Kelong Nazri Bagan Lalang
RM 50/ 12 jam
En Nazri :
Tempat naik : jeti di pantai bagan lalang( berhampiran pasar basah)
Demi meraikan kepulangan kawan dari Jogjakarta, Indonesia, aku merancang kali ini ingin menduga nasib di Kelong Bagan Lalang. Sebelum ini, sudah 2-3 kali menghubungi tuan kelong bagi menanyakan kelapangan kelong untuk ditempah. Kali ini, aku tekad agar ianya menjadi realiti. Umpan udang hidup semurah RM 0.40 dan RM 0.50 seekor boleh dibeli di pekan Sungai Pelek. Nama kedai , Wei Ann Trading berhampiran BSN Sungai Pelek. Kedai kecil sahaja.
Jam 6 ptg, kami tiba di jeti. En Nazri telahpun bersedia menunggu ketibaan kami kerana awalnya janji untuk naik jam 5 petang. Tapi terpaksa ditangguh atas urusan kerja sebelum itu.
Air sudah surut semasa kami tiba.Kami dibawa ke kelong menaiki bot. Tuan kelong agak ramah berbual bersama kami. Dimaklumkan 2-3 hari lepas, ada pemancing yang beroleh anak-anak tenggiri buat bekal bulan puasa. Perjalanan dari jeti ke kelong mengambil masa selama 10 minit. Cantik pemandangan di senja hari.
Sesampai sahaja di kelong, kami terus menyiapkan pancingan apollo bagi mencari umpan ikan hidup. Ikan favourite, ikan tamban hidup. Alhamdulillah rezeki dapatlah dinaikkan tamban hidup dan selar hidup. Kawan ak melompat dek kejayaan menaikkan anak tenggiri. Halus tapi namanya tenggiri tetap menghiburkan hati.
Malam menjelma, baru kami meneruskan aktiviti pancingan bottom atau dasar. Ikan pertama strike ikan gelama dalam anggaran berat 500 gram. Mengujakan bagi permulaan. Seterusnya ikan gelama kecil menggunakan perambut apollo berumpan. Namun, selepas itu kami berduka cita. Tiada sebarang ragutan ikan yang mengasyikkan.
Sehingga jam 4 pagi, kawanku menjerit ikan siakap meragut umpan. Namun hampa kerana ikan berjaya lari ke bawah kelong. Ahhhh....melepas. Baru hajatnya melihat siakap tunggal untuk dinaikkan.kami tertido sehingga pagi.
Pagi menjelma, kami kembali meneruskan pancingan apollo mengejar umpan tamban hidup. Alhamdulillah tidak mengecewakan. Hampir-hampir 50 ekor tamban berjaya dipancing.
Pancingan dasar masih lagi sunyi. Tiada sentapan penghuni dasar. Aku sangat kehairanan dan kebosanan menanti.
Agak-agak dalam tengah hari, pancingan direntap masih tidak sempat aku menyentap balas. Ikan terlepas. Tidak mengapa. Aku memasang umpan kembali dan melontar di lokasi sama.Alhamdulillah, ikan sebelah seperti kisah Nabi Musa, didaratkan. Rezeki laut stim.
Kami turut mengaut rezeki melalui pancingan apollo. Alhamdulillah, hasilnya 4 ekor anak talang dan 1 ekor cencaru berjaya ditangkap. Sungguh mengujakan buat trip kali ini.kawanku terlepas anak ikan barracuda dek ketajaman giginya memutuskan perambut apollo.
Jam 2 ptg, kami pulang ke darat. Trip apollo berjaya.
Monday, 12 September 2016
Wednesday, 31 August 2016
Kelong Nazri Bagan Lalang , Kawan Baru Tanpa Sangka
Aku tekad hujung minggu tersebut untuk naik ke kelong bagan lalang. Dengan harapan menggunung ingin menjerat penghuni dasar yang bisa memecahkan rekod peribadi setakat ini.
Umpan yang aku sediakan ialah perumpun(tempah pada tuan kelong), udang hidup(dibeli di pekan sg pelek) dan ikan hidup(apollo di kelong).
Modal untuk trip kali ni dikira agak b3sar buat aku seorang. Aku gagahkan diri membeli seberapa banyak apollo untuk memudahkan pencarian umpan hidup(apollo kertas) dan kolam untuk memanjangkan umur umpan hidup. Tips daripada kawanku, tamban akan hidup lebih lama dalam kolam. Terbukti semasa trip bersama kawan-kawanku menduga nasib di bawah jambatan pertama Pulau Pinang.
Awal dalam kol 10.30 pagi aku sudah menunggu di jeti bersama seorang lagi pemancing. Lagaknya seumpama pemancing berpengalaman. Hasil sekilas pandang pada peralatan memancing yang dibawa.Bolehlah dijadikan teman memancing dan kawan baru. 1 trip 1 kawan baru. Lebih kurang jam 11 pagi, bot bergerak dan menuju ke kelong.
Tatkala sampai di kelong, kelihatan 1 kumpulan pemancing sudah bersedia untuk pulang. Rezeki kami untuk mancing sepuasnya sementara menunggu petang kerana dimaklumkan akan ada beberapa kumpulan pemancing lain yang akan bermalam bersama di atas kelong.
