuba di kawasan reba yang menjadi port mengendap ikan kayangan Langkawi, Sang Barramundi @ Siakap Putih. Aku boleh cakap kawasan nya sangat cantik di persimpangan tiga dengan dasarnya dipenuhi reba-reba yang menjadi kediaman ikan. Di sini, kene pantas dan cepat , kalau tidak memang kail akan sangkut. Di port ni, kami memperoleh tetanda, gelama papan, ikan sebelah.

Bagi mengakhiri trip, kami berteduh sebentar di warf simen. Mana lah tahu ada rezeki kurau makan petang. Namun, hajat tak kesampaian, sang kurau tidak kunjung tiba. Kami bertolak balik.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Aku boleh katakan hasil agak meriah. Cuma tidak banyak yang mega. Spot target sekitar westport kurang membuahkan hasil disebabkan arus yang terlalu perlahan. Takpe, next time insya Allah, boleh repeat lagi.


Total keseluruhan hasil. Cukup lauk sebulan.



Besar kerapunya










Tuesday, 30 November 2021

Family Day di Rakit Semilang

Rakit To'wan

Bayaran : RM300 (harga diskaun sbb family trip dan tak cukup 12 jam)

No contact : 60 11-5500 1179 (Boleh contact minta video dan gambar setiap rumah rakit)

FB : https://www.facebook.com/pages/category/Fishing-Spot/Rakit-To-Wan-311358852689100/

Lokasi Naik Bot : Jeti Telok Nipah, Pulau Indah

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang 

Tauke Umpan : En Arieman +60 12-696 3699 (kedai dalam kawasan jeti jugak)
                           (Boleh order ais skali)


Ini merupakan trip bersama famili. Tempahan dibuat sebulan sebelum kerana almost every weekend akan fully booked. Rezeki kami peroleh harga diskaun RM300 sahaja berbanding harga asal memandangkan trip suka-suka santai bersama keluarga dan masa yang available tidak cukup 12 jam.

Rumah rakit ini boleh dikategorikan sangat selesa. Bersih, selesa dan semestinya selamat untuk membawa keluarga menenangkan fikiran. Kedudukan rakit juga yang berada di kawasan muara sungai juga menyebabkan terlindung daripada angin kencang. Aku sendiri boleh cakap ini memang setakat ini adalah merupakan rumah rakit paling selesa aku pernah naik memancing.

Untuk memasak, pengunjung perlu bawa barang basah dan bekalan air bersih sendiri. Terdapat dapur gas, sedikit peralatan memasak (periuk, kuali), pinggan, mangkuk, cawan disediakan atas rumah rakit. 

Rumah rakit semilang ni 2 tingkat. Atas terdapat pelantar tertutup sesuai untuk dijadikan ruang solat dan ruang tidur. Rumah rakit juga direkabentuk secara ruang terbuka, jadi pengunjung memang tidak rasa panas.

Manakala untuk memancing pengunjung perlu bawa peralatan sendiri beserta umpan. Umpan boleh order dgn En Arieman (no contact yang di share di atas) atau boleh cari di Laguna Park. Ramai peniaga yang menjual umpan di situ.

Aku sendiri sediakan hampir 10 batang joran untuk kegunaan ahli keluarga memancing. Joran-joran dan mesin kekili yang aku bawa kesemua merupakan set-set biasa. Maklum lah majoriti yang datang baru 1st timer memancing. Perambut pulak, aku sekadar gunakan mata apollo. Hasratnya ingin kutip seberapa banyak lauk yang boleh di sambil suka-suka meneroka hobi memancing. Cuma agak kepenatan di awal pagi kerana terpaksa menyiapkan kesemua 10 joran memandangkan tiada yang reti setup pancing. Satu demi satu joran aku siapkan untuk kegunaan mereka. 

Tips bila guna apollo, letak umpan pada 3 mata paling bawah sahaja. Pendapat aku, kebanyakan masa, ikan hanya masa di dasar, so, hanya umpan yang paling bawah sahaja yang diragut. 

Pada waktu maghrib, kami pun menamatkan percutian rumah rakit ini. Alhamdulillah, masih ada hasil yang boleh dibawa pulang. Cubaan mencari ikan gred A kurang kesampaian. Hanya seekor anak kerapu yang sudi menjamah umpan. Sang senangin dan tetanda tidak langsung memunculkan diri. Spesies lain yang juga muncul adalah tetuka dan daun baru. Selainnya, diungguli ikan gelama. 



Serba sedikit lauk





Owner ada 4 rumah rakit:

2 rumah rakit yang 2 tingkat
Rakit Semilang
Rakit Senangin

2 rumah rakit yang 1 tingkat
Rakit Ania
Rakit 4

Boleh minta detail lagi pada contact yang dishare.










Wednesday, 27 October 2021

Kenapa Aku Menulis

 Kebanyakan tulisan aku adalah berkisar berkaitan trip memancing. Aku ingin kongsi segala pengalaman cetek yang aku ada berkaitan memancing terutamanya memancing laut.

Aku ingat lagi masa mula selepas grad tahun 2015, segala macam lubuk menebing just redah guna moto. Sanggup redah dari Pantai Dalam sampai ke Pulau Indah semata-mata untuk memancing. Ada lubuk yang senang akses, ada lubuk larangan, ada lubuk kene guna orang dalam untuk masuk. Macam-macam keadaan yang aku lalui untuk sampai sekarang ni kira reti jugak la memancing laut.

Aku sekarang ni dah jarang menebing, mostly akan spend lebih sikit untuk menyampan. Alhamdulillah, ada masa rezeki banyak, ada masa kumpau jugak. Walaupun kumpau, tapi tetap belajar perkara baru setiap kali trip.

Daripada setiap trip, aku belajar ikat perambut. Nak sebut macam2 - perambut Y @ perambut gantung, perambut apollo 2 mata, perambut batu hidup. Termasuk jugak ikatan seperti FG Knot. Ada la belajar melalui tekong, ada yang belajar melalui Youtube.

Passion dan minat itu mendorong aku untuk belajar dan kerap belajar. Untuk kata sama level dengan tekong, masih jauh sekali. Tekong hari2 turun ke laut, manakala aku sekadar turun paling kerap pun sekali sebulan sahaja.

Insya Allah aku akan terus berkongsi data dan info daripada setiap trip yang aku sertai. Harapan aku agar aku boleh guide newbie bagaimana untuk memancing laut. Memancing ni biarlah berhasil walaupun kecil kerana setiap hasil tu menggembirakan jiwa. 

"Kumpau itu pasti, strike itu rezeki"