Thursday, 22 December 2022

BETING COMENG, BAGAN LALANG

Umpan : Udang Hidup Jala // Udang Mati // Udang Hidup Bela // Belanak Hidup

Muatan : 3 + 1 tapi ak pegi solo je

Bayaran : 

- RM200 (1 player)

- RM 300 (2 player) // RM 390 (3 player)

- RM 400 (4 player tp limited sekitar rumah api bagan lalang sahaja)

No contact : 011 - 3224 2488 Basri Jailan

Lokasi Jeti : Jeti Bagan Lalang (berhampiran dengan jeti ke kelong nazri & pasar bagan lalang)

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot 

Lokasi beli umpan :

Han Yang Trading (pekan Sg Pelek) 
- jual udang hidup (bela), udang mati(frozen), antara lokasi jual umpan udang hidup yang murah

Belanak Zul : 016-251 9065 
- Lokasi di Pasar Bagan Lalang. Mmg penjual ada jual hasil laut sekali, better booking dlu sebelum dtg, jual udang jala + belanak , harga sama semua RM1/sekor

Ini merupakan trip percubaan aku dengan tekong ni. 1st time. Banyak kali diracun dengan posting tekong di FB. Kebanyakan posting mempamerkan hasil yang menarik seperti gerong belang. Cuma pada tarikh yang aku telah book tekong, keadaan cuaca tidak menentu. Hujung tahun amat sinonim dengan musim monsun. Angin dan hujan bersilih ganti membadai lautan yang ingin diduga. Cuaca baik, boleh memancing juga adalah rezeki. Bukan setakat hasil yang lumayan jugak ditakrifkan sebagai rezeki.

Pagi, selesai mendapatkan umpan, kami bersarapan dahulu di kedai tepi pantai sekitar Bagan Lalang. Tujuannya, sambil2 belajar melihat cuaca dan keadaan laut dahulu sebelum bersetuju untuk turun ke laut atau sekadar meneruskan rutin di darat. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan,kami dapat turun memancing. Cuaca lebih baik berbanding hari sebelumnya. Hari sebelumnya dikhabarkan laut sangat bergelora sehingga membantut aktiviti nelayan tempatan mencari rezeki di lautan.

Lokasi yang ingin dituju semestinya lokasi hot tekong yang baru iaitu Beting Comeng. Namun, keadaan langit di pagi hari, belum boleh meyakinkan tekong untuk ke sana memandangkan lokasi tersebut agak jauh ke tengah dalam anggaran 7km dari darat. Kami menyinggah dahulu di Rumah Api Bagan Lalang dan Tubir berhadapan Avani Sepang Goldcoast. 

Kebiasaannya, Tekong Basri sekadar memancing di persekitaran Rumah Api Bagan Lalang sahaja. Walau bagaimanapun, semenjak ini, dikatakan air tawar telah memenuhi kawasan sekitar rumah api sehingga menyebabkan tamban yang menjadi penghuni tetap hilang daripada kawasan tersebut menyebabkan kesukaran untuk memancing. Tamban merupakan umpan killer bagi kawasan sekitar Bagan Lalang. Ketiadaan tamban menyukarkan sedikit hasrat pemancing untuk memikat sang monster.

Apabila cuaca bertambah baik, kami meneruskan perjalanan ke Beting Comeng. Bot mengambil masa hampir 30-45 minit untuk menuju ke sana. Sesampai di sana, kami disajikan boiling kawanan ikan yang dikejar sang pelagik. Suasana yang menaikkan adrenalin para pemancing. Apollo dilempar, tapi mungkin disebabkan arus yang agak laju, apollo kurang diragut ikan. Kebanyakkan hasil teknik apollo dijuarai tekong. Hasilnya boleh tahan selar kuning yang saiz lauk, anak2 talang serta sasaran utama sang gerang belang. 

Dengan berumpankan udang hidup jala, alhamdulillah, pancing aku dan tekong diragut sang talang raya. Ini merupakan kali pertama aku menahan asakan sang talang. Saiz juga boleh tahan dalam anggaran 3-4 kg. Kami berjaya menjerat 2 ekor ikan talang. Gamefish buat para pemancing.

Menjelang jam 4.00 petang, kami bergerak menuju ke spot berhampiran dengan darat. Spot pertama, kami berhanyut sekitar paloh. Mencari ikan2 yang sudi memakan umpan. Spot seterusnya kami bersauh di spot tubir, harapanya ingin cuba menjerat sang gubal. Tekong maklumkan lokasi ini merupakan laluan sang gubal. 

Alhamdulillah, walaupun gubal yang dicari tidak muncul, kami tetap dikurniakan rezeki sang semilang. Boleh tahan saiznya.

Menjelang senja, angin barat telah mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengganas, kami bergerak pulang.

Alhamdulillah atas segala rezeki Tuhan. Bersyukurlah dengan segala apa yang telah diberi.

Recommended tekong.