Saat kami tiba di kelong, air laut sedang gerak pasang. Hujung minggu ini air masih dalam keadaan pasang kecil, masih sesuai untuk memancing dengan tenang. Segala peralatan disediakan. Terutamanya kolam untuk umpan hidup. Letih jugak kalau datang seorang bilamana terpaksa mengangkut air laut dari tangga ke atas untuk memenuhkan kolam.
Berbekalkan umpan yang sedia ada iaitu perumpun dan udang hidup, aku melontar beberapa joran. Moga-moga ada penghuni dasar yang sudi meragut umpan. Pada masa yang sama, aku bersungguh mencari tamban menggunakan mata apollo. Dukacitanya, tamban agak kurang berbanding sebelum ini. Cuma ada beberapa ketika mata apollo ku diragut kuat sehingga putus.
Terpaksa la menggunakan beberapa apollo untuk terus mencari umpan hidup. Maklumlah kekuatan perambut apollo jualan di kedai sangat lemah. Baru 15 ke 20 paun.Tidak mengapa bukan rezeki.
Sampai ke petang, ragutan ikan sangat hambar. Hanya kawan baruku yang berjaya menaikkan ikan sebelah. Aku, hanya menaikkan anak talang menggunakan perambut apollo. Saja layan.
Sehingga petang, dalam waktu senja, en faris penjaga kelong mengajar aku dan rakanku mencari anak tenggiri. Mudah. Pelampung dan perambut setengah depa berumpankan hirisan tamban. Baling di lokasi anak ikan berkumpul. Teknik ni hanya boleh digunakan ketika hari masih cerah. Rezeki kami 10 ekor anak tenggiri , 1 ekor ikan todak. Katanya todak sedap, isinya lembut.
Apabila malam, keadaan lagi suram dan muram. Aku hanya mengisi masa berehat sepenuhnya. Recharge the energy.
Keesokan pagi, aku teruskan mencari anak tenggiri. Rezekiku beroleh tambahan 2 ekor. Pancingan dasar hanya diragut anak gelama serta anak gerut.
Tengah hari ahad baru aku pulang ke darat. New knowledge, new friend, new experience. Yang penting, SYUKUR dengan rezeki kurniaan Tuhan.

Friday, 5 August 2016
Rumah Rakit Wak Kadir, Sg Kembong
Raya menjelma, Alhamdulillah, bolehlah kembali aku memancing di siang hari. Jika kehausan, boleh meneguk air menghilangkan dahaga. Jika kelaparan, boleh menjamah makanan agar perut tidak berbunyi.
Trip kali ni sebagai trip mencari lauk. Matlamat utama semestinya memperoleh gelama sebanyak mungkin. Buat bekalan makan mengharungi penghabisan bulan sebelum tarikh gaji.
Aku naik agak lambat dek kawanku mempunyai urusan untuk diselesaikan sehingga tengah malam. Terlelap aku sementara menunggu panggilan.
Sesampai di rumah rakit, sudah ada pemancing lain yang turut datang mencuba nasib seperti kami. Kelihatannya mereka seakan pemancing profesional melalui pemerhatianku kepada set mancing dan ikatan perambut. Tidak mengapa, sambil berukhwah, sambil menambah ilmu.
4 joran yang aku pertaruhkan. Semestinya salah satunya menggunakan perambut apollo. Mudah memakainya untuk menambah laut tangkapan.
Malam itu, getuan ikan kurang menggalakkan. Tetapi, masih lagi ada yang sudi menjamah umpan yang dihidangkan. Beberapa anak gelama terjerat dengan matakail yang kami pasang.
Rezeki kumpulan pemancing yang satu lagi berjaya meragut gelama pisang. Besar juga lah untuk seekor gelama. Pertama kali juga melihat saiz gelama sebesar itu.
Sampai ke pagi, getuan ikan semakin berkurangan. Bila matahari mula naik dan persekitaran semakin mampu dilihat pandangan mata, tanpa getuan, pancing perambut apollo ku berjaya memerangkap 4 ekor ikan sekaligus. 2 ekor tetanda, 1 ekor daun baru, 1 ekor anak gelama. Muka sudah ada senyum. Sangat bersyukur dengan pemberian Tuhan.
Kami masih meneruskan aktiviti mancing. Pagi itu air surut dan pasang bila beransur petang. Anak-beranak berbangsa India pula mengambil giliran kumpulan pemancing semalam.
Tiba-tiba, joran rakanku, diragut kuat. Kuat juga tarikan ikan. Bila semakin hampir, dilihat seekor belukang, anggaran berat 1 kg berjaya dinaikkan. Pengajaran memasak spesis tersebut sebelum ini membuatkan aku memberikan ikan tersebut kepada pemancing India tersebut. Kata mereka sedap dimasak kari. Di luar bayangan aku melihat ikan tersebut dimasak kari. Biarlah mereka makan, rezeki mereka melalui tangkapan aku.
Ada juga beberapa kali, umpanku diragut tatkala arus bergerak laju. Namun, rabut dan ikan terlepas. Sudah bukan rezeki.
Pada waktu senja, baru aku dan rakan bergerak pulang. Hasil yang kurang kuantitinya tapi kami tetap berpuas hati. Tidak letakkan sasaran hasil yang besar. Cuma sekadar memenuhkan tong untuk dibuat lauk. Jarang sekali aku pulang kosong di rumah rakit en kadir.
]

Angler's Resort, Misi Pertama
Angler's Resort, Pulau Indah, Klang
Lama sudah menanti untuk mencuba nasib di lokasi. Terletak di hujung tanah Pulau Indah dikenali sebagai Pantai Acheh. Jalannya masih bertanah dan berpasir. Permukaan yang berlubang dan berlekuk menyukarkan kereta-kereta sedan untuk menuju ke lokasi.
Pertama kali ke sana ialah semasa pertama kali aku mula menceburkan diri memancing laut di Pelabuhan Klang. Hasil pencarian di internet disamping perkongsian pemancing yang ditemubual, maka berhasillah penemuan dan penambahan port memancing yang baru.
Port ini menarik dan memberi hasil lumayan sewaktu air pasang besar. Beberapa kali cemburu melihat koleksi tangkapan ikan siakap di Kedai Osmando. Apabila ditanya, semuanya hasil tangkapan di Jeti Angler's Resort.
Pada malam itu, merupakan penghujung Ramadhan. Dalam kepala, hanya dianggap trip percubaan. Manalah tahu barangkali ada rezeki beroleh siakap gergasi. Encik Osmando turut menyertai aku dan rakanku bermalam di jeti.
Yuran memancing di jeti berdasarkan bilangan joran yang dipasang. 1 joran dikenakan bayaran RM 5. Aku dan rakanku mempertaruhkan 4 joran. Lebih banyak lebih baik, lebih besar peluang beroleh hasil yang besar.
Nyata pengalaman En Osmando sebelum-sebelum ini memberikan kelebihan. Beliau orang pertama ketika itu yang menaikkan ikan tetanda beranggaran berat 500 g. Teruja dan tercengang seketika melihatkan tangkapan beliau. Boleh tahan besar saiznya.
Kemudian, suasana sunyi sehingga pancing perambut apollo aku berbunyi dan tersangkut seekor tetanda dan seterusnya sekali lagi menjerat seekor semilang. Rezeki di mata apollo. Comel pun comel la. Janji rezeki di bulan Ramadhan. Selepas itu, tiada sebarang ragutan ikan lanjut sehingga ke pagi.
Dikongsikan oleh pemancing lain, ikan-ikan besar akan rapat ke pantai berbatu bagi mencari isi tiram. Sebab itu saya sesuai memancing di jeti tersebut tatkala air pasang besar. Cuma perlu diingat, teknik balingan perlu mengikut arus agar tak sangkut disebabkan jika berlawanan, arus pasti menghanyutkan umpan dan batu ladung.
Next time, next trial. Mudah-mudahan tetanda sebesar itu milikku. Amin.

Hasil tangkapan En Osmando
Saturday, 18 June 2016
Common Sense...........Hmmm
Perkara biasa tetapi menjadi luar biasa bagi yang belum terbiasa.
Buang sampah apabila penuh! Perkara biasa namun jadi tidak biasa buat orang bujang.
Tutup lampu atau kipas apabila tidak digunakan!
Perkara biasa namun menjadi luar biasa asal kaya(mampu bayar bil).
Sapu lantai jika dah berhabuk.
Perkara biasa namun menjadi luar biasa bila tak pernah pegang penyapu.
Lap kipas bila dah berhabuk.
Perkara biasa yang menjadi luar biasa asalkan angin kipas masih terasa.
Kehidupan manusia yang berubah dari kebiasaan dan berunjur daripada fitrah diri.Manusia tidak suka kekotoran dan bersepah.
Buktinya saat bekerja, dipastinya baju dan seluar bergosok, rambut disikat rapi, kasut berkilat memantul wajah kembali.
Tetapi, perubahan berlaku bilamana kondisi tempat menginap berkongsi bersama 5-6 orang lain. Jadilah, perangai ' memberi pahala' kepada orang lain seakan-akan sudah cukup pahala diri sendiri untuk ke syurga.
Jangan jadi seperti pahat dengan penukul. Diketuk, baru bekerja. Sukarelakan diri bertindak.
Buang sampah apabila penuh. Sapu lantai apabila berhabuk.
Common sense to be common in life again!!!
Sunday, 15 May 2016
Trip Kumpau di Lombong Puchong Perdana
Lama sudah tidak menduga lombong. Acap hujung minggu, pastu destinasiku ialah Pulau Indah, Klang. Tapi, berbeza ahad ini, aku cuma memendekkan tempoh dan jarak perjalanan, iaitu hanya ke Puchong.Sekali-sekala mencari hasil ikan darat. Selalunya aku akan pergi berseorangan, cuma untuk kali ini akan memberi pengenalan kepada 2 orang kawanku untuk merasai suasana memancing di lombong terutamanya di kawasan Lembah Klang kerana bukan mudah untuk menjumpai port lombong yang bersesuaian di kawasan ini. Alhamdulillah, aku menjumpai lombong tersebut hasil penerokaan aku seorang diri mencari-cari port memancing pada saat awalan aku tiba di Kuala Lumpur dahulu.
Selepas subuh, pada awal pagi lagi, kami sudah bertolak ke lombong. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit. Tips aku buat pemancing andai ingin mengenal pasti sama ada sesuatu lombong itu masih dihuni ikan-ikan gergasi ataupun tidak, datanglah buat tinjauan pada awal pagi. Jika ada banyak kocakan di permukaan air, bolehlah mencuba nasib, tetapi andai tiada kocakan, boleh diusahakan mencari lubuk yang lain. Ini sekadar pengalaman.