"Hasil memancing ni bergantung kepada ubudiah masing2"

Laporan tekong di FB:




Sunday, 4 December 2022

BERHUJUNG MINGGU DI KOLAM PANCING DANGAUKU, TAMAN TASIK SEMENYIH

Kolam pancing ini berada berhampiran dengan rumahku. Anggaran masa perjalanan dalam 5-10 minit. Kadang-kadang, aku cuma menunggang motosikal untuk ke sini. 

Tabiatnya, aku tidak bawa umpan ke sini. Aku cuma bawa sauk sahaja untuk cari umpan anak udang di gigi2 air. Bercambah anak udang di gigi air disebabkan sumber air kolam ni adalah daripada air bukit. Dengan sumber air bukit juga ikan dalam kolam ni tak hanyir dan sedap dimakan.

Di sini ada 2 buah kolam. Buat sementara waktu, aku hanya menduga kolam yang kecik sahaja. Umpan ku penah direntap ikan mega di sini. So, niat aku untuk repeat, manalah tahu ikan nak buka mulut kali ni.

Daripada pagi sampai tgh hari, cuma anak2 tilapia sahaja yang mengusik. Cuma ada rezeki tengok owner kolam menaikkan Baung Ekor Merah (B.E.M.) anggaran saiz 6kg berumpankan hati ayam. Dengan umpan yg sama jugak, owner berjaya mendaratkan ikan patin di kolam yang 1 lagi anggaran saiz 2 kg. Rezeki mata.

Dalam waktu zohor, joran jiran pemancing sebelah ditarik rakus. Suspek B.E.M. jugak. Namun, sayangnya, B.E.M. berjaya membawa tali joran ke ruang persembunyiannya dalam lubang di tebing kolam. Tali putus.

Seusai solat zohor, aku berpindah spot. Alhamdulillah, kali ni, giliran joranku pula ditarik kasar. Ikan berpusing-pusing di kolam dan akhirnya kembali ke spot persembunyian yang sama. Suspek yang sama B.E.M. Aku belum berputus asa. Aku membaling umpan di spot sama. Dan sekali lagi, joranku ditarik. Kali ni, aku cuba memaksa daripada sang ikan berjaya kembali ke tempat persembunyian. Namun, sayang plak kali ni, mata kail terlucut. Bukan rezeki untuk daratkan ikan tersebut. Sekadar rezeki tarik. Tidak mengapa, kolam dekat, nanti kita repeat lagi.

Aku dimaklumkan staff kolam, ramai pemancing berjaya mendaratkan ikan-ikan mega di kolam sebelah(kolam besar). Tongsan sisik kasar, liko, pacu telah berjaya didaratkan. Next time, aku nak cuba kolam besar pulak.

Sorry untuk posting kali ni tiada gambar tangkapan. Tilapia saiz2 besar kurang galak di samping ada yang aku bagi pada pemancing lain memandangkan pemancing tu memang niat cari tilapia.

Lokasi kolam :

https://waze.com/ul/hw282y1frf

Tuesday, 29 November 2022

JETI ARANG, PEKAN PORT DICKSON Lagi......

Jeti Arang, Port Dickson

Kali ini aku masih mengunjungi lokasi menebing yang aku rasakan sangat cantik untuk memancing. Lokasi pun agak tidak jauh daripada rumahku. Jeti Arang, Pekan Port Dickson. Jeti ni menempatkan boat penunda yang akan menghantar dan mengambil pekerja-pekerja dari/ke kapal di tengah lautan.

Ruang di jeti ini juga selesa. Cuma balingan umpan perlu mengikut arus. Apabila pasang, ramai pemancing akan tertumpu ke arah kiri jeti manakala apabila air surut, pemancing akan tertumpu ke bahagian kanan jeti. Umpan jika ada rezeki, dapatlah kutip tamban hidup menggunakan apollo kertas. Cuma tamban ni lebih meriah ketika air menyorong berbanding ketika air mati. Faktor kejernihan air turut juga memainkan peranan. Bilamana  air keruh, sang tamban kurang berminat meragut mata apollo. 

Oleh sebab itu, kebanyakan masa pemancing2 membawa jala sendiri dan menebar jala daripada atas jeti. Insya Allah, akan ada tamban yang terperangkap di jala.

Kali ni aku datang berbekalkan udang pasar (singgah beli di pasar PD) sahaja. Selebihnya, tawakal apollo cari ikan hidup. Disebabkan air keruh, tiada langsung tamban yang mengejar apollo. Aku hanya berjaya mengutip anak selar. Jadilah, asalkan boleh buat umpan.

Rezeki buatku, berbekalkan umpan selar hidup, umpan yang hulurkan ke bawah jeti, diragut ikan mentimun. Kira2 besar jgak la mentimun tu. Cuma agak kesian disebabkan masa naikkan ikan, terdapat gelang getah yang berada di kepala ikan. Mungkin gelang getah tu dah tersangkut lama pada kepala ikan tu. Alhamdulillah rezeki pertama. Ni ikan besar pertama yang aku pernah dapat di jeti ini.

Selepas itu, hanya menukar umpan sahajalah kerja aku. Ada juga pemancing2 lain yang beroleh sang jenahak dan serkut pada bahagian kanan jeti tatkala air sedang gerak surut. 