Ternyata bila saat kami tiba di lokasi, sudah kelihatan kocakan air di lombong. Ada yang kecil serta ada juga yang besar. Mengikut kata-kata orang lain, lombong tersebut kaya dengan spesis ikan patin. Aku sendiri pernah melihat seorang pemancing warganegara Indonesia berjaya membawa naik ikan patin. Pelbagai percubaan telah aku aturkan, namun masih belum berjaya sehingga kini. Gagal.
Nasib kami dikira agak malang pada hari tersebut dek kerana air lombong meningkat naik hasil curahan hujan pada malam hari sebelumnya. Tempat untuk melabuhkan joran jugak terbatas. Namun, berbekalkan semangat serta umpan dedak harum semerbak yang telah disediakan, kami teruskan niat ingin memancing.
Ternyata, rezekiku untuk menculik penghuni lombong tersebut gagal. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah umpan. Aku kira umpan yang sama turut aku gunakan semasa kecemerlanganku memancing di lombong-lombong semasa zaman belajar di perak dahulu. Begitu galak ikan yang meragut umpan. Kocakan ikan tetap mengasyikkan tetapi tiada yang sudi meragut umpan.
Kami menukar lokasi ke lombong yang berdekatan. Lombongnya pernah aku lintas tapi belum pernah diduga.Makanya, kami mencuba setelah mendapat maklumbalas ringkas daripada pemancing di situ. Ada spesis keli, rohu, tilapia dan patin. Namun, pemancing itu juga mengeluh kerana faktor cuaca dan air membuatkan ikan kurang galak meragut umpan.
Lama juga kami menunggu untuk ikan meragut umpan. Akhirnya, secara tiba-tiba, pancing disentap ikan. Tadaa....ikan tilapia merah. Kecil & comel. Jadilah, rezeki Tuhan untuk hari ni. Tak pernah dapat spesis tersebut sebelum ni, bolehlah buat lauk untuk rasa.
Dan, yang lebih mengujakan sebelum kami pulang, dengan keluasan lombong tersebut, tercetus idea oleh golongan tertentu untuk bermain kapal layar di tengah lombong. Seakan pakej terbaik pada lokasi berhampiran, tiupan angin yang kuat ditambah air beralun seakan ombak di pantai, memungkinkan aktiviti tersebut tampak begitu mengujakan. Nice idea, superb innovation.Brilliant activity on the weekend!!!

Thursday, 12 May 2016
Memancing di Rumah Rakit Sg Kembong, Pulau Indah
No contact
Wak Kadir : 019 2023979
CD : 016 3730190
Kos : RM 35/ kepala untuk 12 jam
Wak Kadir : 019 2023979
CD : 016 3730190
Kos : RM 35/ kepala untuk 12 jam
Kebetulan Isnin 2hb mei, cuti umum hari pekerja dianjak dari ahad 1 mei. Peluang menarik untuk memancing. Carta air pun menunjukkan 23hb which is tarikh yang dikira sesuai untuk memancing. Air dijangka air mati. Arus laut terutamanya di muara tidak kuat menyebabkan tiada keperluan menggunakan batu ladung bersaiz gergasi. Rezeki.
Survey punya survey, aku beroleh nombor Rumah Rakit Sungai Kembong di Pulau Indah, Klang. Bila ditanya, yuran agak mahal. RM35/kepala untuk 12 jam. Mahal jugak. Namun, kerana nekad, ku gagahkan jua.Mencuba nasib sekali sekala, apa salahnya.
Ahad pagi sebelum subuh, aku telah bergerak ke Sungai Kembung. Lebih dekat berbanding Bagan Lalang. Tidak sampai sejam, aku sudah tiba di jeti.
Selesai urusan membeli umpan udang hidup, aku dibawa ke rumah rakit. Kebetulan bila sampai, sudah ada 2 org pelancong Cina dari China sedang memancing. Bagai ayam dengan itik, masing-masing tidak dapat berbicara dalam bahasa yang sama. Gembira berjumpa, hampa tidak dapat bermesra.
Nice timing, aku berpeluang mendapat 1 cycle air pasang surut. Pasang sebelah pagi, surut sebelah ptg.
Ikan pertama dinaikkan anak gelama. Paling aku suka, gelama di sini akan besar juga. Berpeluang juga seekor anak ikan malong memakan umpan ku. Badannya licin berkilat berbanding bila besar, badan berwarna kuning.
Ikan galak semasa air pasang dan awal hendak surut. Bagiku berbaloi dengan duit yang aku belanjakan. 10 ekor gelama dan 1 ekor anak gerut. Trip x kumpau. Pengajaran lepas telah aku praktik. Kali ni, aku bawa ais bersama. So, ikan yang diperoleh masih segar sampai di rumah.
Jam 7 ptg bilamana sudah senja, aku pulang ke darat.
Memancing ni sangat menguji sabar.
Memancing ni sangat menguji keyakinan pada rezeki Tuhan.
Bersabar menunggu ikan memakan umpan.
Redha dengan rezeki yang diberi walaupun tidak menepati hasrat hati.
Ni kali lain. memang pesta gelama.
Wednesday, 11 May 2016
Memancing di Rumah Rakit Bagan Lalang
No contact Owner
Wak Nasir : 019 2699924
Harga : RM 30 / kepala
Wak Nasir : 019 2699924
Harga : RM 30 / kepala
Rabu terdetik aku untuk pergi mencuba nasib di rumah rakit. Sebelum daripada ini, sudah banyak rumah rakit yang ditinjau. Telok Gong Klang , Kelong Pozi Kuala Lukut, Kelong Greenway Pulau Ketam dan rumah rakit Bagan Lalang ni. So, keputusan diambil untuk cuba muara Sungai Sepang plak setelah bosan dengan hasil di Pulau Indah, Klang yang kurang memuaskan. Alhamdulillah, lepas kol, dimaklumkan ada kekosongan dan boleh menempah umpan( perumpun & udang hidup). Harga udang hidup adalah RM 0.70 per udang. Murah la jugak. Harga standard.
Sabtu tgh hari, aku dan 2 org kawanku bertolak ke jeti wak sempo. Kami akan menaiki bot di situ untuk ke rumah rakit.Perjalanan hampir 1 jam setengah diambil dari KL ke jeti wak sempo. Kena pandai-pandai jugak pilih jalan yang kurang tol untuk mengelakkan kos bertambah.
Sejurus sampai di jeti Wak Sempo, kami dibawa ke Rumah Rakit. Rumah Rakit yang dituju ialah yang lama kerana yang baru sudah dinaik dan ditempah orang lain. Sekali imbas nampak usang, dua kali imbas , sesuai la untuk memancing. Ada tandas, bekalan air bersih, dapur memasak, bekalan elektrik. Dinasihatkan untuk anak muda, bawa la laptop atau gajet yang bersesuaian agar tidak kebosanan menunggu cuitan ikan.
Peralatan mancing dipersiapkan. Mujur tali perambut sudah siap disediakan. Kerana saat kami sampai, air sudahpun mula beransur surut. Mengikut pengalaman, waktu air surut, air kurang memakan umpan.10 minit bersiap siaga, maka umpan pun dilontar ke tengah muara sg sepang. Harap-harap ada la ikan yang sudi menjamah umpan.
Namun hampa buatku. Walaupun aku yang melontar umpan dahulu, namun 2 orang kawanku yang terlebih dahulu menarik ikan. Gelama dan seekor ikan yang tidak dapat dikenal pasti spesisnya. Boleh la saiz yang naik. Asal x membangau dan kumpau seperti kebiasaan.
Bila malam hampir menjelma, bila ditarik pancingku, terasa berat. Terasa ikan sudah terjerat. Naiklah ikan pertamaku untuk trip kali ini. Gelama selebar 4 jari.Alhamdulillah syukur.
Tak lama lepas itu, aku ingin menarik pancing hujung yang berumpankan udang hidup. Bila ditarik, terasa berat. Tapi seingatku, loceng tidakpun berbunyi tadi. Bila ditarik, seekor ikan ala-ala ular , ikan malong anggaran berat 1kg, dibawa naik. Yezza, itulah spesies yang kami cari.
Seterusnya, aktiviti memancing sunyi sepi tanpa cuitan pada umpan. Kami terlelap dan tidur dalam teratak yang ada.
Pagi keesokan harinya, aktiviti memancing diteruskan. Namun, akibat cuaca yang mendung, cuitan ikan sangat kurang menggalakkan. Selang beberapa jam, hanya beberapa ekor ikan gelama yang dinaikkan. Bukan rezeki untuk dapat ikan besar.
Dalam lepas zohor, kami bersiap untuk pulang. Akibat kecuaian ku tidak membawa ais, hasil pancing kami menjadi busuk. Terpaksa dibuang. Nasib baik ada pemancing lain yang berkongsi rumah rakit ais. Peringatan buatku untuk trip-trip akan datang.
Tak kumpau , tak membangau, boleh lagi dicuba pada masa akan datang. Rumah Rakit Bagan Lalang checked!!!
Ikan Malong
Gelama
Hasil keseluruhan. ada yang terpaksa buang sebab dah busuk.(lupa bawa ais)
Tuesday, 3 May 2016
Pertandingan Memancing di Tasik Bandaran Kelana Jaya
Poster yang menggamit minat secara spontan. Hadiah tidak berapa lumayan namun minat atau perasaan ingin mencuba nasib atau beradu tuah badan membuat diri ingin menyertai pertandingan tersebut. Dikhabarkan penyertaan adalah seramai 500 orang. Terbayang di benak fikiran, bagaimana ingin memancing 500 orang di tasik yang kecil ini? Sudah terang lagi bersuluh akan sangkut dengan tali pemancing lain. Perkara yang sudah pasti ingin dihindari oleh para pemancing.
Aku pernah mencuba menyertai pertandingan memancing sebelum ini. 2 kali di UTP anjuran komiti Pesta Konvokesyen. 2 kali percubaan yang gagal. Pertama, hanya ikan kecil yang dinaikkan manakala yang kedua, hanya menunggu seperti bangau tanpa cuitan sebarang ikan.Aku berharap kali ini sinarnya makin cerah kerana sudah lama aku tidak mengunjungi lombong atau kolam air tawar untuk memancing. Hampir-hampir 4 ke 5 bulan semenjak terjebak dengan pemancingan air masin.
Umpan yang ringkas sahaja yang aku pertaruhkan kali ini. Roti gardenia bercampur umpan ulong berperisa pandan. Tidak sempat untuk menyediakan ramuan yang lebih lengkap dek kekangan kerja di pejabat.