Bila tiba tengah hari, langit mendung dan hujan turut dengan sangat lebat. Memikirkan jeti ni boleh dianggap kawasan yang agak lapang, aku terus gerak pulang.

Next, akan cuba lagi.

Untuk trip kali ni, aku cuba buat eksperimen dengan meletakkan flasher pada mata kail (macam mata apollo bulu) sebagai penarik ikan. Teknik tersebut aku gunakan untuk menjerat sang mentimun. Namun, untuk pancing lain yang gunakan teknik sama, umpannya tidak berusik. Aku rasa perlu kekalkan teknik sama untuk menguji keberkesanan teknik tu dengan lebih lanjut.




Monday, 24 October 2022

JETI ARANG, PEKAN PORT DICKSON

Lokasi menebing baru untuk ku di sekitar PD. Kebetulan, 2-3 hari member upload gambar hasil tangkapan yang menarik.....jenahak, gerut2, ikan kuku. Jeti ni lebih dikenali sebagai jeti arang. Asalnya, jeti ni merupakan kawasan larangan, namun disebabkan kurang penjagaan, pemancing dibenarkan masuk asalkan tidak menceroboh masuk bot, mencuri barang2 dan sebagainya. Lokasinya agak menarik kerana kedudukannya yang agak ke tengah.

Aku ke sini berbekalkan umpan udang hidup dan udang mati. Niat sekadar mencari lauk. Kumpau itu pasti, strike itu rezeki. Jeti ini juga tidak terlalu jauh untuk jalan kaki. Untuk menaiki kereta, pemancing perlu park di luar sebelum palang dan jalan kaki masuk. Namun, jika menaiki motosikal, tiada masalah untuk menunggang sampai ke dalam.

Dua kali kunjungan aku ke sini belum membuahkan hasil mega. Bukan rezeki lagi. Tapi, yang menariknya, jeti ini dikunjung gerombolan tamban yang semestinya umpan terbaik di perairan PD ni. Dalam kunjungan tamban, pasti ada sang caping atau talang yang ikut serta. Aku cuma beroleh anak2 ikan karang sahaja seperti mentimun, ketarap, ikan toshiba, dan lain2.

Masa kunjungan kedua ku ke sini, pancingku disambar anak sang barakuda, hampir2 saja rod nak terjun ke bawah. Walaubagaimanapun, apakan daya, belum sempat dibawa naik, perambutnya putus dulu dek tajamnya gigi si kacang itu. Nnt aku repeat lagi.

Lokasi jeti



Hasil kunjungan kedua.....ada caping 


Pemandangan jeti

Nota:

Udang hidup ak beli di Taman Selayang, Teluk Kemang, PD. Jalan ke arah Pantai Koningam.

No contact Asmawi - 60 19-382 9851

Friday, 14 October 2022

TAMAN TASIK SEMENYIH LAKE

Lombong Taman Tasik Semenyih. Lombong boleh dikatakan agak luas dan bersambung dengan lombong besar bersebelahan dengan laluan ke Diamond City. Untuk memancing di sini, pemancing perlu berjalan kaki sedikit merentas tanah persendirian. Lokasi sangat cantik dan terbukti ikannya sangat banyak. Jika datang usha pagi2, bersepah kocakan air bermain-main di permukaan air. Cuma mengikut pemancing2 yang datang ke sini, ikannya tak ramah meragut umpan. Kebanyakan pemancing di sini sekadar menyembat menggunakan mata 3 untuk mendapatkan ikan.

Aku pun baru pertama kali mencuba di sini. Umpan hanya berbekalkan cacing tanah dan anak udang (sauk di tebing2). Hasilnya aku kumpau. Hanya ada skali sahaja strike. Tetapi, ikan masih berminat menjamah umpan kerana ada beberapa kali loceng berbunyi, namun bunyi sekadar segan2 sahaja.

Hasil yang diperoleh sekadar pemberian geng2 sembat mata 3. Penuh jaring ikan dengan tilapia hitam. Ada juga tilapia hitam saiz2 mega di sini. Geng pemancing cina pun ramai juga yang mencari ikan di sini. Kata mereka, ikannya sedap dan tak hanyir. Dikatakan, terdapat laluan air keluar masuk ke dalam lombong. Next time, aku repeat lagi.


Lokasi tasik yang dimaksudkan

hasil pemberian pemancing lain

Besar kan tilapia nya


Video pemandangan lokasi memancing



Thursday, 13 October 2022

KURAU PESISIRAN WESTPORT

Umpan : Udang Hidup Jala /  Pumpun Sarang (RM20)

Muatan : 3 + 1

Bayaran : RM500 termasuk umpan udang hidup jala

No contact : 017 - 651 7930 Bandot

Lokasi Jeti : Jeti Teluk Nipah, Pulau Indah

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot ll perambut

Nota : 

Boleh juga riki tekong untuk trip paloh, trip pantai - pari (depan westport)


Musim2 hujan yang tak menentu membuatkan aku untuk set trip di kawasan2 port klang sahaja dan kami memilih kawasan pesisiran westport. Trip ini boleh dikatakan selesa memandangkan spotnya redup2 dan terlindung daripada angin yang meniup. Trip ini juga sebagai meraikan seorang sahabatku yang baru sahaja selesai mendapat lesen setelah berehat 9 bulan daripada memegang rod pancing.