Pagi sesudah solat subuh, kami terus bergerak ke lokasi pertandingan. Darang awal dengan harapan rezeki lepas subuh tidak terhalang di samping semangat membuak-buak ingin memiliki hadiah tempat pertama tunai RM3000.
Perkara pertama, beramah mesra dengan orang kanan dan kiri. Tujuannya, agar sebarang masalah semasa memancing nanti seperti silang tali mudah diselesaikan. Mujur Alhamdulillah, pemancing kiri dan kanan mesra. Halangan pertama berjaya diselesaikan.
Tepat jam 8.30 pagi, pertandingan bermula. Berterbangan tali-tali pancing ke dalam tasik. Ada pancing pantai, ada tepi tebing, ada yang atas bukit. Mana mungkin boleh mancing dengan selesa dalam situasi sebegini. Menyesal dah tak berguna. Mungkin next time, boleh pertimbang balik keluasan tasik untuk disertai sama ada terlalu padat atau tidak.
Setengah hari tanpa sebarang cuitan ikan. Hambar dan mengecewakan. Tapi, sekurangnya aku dapat merasa situasi pertandingan memancing di ibu kota kuala lumpur. Dengarnya, pertandingan akan dijalankan secara pusingan bagi setiap taman tasik yang ada di sekitar Kuala Lumpur.
Membangau dan kumpau.

Tuesday, 8 March 2016
Kembaraku Di Nanggroe Acheh Darussalam
Nanggroe Acheh Darussalam.
Negeri jauh di hujung utara tanah Indonesia dalam kepulauan Sumatera. Acheh pernah menggegar dunia dengan bencana tsunami 11 tahun dahulu yang mengorbankan beribu-ribu nyawa. Sehinggakan geografi yang dahulu sudah sedikit berubah dengan apa yang terdapat pada hari ini.
Inilah Acheh di dalam peta.
KLIA 2 VS Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda
Berbeza skali. Mungkin pada status lapangan terbang. Namun, firasatku, Lapangan Sultan Abdul Halim Shah, Kepala Batas , Kedah jauh lebih gah dan sibuk. Mujur urusan imigresen berjalan lancar tidak seperti trip tanpa rancang ke Betong, Thailand gagal 2 minggu lalu akibat tarikh luput passport tidak sampai 6 bulan. Titik permulaan kembaraku di bumi orang bermula.
Ramai juga warga Malaysia yang menuju ke destinasi yang sama. Dari pandangan atas angin, daratan Acheh kelihatan seumpama Negeri Jelapang Padi dengan kehijauan petak-petak sawah. Diserikan dengan kebiruan air laut yang pastinya memukau dan menyejukkan mata yang memandang.
Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda
Agak ramai orang yang menaiki kapal terbang yang sama. Kelihatan beberapa orang Malaysia turut serta tetapi kebanyakannya warga Indonesia yang kemungkinan ingin pulang ke kampung halaman. Kalau perasan, warga Indonesia jika berada dalam kelompok yang besar dan ramai, mereka akan begitu riuh bersembang sesama mereka. Itu menjadi tanda kemesraan mereka sebagai pengembara di tempat orang. Menarik untuk dikaji kerana kita dan mereka adalah serumpun cuma dibezakan oleh sempadan geografi.
Pelabuhan Ulee Lheu
Perjalanan 30 minit menaiki servis teksi lapangan terus ke pelabuhan. Lebih mudah kerana perjalanan tidak melalui bandar Aceh yang agak sibuk. Berhampiran dengan pelabuhan, pengunjung berpeluang melihat kebiruan lautan di bahagian pantai. Biru yang sebirunya berbeza dengan lautan di selat melaka. Cantik memang cantik tetapi amat bahaya untuk dijadikan kawasan mandian kerana ombaknya yang menderu deras dan lautnya yang agak dalam walaupun di bahagian pantai. Di pelabuhan, walaupun nampak usang dan kurang terurus, mungkin perlu diberi pujian ialah pihak pengurusan masih menyediakan servis internet tanpa wayar(wifi) percuma. Peluang yang menarik untuk dimanfaatkan oleh pengunjung luar negara sepertiku.
Nasib yang baik pada tanggal Maulidur Rasul, aku masih berpeluang memiliki tiket feri ke Pulau Weh. Pada saat sampai di pelabuhan pun, kaunter tiketnya sudah tutup, diulang arahan untuk beli pada hari berikutnya. Mujur masih ada insan budiman dengan panggilan Putera sudi membantu. Tiket didapatkan pada saat feri ingin berlepas walaupun tanpa tempat duduk khas. Tidak mengapa. Peluang duduk di bahagian atas feri lebih menarik perhatian kerana penumpang berpeluang melihat keindahan lautan pada saat mentari ingin terbenam. Peluang yang pastinya tidak boleh dilepaskan.
Pantai berhampiran pelabuhan
Pelabuhan Ule Lheu
Perkhidmatan Wifi di pelabuhan...unik
Pemandangan Laut di waktu senja
Pulau Weh
Di Pulau Weh, ada banyak juga lokasi menarik untuk dilawati. Pulau ini tidaklah semoden Pulau Langkawi, Kedah, namun ia menyajikan pandangan air laut yang menggoda setiap mata yang memandang. Air yang bersih dan jernih dengan peluang menghayati kecantikan batu karang yang terpaku jauh di dasar menarik pandangan mata.