Trip ni kami kebanyakannya memancing di persekitaran westport sahaja. Ada yang redup dan ada juga spot yang berpanas. 1st time, ak book tekong yang sediakan perambut sekali. Tinggal masukkan mata kail dan batu ladung sahaja. Santai.

Apapun, rezeki kami tidaklah lumayan seperti pemancing2 lain. Ini kali, rakanku terlepas 2 kali ikan mega yang meragut umpan,Yang 1st, ikannya lucut ditengah jalan manakala yang 2nd, ikannya lebih pantas meloloskan diri dengan membawa tali masuk ke kawasan karang. Bukan rezeki. Pandai ikan nya memilih makan. Dimakan umpan pada joran dan pemancing yang sama je.....haha

Untuk trip sekitar westport, jangan lupa bawak bersama umpan perumpun. Boleh penuhkan tong kutip ikan gelama.

Next time, nak book tekong lagi untuk trip kapal karam atau paloh pulak. Kapal karam kene book time air kecik (air mati) manakala trip paloh (time air menyorong).

Jenahak....disangkakan ikan ni jugak yang telah kecewakan rakan ku

Ikan pertama di lubuk pertama....lesen mahal

Ini hasil ikan2 yang rare dan bergred ckit....selebihnya gelama, (x masuk gambar....haha)

KOLAM PANCING DANGAUKU, TAMAN TASIK SEMENYIH

Info berkaitan kolam. Info2 ni aku direct copy dan paste daripada whatapps owner kolam.

1. Kolam B Kolam Pancing Dangauku
Talapia
pacu
Patin
Lampam
Haruan
Keli
Haruan Ketutu/ubi
RM13/Kg

2. Ikan Lepas Balik (Induk)
Tongsan sisik kasar
Baung ekor merah
Jelawat

3. Waktu Operasi
9AM-8PM
0138733776 - AM
017-6289066 - Pak Ali

4. Harga Kolam Pancing Dangauku
Joran/RM10
Ikan Timbang RM13/kg

5. Umpan
 Dedak & Umpan Tiruan

Kebetulan aku terjumpa video ringkas di FB berkaitan kolam ni dan bile disoal siasat, ternyata kolamnya sangat dekat dengan rumah yang ak menetap sekarang ni. Taman Tasik Semenyih dan perjalanan ke kolam cuma dalam 5 minit.

1st time bila sampai kolam, aku tertarik kerana kolam ni seakan kawasan kampung, suasana yang sangat indah. Owner memiliki 2 buah kolam. 1 kolam yang lebih besar tetapi ikannya dah berkurangan, cuma masih ada saki baki ikan yang belum dipancing manakala 1 lagi kolam yang lebih kecil dan berdekatan. Owner menggalakkan semua pengunjung yang hadir untuk memancing di kolam yang kecil kerana ikannya masih banyak. Daripada permukaan air, boleh nampak gerombolan tilapia merah berlegar-legar mencari makan.

Umpan dicadangkan menggunakan cacing, dedak. Jika tidak arif dengan bancuhan dedak, boleh beli dengan owner. Bancuhan makanan dedak ikan yang kebiasaannya menjadi makanan ruji ikan. Dijual pada harga RM5 seberat 500g. Boleh juga menyauk anak udang hidup ditebing2 kolam. Mujarab jugak umpan anak udang. Pernah lihat pemancing mendapatkan haruan menggunakan umpan anak udang hidup.

Insya Allah, boleh dikatakan setiap pemancing tidak pulang dengan tangan kosong. Paling tidak, jaring ikan dipenuhi ikan tilapia merah. Ikan2 di sini juga tidak hanyir memandangkan sumber air yang dibawa masuk merupakan sumber air daripada gunung.

So far, berdasarkan kunjungan aku ke sini, spesies yang mendominasi semestinya ikan tilapia merah di samping lampam. Ikan2 lain masih belum tertarik untuk meragut umpan. Cuma ada ketika, ada pemancing lain yang beroleh haruan, jelawat dan pacu, cuma kebanyakan masa pacu tersebut tidak berjaya didaratkan.

Kolam ini juga sesuai untuk dikunjungi oleh anak2. Di samping memancing sebagai aktiviti utama, anak2 boleh jugak bersuka melihat haiwan ternakan owner seperti ayam, itik dan kambing.

Hasil pancingan ikan tilapia merah

Hasil pancingan orang lain tapi aku yang bayar.....lampam,beso jgak saiznya


Video kawasan kolam


Video kawasan kolam lagi



Lokasi kolam :

https://waze.com/ul/hw282y1frf
 

Tuesday, 16 August 2022

LOMBONG SUNGAI BUAH (SEBELAH HIGHWAY PLUS)

Lokasi (On Google Maps)



Ni antara favourite spot aku. Lokasi tidak terlalu jauh dan boleh access guna kereta. Ada satu spot ikan belah kanan lombong. Kawasan lapang tanah gondol berdekatan dengan sangkar ikan. Ada kawasan cerucuk die tepi tebing. Spot ikan sangat dekat dengan tebing. 

Aku dan rakan ku pernah menjanji saksi rezeki pemancing lain menaikkan hampir 10 ekor ikan lampam dan ikan likor. Saiz2 hidangan kesemuanya.

 Campuran umpan

Dedak ayam kuning + pellet 6363 + Dedak 929 + perisa pandan (umpan power)

Umpan serbuk Power perisa Pandan......wangi umpan ni


Sudah banyak kali aku mencuba lokasi lombong ni. Namun, rezeki belum menyebelahi. Teknik guna 2 mata halus dan gentel dedak pd mata kail. Baling umpan dalam 1 meter je dari tebing. 

Kebetulan ada satu hari, aku lapang, aku mencuba sekali lagi di spot yang sama. Alhamdulillah, rezeki drpd Allah, beroleh seekor lampam dan seekor kerapu lombong. Terdapat jugak 2 kali rod berumpankan dedak direntap kasar, tapi tidak hook up. Terdapat jugak seekor anak jelawat yang terlucut walaupun dah timbul di permukaan. 

Lampam diperoleh dengan umpan dedak manakala kerapu lombong dgn umpan anak ikan. Umpan anak ikan direntap sekali lagi, namun aku tak sempat untuk menyentap joran.

Kesimpulan awal aku:

1) Umpan cacing kurang dapat sambutan di sini kecuali untuk ikan ketutu. Alhamdulillah, ada 2-3 kali berjaya mendapatkan sang anak ketutu.

2) Kerapu Lombong lebih menggemari umpan anak ikan. 2 kali ikan meragut umpan yg sama. Kebetulan aku peroleh anak ikan yang tersangkut pada mata kail dedak.

3) Perlu letak pallet pd mata kail dan dibalut dengan dedak. Dedak untuk menarik anak ikan manakala pallet yg berbaki utk santapan ikan2 besar.

4) Ikan galak makan pagi. Bila menginjak ke tengah hari, ikan dah kurang galak. Umpan habis dimakan anak2 ikan sahaja.

Misi memujuk ikan likor masih belum kesampaian. Bila tgk di permukaan, mcm banyak ikan likor yang timbul. Warna emas 916.......

Lampam paling besar pernah dapat

Ikan Kerapu Lombong......
sedap jgak ikan ni, tapi selera tinggi, nak makan anak ikan




Wednesday, 8 June 2022

Patin Show di Lombong Desa Mahkota

 Lokasi ini telah aku kunjungi sebelum ni dan seperti biasa kumpau berdarah. Tiada sebarang ragutan atau hasil tangkapan yang aku perolehi. Kali ni, niat juga masih sama. Saja2 mencuba kot2 ikan2 di lombong ini sudi ikut pulang. Aku teringin ke sini juga semestinya kerana lokasi nya berdekatan dengan rumah kediaman aku.

Aku aturkan 2 kali trip ke sini, trip petang ahad dan isnin pagi menggunakan lebihan umpan dedak yang aku bancuh dulu semasa berkunjung ke Saville Agro Farm.

Ternyata kedua2 kunjungan aku hanya sekadar hiburan mata sahaja. Begitu banyak sang ikan yang timbul di permukaan lombong namun tiada seekor pun yang sudi mencuit umpan. Umpan habis begitu sahaja. Daripada riak kocakan air, boleh dikatakan spesies yang mendominasi adalah ikan patin. 

Dengar2 nya, tarikan atau larian sang patin sangat menggiurkan pemancing. Di samping saiz2 yang timbul juga dalam anggaran 2kg ke atas. 

Aku akan cuba lagi memancing di sini sehingga lesen tangkapan pertama ku perolehi di sini.

lokasi lombong







Tuesday, 7 June 2022

Suka-suki di Jeti Memancing Pak Lim

Jeti Memancing Pak Lim

Umpan : Udang Hidup (Beli di Han Yang Trading, Sg Pelek, harga 60sen/ekor)

               Ruat (Beli di jeti, RM10/100g)

Muatan : Tak sure berapa, tapi ramai boleh muat memandangkan jeti dibina memanjang

Bayaran : RM7/joran untuk 24 jam 

No contact : 017 - 366 1023 Faizin

FB : https://www.facebook.com/Jeti-Dan-Rumah-Rakit-Pak-Lim-1919137711460522/?ref=page_internal

Lokasi Jeti : Boleh google Jeti Pak Lim

Fasiliti yang disediakan :

Tandas
Cafe (baru bukak untuk weekend sahaja)
Bekalan air bersih
Kerusi
Pondok memancing
Surau





Jeti ni boleh dikira agak selesa untuk bawa famili santai2 memancing di muara Sungai Sepang. Walaupun lokasi jeti boleh dikatakan agak ke dalam daripada pekan Sg Pelek, namun, perjalanan boleh dikatakan berbaloi memandangkan suasana kehijauan yang mendamaikan.

Trip kali ni sekadar santai2 akau ingin spend time dengan anak memandangkan sudah beberapa kali dia mengajak aku untuk memancing. Aku sediakan rod khas ultralight untuk kegunaan dia. 