Pengunjung juga berpeluang berada di titik paling hujung di tanah Indonesia iaitu Titik Kilometer Nol. Perjalanan ke sana agak jauh dari pekan Sabang di samping keadaan jalan yang agak merbahaya dek laluan yang sempit di kawasan tinggi. Mungkin perlu dilaksanakan pelebaran jalan pada masa hadapan. Jika berkeinginan untuk snorkeling atau mandi pantai, boleh berkunjung ke Pantai Sumur Tiga atau Pantai Iboih. pasti memberikan kepuasan. Hampa sedikit buat aku kerana terlanjur mengirim tiket pulang kepada supir semalam. Kesannya, rencana pusing-pusing pulau terpaksa dipendekkan sedangkan masih banyak lokasi belum dilawati. Lebih mengecewakan, kami dimaklumkan bahawa tiket ferinya sudah dibeli sedangkan hakikatnya baru ditempah di jeti. Kekecewaan kedua.pasti ada hikmah yang tersembunyi. Perlu diulang kembara ke sini supaya semuanya bisa dilawati.
Terminal feri Pulau Sabang
Suasana lokasi tempat menginap di Pulau Sabang. Area rumah Kak Sally
Kejernihan air di Pulau Sabang
Pantai yang menenangkan jiwa
Tugu I Love Sabang
One of the beautiful scenery there...wow!!!
Tugu Kilometer Nol (0)
Salah satu pantai di Pulau Sabang
Kembali ke Banda Acheh
Setibanya di Pelabuhan Ulee Lheu, kami terus membuat tempahan hotel melalui internet agar tragedi menumpang di rumah orang tidak berulang. Serik dan rasa kurang selesa walaupun tuan rumah mesra dan menerima kedatangan kami sebaiknya. Bluecoral hotel, hotel murah yang sesuai dengan bajet perjalanan. Cuma kurang memuaskan kerana hanya ada satu soket untuk menghidupkan kipas dan mengecas telefon. Bilik pula agak panas kerana rekaannya yang seakan-akan sebuah kotak yang besar. Supir dari lapangan terbang yang sama membawa kami dari pelabuhan ke hotel. Ditawarkan kepada kami servis pengangkutan bersiar-siar ke lokasi menarik sekitar banda acheh. Harganya 600,000, dan ditambahnya lagi perjalanan selama satu hari, kerana turut melibatkan perjalanan ke Loknga, tempat utama bagi menyambut Hari Tsunami. Kami setuju kerana mudah kira. Lagipun, kami merasakan ianya berbaloi memandangkan perjalanan panjang.
.Tingginya air semasa tsunami sehingga sebuah kapal nelayan boleh terdampar di atas bumbung sebuah rumah. Kapal itu dicat dan dijadikan kawasan tumpuan buat pengunjung melihat dan menggambarkan kedahsyatan tsunami 11 tahun dahulu. Namun, keberadaan kami di sana hanya sebentar kerana hari itu adalah hari tsunami, hari berduka buat seluruh orang Acheh. Pagi-pagi, orang ramai akan berkumpul di masjid sambil beribadah bagi memperingati kedukaan bencana tsunami. Amalan yang baik agar kita sentiasa beringat akan kebesaran Tuhan.
Kapal JMTD
Di lokasi ini, pengunjung dapat melihat sebuah kapal seberat 4.2 tan boleh terhanyut sepanjang 10km bagi menggambarkan kederasan pukulan tsunami. Saiz kapal memang agak besar. Namun, hampa lagi buat kami kerana lokasi ini ditutup seharian kerana menghormati 26 Disember sebagai Hari Tsunami. Nasib baik pagarnya adalah pagar jaring, kami masih sempat melihat kapalnya dari jauh. Terdapat juga pengunjung yang bernasib malang seperti kami dihampakan dengan hakikat lokasi ini ditutup.
Muzium Tsunami
Nasib menyebelahi kami kali ini. Muzium dibuka tanpa sebarang bayaran dikenakan. Muzium ini lebihnya pada paparan semasa bencana melanda, misi penyelamatan, keadaan geografi. Ada sudut khas dilekatkan nama-nama orang yang terkorban semasa bencana. Muzium ini baik pembinaannya kerana di sini orang asing menjadi lebih mudah faham akan peristiwa tsunami. Pengunjung turut berpeluang menonton wayang ringkas berkaitan kejadian tsunami. Tragedi dahsyat yang mengingatkan hamba akan hakikat kebesaran-Nya.
Seharusnya perjalanan diteruskan ke Loknga bagi melihat sambutan Hari Tsunami besar-besaran, tetapi supir enggan dengan alasan laluan ke sana sesak kerana acaranya agak gilang-gemilang dengan kehadiran Presiden Indonesia, Jokowi Widodo. Kami masih merayu akan perjalanan ke sana masih diteruskan. Supir seakan setuju tetapi akan bertolak selepas waktu zohor. Makanya, kami mengambil peluang menziarahi Masjid Ibadurrahman.