Kalau diikutkan pada jadual air, boleh dikatakan arus air tidak terlalu laju. Namun, sebaliknya yang berlaku. Batu ladung mati saiz 5 masih lagi hanyut dibawa arus. Layan saja la.

Teknik kalau di muara atau jeti sebegini pastinya hanya ada dua iaitu bottom udang hidup dan apollo berumpan. Alhamdulillah, hasil yang diperolehi boleh dikatakan memuaskan. Gelama, daun baru, tetuka.

Tetuka tu diperoleh menggunakan rod ultralight anak aku. Layan jugak tarikan ikannya walaupun kecik comel je.

Maaf jugak tiada gambar yang sempat dikongsi. Hasil telah diberi pada orang lain.

Kalau dikurniakan rezeki, di sini banyak jugak spesies gred A yang cari makan di sekitar jeti. Siakap, kurau, tebal pipi. Kunjungan terakhir aku ke sini, masa tu aku book rumah rakit B, aku beroleh seekor tebal pipi. 

Kena bertapa lebih lama di jeti ni untuk memburu spesies2 gred A. Dikatakan ikan lebih galak meragut umpan waktu malam. Boleh cuba nanti.

Pengunjung boleh jugak book rumah rakit yang disediakan bersama. Terdapat 2 rumah rakit di jeti dan 4 rumah rakit yang berdekatan. 

Kalau lapar2 jugak, pengunjung dah boleh menjamu selera di cafe. Harga sedikit mahal kerana lokasi yang agak ke dalam tapi sangat memudahkan untuk mengisi perut yang kelaparan dan tekak yang dahagakan air sejuk.

Raya2 di Unjam2 Sekitar Pulau

Trip santai Tok Bali

Umpan : Sotong Pasar (beli di Pasar Tok Bali, RM36/kg)

                Sotong Segar (candat di laut, ada lokasi kandang sotong)

                Anak ikan segar ( hasil apollo)

Muatan : 4 + 1 (tapi trip ni selit2 seorang, pemancing lain ada yang awak2 tekong)

Bayaran : RM 150 (kebiasaan anggaran harga kalau selit)

                  RM 170 (ni bayaran untuk seorang masa saya selit haritu memandangkan tak xcukup korum)

No contact : 011 - 1617 5615 Nick Asyraf

FB Tekong : https://www.facebook.com/mohamad.asyraf.503               

Lokasi Jeti : Jeti LKIM Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan (jeti nelayan hujung sekali)

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot

Hasil sendiri2 kalau untuk trip campuran.

Kebetulan pulang beraya ke rumah mertua di Pasir Puteh, Kelantan, aku mengambil kesempatan untuk mencuba nasib dan belajar memancing di perairan Kelantan. Banyak kali cubaan aku untuk menyelit dalam trip campuran gagal, dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Trip inipun pada awalnya terpaksa cancel disebabkan cuaca dan tidak cukup korum. Bincang2 dan nego2, akhirnya trip menjadi realiti. 

Lokasi jeti kalini lebih dekat berbanding trip apollo kerisi yang lepas. Jeti kalini cuma di Jeti LKIM Tok Bali. To be specific, selepas masuk gerbang Pelabuhan LKIM Tok Bali, ambil simpang ke kanan, dan terus sampai hujung akan jumpa kawasan jeti nelayan. Bot tekong berlabuh di situ. 

Tekong ni merupakan tekong muda, aku tidak pasti sama ada aku atau dia yang lebih muda. Walaupun begitu, kemahiran tekong tentang selok belok laut lebih diutamakan tidak kira usia. 

Pagi2 lagi kami telah singgah di lubuk mencandat sotong. Di sini, aku akui akan kejahilanku berkaitan aktiviti mencandat memandangkan ini merupakan kali pertama aku mencandat sotong. Sudah semestinya banyak yang perlu aku pelajari. Bermula daripada teknik mencandat, kesesuaian rod dan perambut serta yang paling utama jenis candat yang ingin digunakan. Dikhabarkan sotong memilih candat2 yang berkualiti sahaja dengan anggaran harga RM30/candat. Jenis candat yang laku keras Candat Mayat Merah Putih dan Duel Purple. Saiz kecil2 dalam 1.5 sahaja. Ada juga tekong suggest beli brand2 mahal macam Yozuri. High demand jgak sotong2 ni. Cuma aku telah tersalah beli candat di TCE Tackles. Candat mayat merah putih aku beli ada warna2 kilat dan kurang menjadi untuk mencakup sotong.

Pada pagi trip, sotong kurang galak disebabkan arus air agak laju menyebabkan candat hanyut. Sotong terus menuju ke lokasi lain untuk mencandat sotong. Hasil kurang memberangsangkan. Disebabkan itu, tekong menghala bot ke lokasi lebih tengah menuju ke unjam berhampiran pulau.

Di unjam ini, boleh nampak boiling ikan merata-rata. Anak ikan melarikan diri daripada serangan sang belitung. Ada satu kesempatan itu, kami didatangi sekumpulan selar dengan saiz 3-4 ekor sekilo. Best layan apollo camni. 

Bile keadaan kembali sunyi, kami berpindah ke unjam yang lain pula. Di sini, dapatkan aku membawa naik ikan menggunakan teknik apollo berumpan. Bolehlah buat penuhkan tong ikan. Bila hampir petang, kami kembali ke lokasi kandang sotong. Di sini, tekong mendapat strike sang layaran. Namun, 2 kali lompatan membolehkan ikan layaran tu memuntahkan kembali mata kail, rabut. Di sini, dapatlah aku menaikkan 2 ekor sotong saiz2 comel, janji x kumpau. Tekong khabarkan sotong galak makan candat time hampir malam- tengah malam.

Trip kami berakhir apabila cuaca tiba2 berubah menandakan ribut hampir tiba. Tekong dengan kemahirannya mengemudi kami kembali dengan selamat ke jeti. 

Aku boleh simpulkan skil mencandat aku perlu diasah lagi. Kali ni tak dapat nak pecahkan tong kerana di perairan tok bali ni ikan kerisi tidak semeriah di perairan Sabak. 

Next time, insya Allah, aku repeat lagi.

Maaf xde gambar boleh dikongsi, tak sempat nak ambil gambar, ikan2 fresh dah jadi lauk untuk santapan malam keluarga mertua.

Thursday, 2 June 2022

Trip Malam Di Karang Port Dickson

Pusing2 Malam Cari Ikan Karang Port Dickson

Umpan : Udang Pasar (dalam 500g)

                Sotong Cumit (tangguk di laut)

                Anak ikan / anak sotong batu  (cari di palong tepi pantai masa air surut)

Muatan : 3 + 1 (tapi trip ni solo, trip dah cancel awal disebabkan angin padu siang sampai kol 11pm)

Bayaran : RM350 (kalau full korum)

                  RM 150 (solo)

No contact : 011 - 1191 8405 Tekong Mahfuz PD

FB Tekong : https://www.facebook.com/tekongmus/?ref=py_c                

Lokasi Jeti : Balai Nelayan Batu 4, Port Dickson (bertentangan dgn King Char Kuey Teow)

Tekong sediakan : Ais ll Tong Ikan atas bot

Trip ni merupakan trip selit2 kebetulan ada kenalan di FB ada upkan slot kosong di FB. Rezeki aku dapat selitkan nama untuk join skali. 3 hari sebelum trip, organizer tidak dapat join kerana urusan penting di Perak. Namun, masih sempat mencari pengganti dan alhamdulillah pengganti berjaya dijumpai. 

Walaubagaimanapun, masa hari trip, sejam sebelum masa bertolak jam 3.30 ptg, angin dikhabarkan bertiup padu seperti ramalan dalam Windfinder. Tapi, angin akan kembali perlahan pada jam 11 mlm. Asalnya, memang tekong dah ambil keputusan untuk batalkan trip dan 2 org pemancing yang patut follow memang dah tarik diri. 

Aku sendiri yang masih yakin dengan ramalan. Aku tetap bertolak ke PD jam 9.00 malam. Aku sembang2 dlu dgn tekong sambil menanti dan berharap angin & alun menyebelahi kami. Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat dan permohonan aku. Jam 11.00 malam, angin betul2 menjadi perlahan dan alun sudah tidak terlalu tinggi. Cuma, bot masih belum boleh terus bergerak memandangkan air masih lagi surut. Kami mengambil peluang untuk mencari umpan2 alami seperti anak ketam, anak bebolos, anak udang lipan atau apa2 yang dirasakan sesuai. 

Lokasi kami mencari umpan adalah sekitar palong air berhadapan jeti. Tidak ku sangka banyak rupanya hidupan laut yang singgah bermain di palong tersebut termasuk beberapa ekor anak ikan tilapia air masin. Kami berjaya memperoleh anak bebolos dan anak ketam batu. Tekong maklumkan anak ketam batu tu sesuai untuk dijadikan umpan bagi menjerat sang ketarap.

Selepas selesai mencari umpan dan sementara menanti air pasang, kami berehat sebentar bagi melelapkan mata. Pada jam 3 pagi, baru enjin dihidupkan dan bot bergerak membelah lautan. 

Lokasi pertama semestinya di spot mencari umpan sotong cumit. Cumanya, menurut tekong, kebelakangan masa ini, sotong2 jarang timbul memunculkan diri. Mungkin kerana air yang agak keruh dan kotor. Terdapat lumut atau habuk yang ikut dihanyutkan arus laut. Lokasi pertama yillek, gagal memperoleh sotong. Di lokasi kedua juga kurang sotongnya sehingga tekong mengambil keputusan untuk berhanyut. Bila berhanyut ni, Alhamdulillah, banyak sotong yang mula memunculkan diri. Anggaran dalam 15 ekor berjaya di tangguk.

Setel umpan, tekong terus naik lagi ke kawasan paloh. Namun, dukacitanya, arus tersangatlah laju di paloh. Tekong cuma stay utk 10 minit sahaja. Arus laju mmg ikan x makan umpan dah. Cuma tersempat seekor Ikan Yu Cicak meragut umpan. 