Masjid Bandar Aceh
Masjid utama di acheh. Cantik dan tersergam indah serta menjadi lambang kemegahan aceh. Tapi, sayangnya masjid berada dalam proses pembinaan. Khabarnya, di sekitar masjid akan dibina payung gergasi seperti yang terdapat di Masjid An- Nabawi Madinah. Pastinya lebih menambahkan keindahan masjid selepas ini. Menurut cerita supir, semasa tsunami, air naik setinggi lantai kedua bangunan kedai di kawasan luar masjid sedangkan dengan kuasa Tuhan, masjid langsung tidak dimasuki air. Kekuasaan Tuhan yang menambah pening buat yang tidak beriman namun meneguhkan lagi keyakinan mukmin kepada keagungan Tuhan.
Selesai solat, berita duka menyambut kami. Supir enggan ke loknga. Dengan alasan yang masih sama iaitu laluan sesak. Dibawanya kami langsung ke Hotel Palembang. Hotelnya lebih selesa berbanding yang semalam pada kadar harga yang lebih rendah. Kelebihan hotel palembang ialah ia berada di tengah-tengah ibu kota aceh. Mudah untuk meninjau barang-barang cenderahati untuk dibawa pulang serta merasa pelbagai makanan enak yang terjual.
Paling memeranjatkan kami, bilamana supir membuka bonet kereta, sudah nampak beberapa beg kepunyaan pelancong lain dalamkereta. Patutlah supir begitu enggan untuk ke Loknga. Janji dalam janji. Apa boleh dibuat. Lebih menyakitkan hati, bayaran masih dikekalkan pada harga sama 600,000 rupiah. Rugi dan berduka menjadi kesimpulan hari ini. Ku sangkakan kopiah itu syarat keikhlasan membantu, rupanya ia sekadar wayang peragaan diri. So, jalan-jalan sendiri saja.
menu makanan tengah hari di bandar aceh. sedap dan mengancam...nyum.nyum!!!
Malam dan pagi keesokan harinya, kami meninjau-ninjau gerai di sekitar bandar acheh untuk dibelikan cenderamata atau cenderahati sebagai penghargaan dan kenangan. Banyak juga kedai yang disinggah. Cuma secara am, Acheh terkenal dengan keunikkannya pada beberapa benda :
A) Batik - cantik, murah, banyak pilihan
B) kopi - sedap, kaw, murah
B) kopi - sedap, kaw, murah
Bas ke Medan
Perjalanan pada waktu siang menyajikan pemandangan pergunungan yang indah. Hijau dan segar mata memandang. Jam 3 petang bertolak dari acheh dan tiba di medan pada jam 7 pagi. 16 jam perjalanan. Sungguh memenatkan dengan kebocoran pada atap bas menyebabkan aku kebasahan. Malang tak berbau. Nasib baik disediakan selimut, boleh lah dipakai untuk berlindung daripada kebasahan.
Medan
Bandar medan lebih maju berbanding Aceh.Kalau dikira kemajuan, boleh dikatakan hampir sama dengan bandaraya Kuala Lumpur. Keretapi, restoran makanan segera, bangunan pejabat, pasaraya dan sebagainya yang mencengkam langit menjadi simbolik kemajuan medan.
Rencana asal gagal iaitu untuk menaiki kereta api menuju ke Tanjung Balai Asahan kerana sudah kehabisan tiket. Plan B, flight tetapi agak mahal. Tibalah pada plan C, menaiki van.
Beca dihentikan dan kami dibawa ke tempat menunggu van. Tetapi, lokasi yang dituju bukanlah yang lokasi yang sepatutnya. Terdapat banyak van tetapi semuanya adalah van transit ke terminal Amplus. Kami ditipu oleh beberapa anak muda yang meyakinkan kami terdapat tiket menuju ke Tanjung Balai Asahan. Kami dibawa naik sebuah van dan masih dalam lokasi sama, kami diperas ugut. Melayanglah 200,000 rupiah termasuk 60,000 rupiah yang dibayar sebelumnya sebagai duit tiket. Titik hitam di tanah orang. Kafarah dosa barangkali.
Kami dibawa ke Terminal Amplus. Disitu, kami membeli tiket ke Tanjung Balai Asahan. Perjalanan menaiki van yang agak kecik dan menyesakkan sangat memeritkan. Tapi, syukur selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Kini, hanya laut Selat Melaka yang memisahkan kami dengan Malaysia.
Tanjung Balai Asahan berada bertentangan dengan Pelabuhan Klang. Kami segera mencari tiket feri ke Pelabuhan Klang dan seterusnya mencaru penginapan. Malam akhir ini, kami raikannya dengan penginapan yang lebih selesa. Makanan yang dijumpa juga lebih membuka selera. Walaupun makanan ruji masih sama, namun selera rakyat Indonesia ternyata berbeza. Rehat yang panjang sementara menanti saat untuk pulang.
Tanjung Balai Asahan

Malaysia, Welcome Back
Pagi2 lagi kami sudah berkemas dan bersiap untuk pulang. Kami segera menunggu di pejabat penjualan tiket dan seterusnya akan dibawa ke pelabuhan Tanjung Balai Asahan. Pelabuhan yang kecil. Kelihatan begitu ramai warga Indonesia memenuhi ruang menunggu dan hanya terdapat beberapa warga Malaysia yang turut menggunakan khidmat feri yang sama. Perjalanan selama 6 jam cukup mententeramkan jiwa melihat lautan luas Selat Melaka. Dalam jam 6 ptg, kami selamat tiba ke tanah air tercinta, Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)