Spot seterusnya masih lagi kawasan karang tapi lebih dkat ke darat. Menjelang subuh, kami diserang gerombolan ikan. Baracuda, bandang dan seekor ikan gred A (jenahak) berjaya didaratkan. Mengasyikkan menahan asakan sang jenahak. Kesemuanya mahukan umpan sotong cumit sebagai pembuka selera. Selepas tarikan sang bandang. suasana terus sunyi. Tiada lagi tarikan ikan. 

Aku mengambil peluang melayan apollo tamban. Sesekali ada tarikan kasar sang capik meragut mata apollo. 

Kol 10 pagi, kami bergerak pulang. Kene pulang awal sebelum air betul surut2, jika tidak tersadailah di tengah laut sampai air gerak pasang kembali.

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki pemberian Tuan. Next time akan cuba lagi. Angan2 menarik sang ketarap belum kesampaian lagi.


Keseluruhan hasil

Mengasyikkan tarikan sang jenahak


Berpuasa di Kelong Mamood, Kuala Lukut, Port Dickson

Kelong Mamood, Kuala Lukut, Port Dickson

Umpan : Udang Hidup (Banyak lokasi boleh beli, nnt akan share di bawah)

               Ruat (beli di Jeti Memancing Pak Lim, Sepang)

               Ikan Tamban (Guna apollo kertas saiz 4,6,8)

Muatan : 30-40 orang pemancing dewasa (Nak confirm boleh tanya tauke)

Bayaran : RM60/ pemancing 

No contact : 019 - 661 1448 (Mamood)
                      018 - 663 3408 (Musang - boatman)

Lokasi Jeti : Jeti Kelong Mamod (Boleh google)

Fasiliti yang disediakan :

10 Bilik
1 Tandas
Dapur memasak
Bekalan air bersih (tong air)
Bekalan elektrik (Generator, malam sahaja)
Meja Makan
Kerusi


Setiap kali bulan Ramadhan, aku akan cuba cari peluang untuk mencuba menduga penghuni sekitar kelong mamood. Selalunya tak ramai pemancing yang naik ke kelong time bulan Ramadhan, kemungkinan kerana bahang kepanasan tengah lautan di siang hari susah untuk ditahan. Sudah semestinya, bulan Ramadhan, kaedah pancingan lebih santai2. Tak terdaya nak pulun2 sangat.

Kali ni aku turun bersama member cina. Semangat die nk turun skali, mentang2 tak puasa. Die berhajat untuk berenang sekitar kelong. Bagi aku, keadaan laut di sini agak bersih dan boleh dikatakan sesuai untuk mandi-manda. 

Aim trip ini hanya ingin mencari lauk-pauk bulan Ramadhan. Kebanyakkan masa aku hanya mancing berteknikkan apollo berumpan. Target hanya spesis2 karang yang menghuni tiang2 kelong. 

Di samping itu, dengan apollo jugak, kami galak jugak memujuk sang talang yang bermain-main di sekitar kelong. Saiz2 talang yang berjaya didaratkan boleh dikatakan saiz2 meja hidangan jugak la. Biasa kalau mancing talang di sini, mostly ikan berjaya dipancing menggunakan teknik apollo. Tapi, dalam trip ni, aku dapat lihat teknik layang berumpankan tamban hidup lebih membuahkan hasil. Batu hidup yang digunakan pun kecil sahaja untuk melayangkan umpan.

Berkat Ramadhan gamaknya, kami beroleh seekor ikan gerut dalam anggaran 1 kg. Hampir2 joran nak junam masuk ke dalam laut. Boleh tahan tarikan sang ikan. Alhamdulillah, ikan berjaya dinaikkan ke atas kelong walaupun ketiadaan tangguk yang bersesuaian. 

Selepas tarikan sang gerut, malam menjadi sangat sunyi. Tarikan ikan dah kurang galak sampai ke tengah hari esoknya saat kami pulang semula ke darat.

Trip ni very refreshing dengan mood santai. Jika dapat komplot lebih ramai semestinya lebih meriah dan lebih menarik.

Target naik lagi ke kelong ini Ramadhan tahun depan jika masih ada umur.Insya Allah.

Ikan gerut yang berjaya didaratkan

1st time dapat ikan saiz mcm ni di kelong ni

Suasana kelong.....terdapat penghadang yg telah rosak, kene extra careful

Suasana kelong

time to pack, banyak jugak barang yang dibawa walaupun santai2 je

Bilik yang didiami......Cukup syarat untuk tido

Antara barang2 yang dibawa lagi

tatkala birunya awan, tatkala itu juga tekak tersangatlah haus

Hasil kunjungan kali ini.....

Lokasi penjual umpan udang hidup

1) Han Yang Trading (sebelah Sports Toto Sg Pelek, Sepang)

2) Rahman saudagar umpan udang hidup (menghala ke jeti kelong pozi)
    Hafiz - 019 611 0475



3) Jeti Pinggiran Kota, Lukut (ad jual udang jala)
    Tekong Gelama - 012 665 2189


4) Jeti Memancing Pak Lim, Sg Pelek, Sepang (Ad jual ruat sekali)
    Faizin - 017 366 1023